Tuesday, December 30, 2008

MAY I SAY, GO TO HELL WITH THE PROPOSED NEW LCCT IN LABU?


Lepas satu kisah lahabau, satu lagi cerita kalut-malut sampai ke telinga kita semua. Kali ni berita pasal Sime Darby (yang ura-ura nak swastakan IJN) nak bina terminal penerbangan tambang murah - LCCT - di Labu, Negeri Sembilan. LCCT itu kemudiannya akan dijual kepada Air Asia.

Kabinet Abdullah Badawi meluluskan pembinaan projek ini di mesyuaratnya, Jumaat, 19 Disember 2008.

Kan hairan bin ajaib! LCCT kat Sepang tu tengah diperbesar dan diperindahkan. Belum pun siap. Tup-tup, Sime Darby pulak nak buat LCCT baru di Labu untuk dijual kepada Air Asia.

Boleh masuk akal ke keputusan dan tindakan macam ni? LCCT yang ada sekarang nak buat apa? Kalau dah tau nak buat baru di Labu, buat apa repair dan renovate yang di Sepang? Lebih serius lagi, apa pasal Sime Darby yang jadi pembina LCCT tu? Mana Bumiputera yang lainnya?

Saya suspek ada sesuatu yang tak kena dalam hal ni. Mungkinkah ini cara Sime Darby dan pengerusinya nak cari duit pencen untuk Abdullah? Mungkinkah Khairy yang dilibatkan dengan Air Asia, nak cari dana kempen Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Mungkinkah ada cerita lain yang songsang dan mungkar di sebalik projek ini?

Satu lagi, Labu tu kan dekat dengan LCCT yang ada sekarang? Tak jauh. Kalau ikut kereta kira-kira 20 minit je! Jadi apa jadah dan apa rasionalnya nak pindah ke Labu? Kalau rakyat miskin naik Air Asia dari kampung dia orang, lepas tu nak ambik pesawat lain di KLIA untuk ke destinasi akhirnya, macam mana? Kan siksa? Kan ini mendera dan satu kezaliman? Kan mereka akan kena hisap darah oleh pengusaha teksi airport?

Bila saya dapat info kes ni, saya tanya seorang sahabat saya, kenapa tak ada orang bantah atau bangkang habis-habisan? Katanya, Abdullah smart. Projek ni diumumkan selepas sessi Dewan Rakyat baru-baru ni selesai!

Maka, jahanamlah kau rakyat Malaysia. Jahanamlah kau orang-orang miskin macam saya yang hanya terbang dengan Air Asia. Jahanamlah sesiapa jua yang memikirkan projek LCCT di Labu ni baik. And, may God bless you Abdullah and your cabinet for approving such a questionable project on the very pretext of doing a good service to the rakyat.

Untuk info you all, la ni Sime Darby masih tunggu surat Kerajaan Malaysia. So, kalau nak bangkang, bangkanglah sekarang. Tapi bangkang kaw-kaw punya sampai ianya dibatalkan.

Saya salah seorang rakyat yang selalu guna Air Asia. Saya tak rasa LCCT di Labu itu perlu kerana yang ada sekarang dah cukup memuaskan. So, may I say, GO TO HELL WITH THE PROPOSED NEW LCCT?http://politica-net.blogspot.com/

Sunday, December 28, 2008

SERTA MERTA BATALKAN PENSWASTAAN IJN – RAKYAT

Dah, jangan buat-buat pekak, jangan buat-buat bodoh. Penswastaan IJN is a no go deal – satu usaha yang dibangkang keras oleh rakyat jelata.

Rakyat Malaysia dah bersuara dan terus bersuara. Tak putus-putus. Di mana-mana saja. Mereka bangkang penswastaan IJN. Verdict atau keputusan mereka – batalkan penswastaan IJN dengan serta merta.

Suara rakyat adalah suara keramat. Dalam PRU13 nanti, suara mereka cukup penting. Dalam hal IJN ni, dah ada yang kata, kalau IJN terus diwastakan, dalam PRU13 nanti, mereka akan lupakan BN.

Lantas, batalkanlah penswastaan IJN ni serta merta. Ini bukan kerana rakyat menang dan kerajan kecundang. Ini kerana rakyat mahu kerajaan buktikan yang kerajaan benar-benar prihatin dan sensitif kepada suara rakyat.

Kalau tak, banyak lagi akan dibongkar. Setakat ni pun banyak pihak dah tau apa kata-kata Dr. Izzani sewaktu mesyuarat pengurusan IJN dua-tiga hari lalu. Dr. Izzani ni dikatakan bertindak sebagai pendorong IJN diswastakan. Sapa dia ni? Adakah dia ni proksi menantu Abdullah Ahmad yang secara kebetulan berbua-bual mesra dengan Izzani di lobi IJN tempoh hari?

Kita juga dapat info, baki saham IJN 49 peratus yang kononnya akan dipegang sepenuhnya oleh IJN kalau penswastaan ini terjadi, bukan solid untuk IJN sahaja. Sebaliknya akan diagih-agihkan sedikit sepada sesetengah pihak sebagai beneficiary atau penerimanya. Jangan sapa-sapa cuba nafikan ura-ura ini.

Oleh itu, sebelum rakyat bersuara dan bertindak lebih serius lagi dengan pembongkaran demi pembongkaran perkara tak betul di sebalik ura-ura penswastaan ini, lebih elok batalkan penswastaan ini dengan serta merta. – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, December 24, 2008

IJN: ORANG SUSAH BELAKANG KIRA, ORANG PENCEN PUN BELAKANG KIRA!

Dah betullah tu. Sime Darby nak control IJM sebab nak sediakan servis first class – peralatan first class, doktor pakar first class. Itu maksud Musa Hitam bila dia pecahkan elegent silencenya hari ini.

Alah, waktu nak meminang, cakap mesti lawa, bahasa mesti manis, tutor kata mesti lembut. Lepas dah dapat IJN, lu sapa, gua sapa? No money, no talk! Itu dia!

Tapi, apa guna melalut banyak sangat. Kalau dah hajat nak ambik, ambik aje lah IJN tu! Esok, belakang kira. Orang bangkang, belakang kira. Orang susah, belakang kira. Orang pencen, belakang kira. Semua belakang kira!

Apa nak peduli sangat kat orang miskin atau orang pencen? Biarkan dia orang semua terkejang dan kojol pasal kempunan nak masuk ke IJN. Peduli apa? Sifatkan aje dia orang ni collateral damage kepada penswastaan ni!

Anehnya, PNB selaku towkey besarnya kata, dia orang tak boleh nak halang nafsu buas Sime Darby. Apa hal? Sapa lebih besar? Anak Pak Hitam ke Hamat Kama Piah? Anak Pak Hitam ke Ahmad Sarji? Atau, mungkinkah KJ ada di sebalik take-over ini? Sime Darby memang tak ada record dalam industri perubatan macam J-Corps. Lantaklah. Bahagialah hendaknya Sime Darby. Peduli apa kat orang susah dan orang pencen! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, December 23, 2008

GUNA BLOG SALAH, GUNA DUIT JUTA-JUTA TAK SALAH. KOLOT, KOLOT, KOLOT, MALU, MALU, MALU!

Kolot, kolot, kolot. UMNO ni memang betul-betul kolot dan obsolete. Ahlinya kempen guna blog salah. Kempen guna duit juta-juta ringgit – politik wang - hahal, tak salah. Kalot-malot betul jadinya!

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.

Nah, itu dia kata Kudin – orang lama yang saya hormati. Tapi, pasal Kudin yang buat kenyataan di atas, tentu orang akan tuduh Kudin ni antik dan ketinggalan zaman.

Saya mintak jangan kita kata apa-apa pada Kudin. Kita kena hentam pemimpin besar UMNO – Abdullah Badawi. Dalam hal ni Abdullah merupakan barang antik yang paling tidak berharga sekali. Kalau kat kedai antik di Melaka, jenis-jenis antik macam Abdullah ni kot-kot dah layak dihumban ke tepi longkang!

Sebabnya, dia tak ikut zaman. Dia masih di takok pemikiran kuno, kolot, kalot-malot. Sebab tu waktu PRU12 dia kata jangan peduli bloggers dan blogs. Lepas PRU12 baru nyesal tak sudah! Apa dah jadi? BN kalah teruk!

Saya harap UMNO insaflah. Ubahlah etika atau undang-undang ikut zaman. Saya tau, Abdullah ni nak buka komputer pun mungkin tak tau. Ini tercermin dari kenyataan di atas. Malu, malu, malu!!!! – http://politica-net.blogspot.com

Sunday, December 21, 2008

BIARLAH BULAN BICARA LAWAN ENGKAU LAKSANA BULAN?

Bila saya siarkan senikata lagu Biarlah Bulan Bicara, ada pulak pembaca hantar senniaka lagu Engkau Lksana Bulan. Gamat jadinya. Dalam PRK Parlimen Kuala Terengganu kali ini, nampaknya lagu nyanyian Broery Marantika sedang dipertandingkan dengan lagu nyanyian seniman agung, P. Ramlee.

Saya harap taklah sampai tercabut serban Haji Hadi menjerit terlolong nyanyikan kedua-dua lagu ini. Mata Wan Farid juga harap-harap tidak sampai terbelolok dengan lebih besar lagi sampai nanti orang ingat dia jadi gondorowo (maksudnya: puaka jembalang)

Jadi, senikata: biarlah bulan bicara sendiri, biarlah bintang kan menjadi saksi, tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti, cukup derita sampai di sini, pastinya akan berentap populariti dengan senikata: engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan, hatiku dah kau tawan, hidupku tak keruan.

Begitulah ulasan saya kepada pandangan blogger Amir Hamzah daripada Batu Pahat. Sebahagian daripada pandangannya adalah di bawah ini:

Berdasarkan keputusan PRU12 Mac 2008, pertandingan dalam PRK Kuakala Terengganu dijangka lebih sengit daripada PRK Permatang Pauh. Kalau PRK Permatang Pauh kita boleh agak keputusannya semasa hari penamaan calon, bagi PRK Kuala Terengganu agak berlainan sedikit. Ini keputusan undi Parlimen Kuala Terengganu dalam PRU12:

Datuk Razali Ismail (BN-UMNO): 32562
Mohamad Sabu (PAS): 31934
Maimun Yusof (BEBAS): 685
Undi Rosak: 931
Majoriti: 628

Berdasarkan statistik di atas, tidak ada siapa boleh mendabik dada. Saya tidak tahu apakah isu tempatan di Kuala Terengganu. Kalau adapun mungkin isu-isu PRU12 lalu yang tak 'sejuk-sejuk'. Isu layanan polis melayan demontrasi di Kuala Terengganu mungkin ada parutnya lagi. Isu royalti minyak Terengganu, piala Monsoon, dan pembangunan-pembangunan yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat Terengganu mungkin relevan lagi sepanjang kempen nanti. Tetapi, isu besar di peringkat negara bagaimana pula?

Pengundi Kuala Terengganu seramai 80325 orang perlu duduk di tepi Pantai Batu Buruk berfikir sejenak tentang Kerajaan Pusat kita. Sebab calon yang menang akan ke Parlimen. Dalam keadaan kuasa politik Melayu yang semakin tipis, masih mampukah kita menyerahkan P 36 ini kepada Pakatan Rakyat (PR)? Orang Kuala Terengganu sendiri tahu benar tentang kebiadapan, kecabulan, kurang ajar, tidak sedar diri, sombong, bongkak mereka, terutama DAP, yang anti Melayu dan Islam.

Kalau POLITICA suka menyanyi lagu Biarlah Bulan Bicara, saya pula suka dengar P.Ramlee menyanyi lagu Engkau Laksana Bulan:

engkau laksana bulan
tinggi di atas kayangan
hatiku dah kau tawan
hidupku tak keruan

mengapaku diseksa
mengapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita

oh...oh...oh...oh..
kau tinggalkan diriku
oh tuhanku mengapakah
kau bezakan hidupku
oh tuhanku mengapakah
manusia begitu

mengapa ku diseksa
kenapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita

oh...oh...oh...oh...
kau tinggalkan diriku
oh tuhanku mengapakah
jadi miskin hidupku
oh tuhankuu mengapakah
sangat buruk nasibku

mengapaku diseksa
kenapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita


Saya tak kisah. Nak dengar lagu Biarlah Bulan Bicara atau Engkau Laksana Bulan, itu pilahan orang Kuala Terengganu. Kalau dia orang suka, boleh juga pilih lagu Di kala Malam Bulan Terang Di angkasa, nyanyian Ismail Ali Muda - orang Terengganu.

Apa jua pilihannya kelak, waspadalah. Wan Farid tu konco Khairy dan konco Patrick Badawi. Bijaksanalah dalam mengundi! – http://politica-net.blogspot.com/

BIARLAH BULAN BICARA

Hari ini ramai orang Terengganu seronok dan gembira. Orang UMNO seronok. Orang PAS gembira. Orang PKR pun sama juga. Mereka seronok dan mereka gembira pasal Wan Farid Wan Salleh jadi calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.

Orang UMNO seronok, katanya sebab yakin Farid boleh menang besar. Orang PAS gembira, katanya pasal Mat Sabu boleh sapu bersih. Orang PKR pun sama seronok dan gembira, kononnya kerana kemenangan Mat Sabu boleh jamin Anwar Ibrahim kuasai Parlimen Malaysia.

Tapi, kalau semua parti seronok dan gembira, sapa yang akan duka nestapa? Sapa yang akan kecundang di Kuala Terengganu? Sapa yang akan gigit jari dan kempunan nak duduk dalam Dewan Rakyat?

Untuk membahkan keseronokan dan kegembiraan ini, saya poskan di sini lagu Broery Marantika berjodol Biarlah Bulan Bicara. Lagu ini didedikasikan khas kepada Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin dan Farid, dengan ucapan semoga hayatilah senikatanya dengan sedalam-dalamnya.

Kalau Najib Razak, Ahmad Said dan Idris Jusoh nak ikut sama menikmati senikata lagu ini pun tak apa. Dengarlah dan hayatilah.

Kalau ada para pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu yang nak curi-curi menikmati lagu ni pun silakan. Tapi ingat, bila merenung bulan di langit, jangan lupakan rumput di bumi!

Kepada jentera BN, saya harap haramkan lagu ini dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu mulai esok sampai waktu mengundi. Kalau tak, manalah tau Mat Sabu akan kempen dan kata, lagu biarlah bulan bicara ini adalah lagu untuk mendorong seluruh pengundi memangkah PAS dalam PRK kali ini.

BIARLAH BULAN BICARA

Nyanyian Broery Marantika

bulan sabit yang jatuh di pelataran
bintang redup tanpa cahaya gemintang
langkah tanpa arah
sesat di jalan yang terang
aku yang terlena dibuai pelukan dosa

ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan

air mata tulus jatuh di sudut bibirmu
tak terlintas dendam di bening mata indahmu
aku yang merasa sangat berdosa padamu
masih pantaskah mendampingimu

biarlah bulan bicara sendiri
biarlah bintang kan menjadi saksi
tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai di sini

http://politica-net.blogspot.com

Saturday, December 20, 2008

MUHYIDDIN TERSELAMAT SEBAB ABDULLAH TANGGUH ROMBAKAN?

Jadi betullah desas-desus dua tiga hari yang lalu kononnya Abdullah Badawi nak rombak kabinetnya Rabu baru ni. Sebab tu Abdullah buat kenyataan yang dia belum bercadang berbuat demikian.

Apa pun, bengang saya nak jawab soalan kawan-kawan kalau desas-desus itu benar. Saya kata, tak tau! Mereka kata, macam mana tak tau?

Tapi dalam mereka kata macam mana saya tak tau, mereka pulak info saya yang Muhyiddin Yassin adalah target utama rombakan itu. Sebabnya, Muhyiddin didendam oleh anak lelaki Abdullah. Sebabnya, kerana Muhyiddin desak-desak Abdullah cepat berundur diri, anak lelaki Abdullah hilang banyak peluang bisnes. Sebab anak lelaki Abdullah hilang peluang bisnes, dia pun nak singkirkan Muhyiddin dan sokong Ali Rustam. Dengan sokong Ali, anak lelaki Abdullah harap boleh jadikan Ali tu lembu dia dalam bisnes. Itulah info sahabat-sahabat saya.

Jadi, Muhyiddin kena waspada. Dia kena tawakal kepada Allah dan ambil prinsip berani kerana benar. Manusia boleh rancang apa saja ikut nafsu mereka. Tapi, Allah SWT jua yang maha berkuasa.

Blog ni dah ulas panjang lebar kisah kemungkinan Muhyiddin disingkirkan oleh Abdullah menerusi satu rombakan kabinet. Untuk manfaat pembaca yang terlepas pandang kisahnya seperti berikut:

Wednesday, November 12, 2008

ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN?

Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini.

Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin. Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009.

Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul!

Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.

La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera.

Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat. Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala!

Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku.

Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib. Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib!

Begitulah kisahnya Abdullah, anak lelakinya, Muhyiddin dan Ali. Kita tunggu dan lihatlah apa yang kelak jadi kenyataannya. – http://politica-net.blogspot.com/

Thursday, December 18, 2008

KALAU ROBOH KOTA MELAKA, TOWKEY KHINZIR BOLEH BINAKAN?

Siap kau Ali Rustam. Hari ni kita orang nak fokus kepada anda. Orang kata anda loaded. Orang kata, anda powerful. Orang kata, anda boleh kasi title datuk pada sapa saja yang anda suka. Orang kata, kapitalis Singapura yang buka ladang khinzir kat Melaka tu ramai yang kamcing dengan anda.

Kalau betul bagai dikata, wahai Ali Rustam, anda ni betul-betul hebat - loaded, powerful, boleh bagi-bagi datukship, ramai geng towkey babi.

Tapi, kita orang tak peduli semua ni? Kita orang nak tulis pasal anda bukan pasal kita nak sapu duit anda, bukan pasal kita nak cekau datukship anda, bukan pasal kita nak suruh anda bakar semua kandang babi kat Melaka, bukan pasal kita nak bodek anda yang jadi calon Timbalan Presiden UMNO dan boleh jadi Timbalan Perdana Menteri.

Kita orang tulis pasal anda sebab anda ni macam ada satu kuasa bangang untuk memendiangkan orang yang belum mati. Kita orang juga nak tulis pasal anda sebab anda ni nampaknya takut sangat nak cakap pasal soal politik wang dalam UMNO.

Jadi, kita orang tulis pasal anda wahai Ali Rustam, sebab kita nak tau: bila masanya Nelson Rolihlahla Mandela - bekas presiden Afrika Selatan – tu mati? Kalau belum mati, apa lahabaunya anda kata orang tua 90 tahun ni dah jadi mendiang? Kita yakin anda tak bangang. Tapi, tidakkah ini kenyataan yang bangang?

You all semua tak percaya? Ini bunyinya kenyataan Ali Rustam pasal Nelson Mandela: Saya menjadi Presiden World Assembly Youth atau Presiden Perhimpunan Belia Sedunia (Way) sejak 1993 hingga sekarang. Pertubuhan yang diasaskan bersama mendiang Nelson Mandela, John F Kennedy, Martin Luther King dan Allahyarham Tun Abdul Razak ini dianggotai 130 negara.

Kalau you all nak baca kenyataan penuh Ali Rustam bahawa Nelson Mandela ni dah jadi mendiang, kliklah http://www.mohdalirustam.com/?p=425.

Sebab kedua kita orang nak fokus kat anda, wahai Ali Rustam, ialah pasal politik wang. Soal ni lebih penting dari Nelson Mandela. Perkara ni lebih kritikal. Lebih besar impaknya kepada UMNO.

Kita orang nak timbulkan soal ni sebab semalam kita ramai-ramai baca blog anda, wahai Ali Rustam. Dalam blog tu ada sedutan interbiu anda dengan Berita Minggu. Dalam interbiu tu anda cakap berjela-jela pasal macam-macam hal. Kalau you all nak tau, kliklah link di atas tadi.

Dalam banyak-banyak soalan tu, wahai Ali Rustam, anda pun ditanya soalan ini: (Apa) pendapat Datuk Seri mengenai politik wang?

Kita orang rasa aneh. Kalau anda, wahai Ali Rustam, boleh beri jawapan panjang lebar kepada soalan-soalan lainnya, kenapakah bila anda ditanya soalan di atas, anda hanya beri jawapan singakat pasal politik wang seperti ini: Bagi saya, politik wang perlu dibanteras dan semua mesti ikut tata cara yang ditetapkan parti.

Betul-betul hairan bin ajaib kan? Apa sebab anda tak berani nak ulas panjang-panjang kepada soalan pasal politik wang dalam UMNO? Anda takut apa wahai Ali Rustam? Anda takut bayang-bayang anda sendiri? Anda takut jawapan yang panjang lebar boleh jerat leher anda?

Waduh, waduh, waduh, lahabau betul calon Timbalan Presiden UMNO ni ya? Wartawan tanya: (Apa) pendapat Datuk Seri mengenai politik wang?, anda hanya jawab: Bagi saya, politik wang perlu dibanteras dan semua mesti ikut tata cara yang ditetapkan parti.

Jadi, soalan cepu emas kepada you all semua mengenai hal ini ialah: kenapakah Ali Rustam takut nak jawab panjang-panjang pasal politik wang?

You all boleh pilih mana-mana satu jawapan berikut:

Sebab waktu Ali Rustam kena tanya soalan tu, dia jadi terkedu. Tiba-tiba dia teringat apa yang sebenarnya dah dia lakukan pasal politik wang baru-baru ni.

Sewaktu diajukan soalan itu, Ali Rustam tiba-tiba teringat yang sekarang ni dah ada desas-desus mengatakan ada lebih 400 laporan pasal politik wang mengenai dirinya yang sudah pun sampai kepada BPR.

Bila kena tanya soalan tu, Ali Rustam tiba-tiba terpandang wajah malaikat pencatat dosa dan pahala berada di depan matanya.

Bila dengar je soalan tu, Ali Rustam teringat betapa bahagianya dia sebab ada orang besar dah tahan BPR dari menyiasat kesnya mengenai politik wang yang dah ada di meja BPR.

Kemungkinan besar semua jawapan di atas adalah jawapan yang betul kepada soalan di atas!

Jadi, you all bolehlah claim hadiah berjuta-juta ringgit daripada Ali Rustam. Kalau dia ni tangkai jering sangat, mintak je pada towkey-towkey babi yang kamcing dengan dia, bayar hadiah yang you all menangi.

Lepas tu, you all tunggulah sama ada Ali Rustam ni berani tak jawab soalan di atas atau berani berikan pengesahan bahawa kesemua jawapan di atas adalah betul belaka!

Kalau roboh Kota Melaka, towkey babi boleh binakan, kalau hodoh perasan lawa, hensem macam you all susahlah cari makan… Lahabau!!!!!http://politica-net.blogspot.com/

Tuesday, December 16, 2008

HAMBA ZIONIS KENA BALING KASUT?

Hari ni syok betul baca kisah Presiden Bush kena baling kasut di Iraq. Padan muka si penipu ni. Dia ingat umat Islam semuanya pengecut. Dia ingat dia boleh terus kotak-katikkan kita buat selama-lamanya.

Dalam gitu-gitu, saya pun macam blogger Husin Lempoyang. Saya senyum bila baca kisah Bush kena baling kasut. Sambil-sambil senyum, saya tanya diri sendiri - macam mana agaknya kalau Khairy Jamaluddin atau Abdullah Badawi yang kena baling dengan selipar atau telor busuk?

Soalan ni membuak-buak keluar kerana orang kata, Bush, Khairy dan Abdullah ada persamaan mereka. Kalau Bush kaki kelentong, ikut kata orang, yang saya sebut namanya di sini pun agak sama. Kalau Bush alat zionis, yang kat sini pun didakwa sebagai teman zionis.

Ini yang bikin saya bagai nak gila memikirkannya. Macam mana kita ada manusia yang kononnya jadi sahabat zionis? Rupa-rupanya, Singapura tu pangkalan zionis paling utama di Asia Tenggara. Kalau gitu, habislah kita.

Tapi, mintak-mintak sangkaan ni salah dan fitnah semata-mata. Mana mungkin Abdullah cucu ulamak jadi sahabat zionis? Abdullah jadi sahabat Singapura memang betul.

Sebab tu dia buka Wilayah Iskandar. Sebab tu dia batalkan Jambatan Bengkok. Sebab tu dia tunda perbincangan seluruh isu tertunggak dengan Singapura. Sebab tu kes Pulau Batu Putih pun dikatakannya sebagai win-win situation.

Tapi, kalau kita ambik kira Singapura tu sahabat zionis, salah ke kalau kita kata Abdullah bersahabat dengan sahabat zionis di Asia Tenggara? Ini yang buat saya bengang tak sudah.

Apa kita nak kata pasal kisah macam ni? Lantaklah, itu dia punya hal? Tak boleh. Zionis ni zalim, kejam dan tamak. Semua dia nak conquer. Semua dia nak sapu. Semua dia nak kuasai.

Kalau sesiapa menghalang, dia akan ugut. Tak dapat ugut, dia guna cara halus. Dia akan usaha kuasai kita menggunakan kelemahan kita. Kalau kita kaki betina, dia akan guna betina lemahkan kita. Kalau kita kaki joli, dia akan tabor wang berkodi-kodi biar kita joli katak.

Bila kita dah syok, bila kita dah leka, dia pun tarik tali untuk jerat leher kita. Kalau kita tak mau terjerat, kenalah kita menari ikut rentak zionis. Akhirnya, kita pun jadi puppet dan zionis jadi dalangnya.

Tindakan-tindakan macam ni yang bikin orang lemah. Bila kita serius tentang strategi zionis, orang kata kita ni mabuk dengan teori konspirasi. Bila kita cakap lantang sangat, ada je pihak akan takut-takutkan kita. Bila kita diam menikus, dia pun panjat kepala kita.

Sebab tu saya syok sangat baca berita Bush kena baling kasut. Sebab tu saya tanya diri sendiri, macam mana agaknya kalau Khairy atau Abdullah yang kena begitu?

Sebab tu, kita semua mesti waspada pasal zionis ni. Kita tak mau ada pemimpin kita jadi puppet zionis atau puppet sahabat karib zionis. Kita kena cari jalan supaya sapa-sapa saja sahabat zionis atau sahabat kepada sahabat zionis di negara ini tidak akan berkuasa di Malaysia. – http://politica-net.blogspot.com

TUDUHAN RASUAH POLITIK: BPR NAK SIASAT TAPI DISEKAT?

Singkatan perkataan BPR ni apa ertinya? Badan Pencegah Rasua atau Badan Pelindung Rasuah? Kalau BPR ertinya Badan Pencegah Rasuah, BPR kenalah kerja kuat banteras rasuah. Kalau ada aduan mengenai dakwaan rasuah, BPR kenalah siasat aduan tu. Jangan siasat main-main. Siasat betul-betul.

Hari ni kita memang kurang pasti BPR ni Badan Pencegah Rasuah atau Badan Pelindung Rasuah. Sebabnya, ada salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO dikatakan sudah dibabitkan dengan hampir 400 dakwaan rasuah. Dakwaan ini dipercayai sudah pun dilaporkan kepada BPR. Tapi, kata yang punya cerita, BPR langsung tidak bertindak. Betul ke ni? Kalau betul, kenapa jadi bengini?

Ikut ceritanya, BPR memang dah ready nak siasat seluruh dakwaan yang dah dilaporkan kepadanya. Malangnya, ada orang besar dikatakan halang BPR jangan siasat seluruh dakwaan itu. Betul ke ni? Kalau betul, kenapa jadi begini? Kalau betul, sapa agaknya orang besar yang powerful tu? Sapa?

Kesian betul pegawai BPR. Orang mana tau BPR nak siasat dakwaan-dakwaan tu tapi BPR kena halang dek seorang orang besar? Yang kita orang tau, BPR lah yang tak mau siasat. Rupa-rupanya dak. Yang halang siasatan rupa-rupanya orang besar.

Dan, betul ke orang besar yang halang BPR buat siasatan tu berkata bahawa siasatan cuma boleh dilakukan kalau ada saksi ketiga tampil buat keterangan.

Bukan ke syarat macam ni syarat bodoh? Dalam kegiatan rasuah, cuma ada si pemberi dan si penerima. Kalau ada orang ketiga selain si pemberi dan si penerima rasuah, orang ketiga tu pun boleh jadi saksi kepada pihak si pemberi atau saksi kepada pihak si penerima. Maknanya, orang ketiga tu pun turut bersubahat dalam jenayah rasuah yang sama.

Jadi, apa punya bangang orang besar tu kata, siasatan hanya boleh dilakukan oleh BPR jika ada orang ketiga yang sanggup jadi saksi? Tapi, tak mungkinkah syarat bangang ini disengajakan untuk menggagalkan BPR lakukan siasatan? Tak mungkinkah begitu?

Kalau ginilah bentuk kisahnya, jahanamlah UMNO. Pemimpin yang dah ada hampir 400 laporan mengenai dakwaan rasuah pun masih nak dilindungi oleh pembesarnya. Apa hebatnya orang yang ada dakwaan rasuah ni? Sebab dia pandai bodek dan angkat telor? Sebab dia ni boleh dijadikan perkakas oleh pihak-pihak tertentu? Sebab dia ni orang harapan pembesar terbabit?

His.. Rosak-rosak. Habis rosak binasalah UMNO kalau ada manusia rasuah seperti ni. Habis jahanamlah UMNO kalau ada pembesarnya nak lindungi kaki rasuah macam ni.

Lantaklah. Kita orang apa nak peduli lagi? Kita orang dah puas cakap pasal rasuah. Tapi ada lagi pembesar UMNO yang nak lindungi kaki rasuah.

Inilah kepura-puraan. Inilah kemunafikan. Inilah tanda-tanda kehancuran UMNO. Kita orang semua apa boleh buat? Tunggu dan lihat?

Tapi, dalam kita kata apa kita boleh buat, harap-harap pihak yang dah buat laporan kepada BPR mengenai calon Timbalan Presiden UMNO berkenaan, teruskanlah tindakan anda.

Kalau dah buat laporan dan BPR dihalang untuk lakukan siasatan, sebarkanlah salinan laporan anda kepada BPR tu kepada semua pihak berkenaan.

Taborkanlah salinan laporan tu kepada bloggers, kepada akhbar-akhbar nyamok atau kepada semua pemimpin UMNO. Lepas tu, kita sama-sama tengok dan tunggu apa akan terjadi. – http://politica-net.blogspot.com

Monday, December 15, 2008

AIDS MENULAR BAGAIKAN API MEMBAKAR BELUKAR

Penyakit ADIS kian menular di Malaysia. Ramai anak Melayu yang mati katak akibatnya. Ibu bapa mereka turut dihina masyarakat kerananya. Bilangan bayi serta kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini juga kian meningkat.

Tetapi, keprihatinan masyarakat kita mengenainya tidak menonjol. Perjuangan parti-parti siasah membanteras penyakit ini amat lesu. Kisah penyakit ini jarang-jarang sekali diperbesarkan oleh pihak media.

Sebagai renungan kita bersama, bacalah berita di bawah ini:

ALOR STAR 13 Dis. - Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim melahirkan rasa prihatin dengan kadar penularan AIDS yang tinggi di negara ini.

Beliau selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berkata, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar yang tinggi dalam penularan AIDS di kalangan negara Asia Tenggara dan Pasifik.

“Menurut Joint United Nations Programmes on HIV/Aids (UNAIDS), setiap hari lebih kurang 12 orang di negara ini diuji positif dengan virus HIV/AIDS.

“Sehingga Jun 2008, sebanyak 1,766 kes baru jangkitan HIV/AIDS telah dikesan dan sehingga kini seramai 82,704 rakyat negara ini dijangkiti virus itu sejak ia mula dikesan pada 1986,” katanya.

Orang kata, AIDS menular di kalangan penagih dadah. AIDS juga merebak dikalangan pengamal seks homoseksual.

Jadi, adakah merebaknya AIDS ini kerana strategi anti-dadah di Malaysia tidak berkesan? Adakah merebaknya AIDS dikalangan homoseksual juga kerana kita gagal mengatasi maksiat ini? Siapakah bertanggungjawab dalam hal ini?

Seterusnya, adakah sejumlah bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit di negara ini kerana ayah mereka pengidap AIDS atau ibu mereka menerima transfusi darah yang mengandungi virus HIV sewaktu mereka bersalin? Berapa seriuskah kes-kes seperti ini? Apakah pula masa depan bayi dan kanak-kanak ini?

Hari ini para pemimpin Malaysia asyik berpolitik. Mereka hanya memikirkan masa depan diri masing-masing. Mereka dikatakan menabur wang berjuta-juta ringgit untuk memenangi sesuatu jawatan.

Tetapi, apakah soal jumlah pengidap AIDS yang kian meningkat dan soal bayi serta kanak-kanak yang kini jadi pengidap AIDS pernah menjentik keninsfan mereka? Apa perlu kita lakukan dalam hal ini? Biarkan sahaja lebih ramai Melayu, termasuk belia, remaja, bayi dan kanak-kanaknya mati katak akibat AIDS? – http://politica-net.blogspot.com

Thursday, December 11, 2008

SURAH YASIN DIBACA DI TOKONG CINA DI PORT DICKSON?

Kisah ini betul-betul melampau. Baru-baru ini saya terima satu maklumat mengenai satu tokong Cina di Port Dickson yang kononnya memutarkan keset bacaan surah Yasin di suatu acara pemujaan tahunannya.

Tokong berkenaan tidak jauh daripada satu balai polis di peKan tersebut. Tetapi, pihak polis dikatakan tidak menyedari tentang dakwaan ini.

Bagaimanapun, ramai penduduk setempat berhampiran tokong itu mendakwa ada terdengar suara bacaan surah Yasin daripada tokong berkenaan.

Satu risikan yang dijalankan secara sulit oleh sebuah agensi kerajaan mendapati bahawa bacaan surah Yasin itu diputarkan menerusi keset kerana “datuk” di tokong itu kononnya keturunan Arab.

Kisah di atas adalah umpama satu bom jangka yang akan meletup bila-bila masa jika tidak diberhentikan serta-merta.

Oleh itu, pihak kerajaan - baik polis, baik Jabatan Agama Islam - mestilah bertindak tegas dan pantas untuk mempastikan kebenaran perkara ini.

Umat Islam setempat di Port Dickson yang mendakwa mengenai perkara di atas juga perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa secara jelas dan pantas.

Jangan dibiarkan perkara seperti ini menjejaskan keharmonian beragama dan perpaduan nasional di negara berbilang agama ini. – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, December 9, 2008

POLITIK UMNO ZAMAN ABDULLAH = POLITIK WANG, POLITIK SEKS DAN POLITIK SAMSENG?

Di zaman Abdullah Badawi macam-macam boleh jadi. Politik wang menggila-gila. Politik seks sudah bermula. Hari ini ada pula ugut-mengugut dan politik samseng. Haru-biru betul keadaannya!

Kes terbaru sekali mengenai politik samseng ini membabitkan Rizalman Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Tenom, Sabah.

Pada 8 Disember 2008, Rizalman buat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu, di Karamunsing, kerana dia menerima ugutan akan dibalun dan dicederakan.

Mesyuarat UMNO Bahagian Tenom dah banyak kali ditangguhkan. Adalah dipercayai ini kerana Rizalman tidak memihak kepada Musa Aman. Orang yang dikatakan bertanggungjawab memporak-perandakan Bahagian Tenom pimpinan Rizalman adalah Setiausaha Kerja UMNO Sabah.

Kalau gitu, mungkinkah Setiausaha Kerja UMNO Sabah juga yang mengupah seseorang dengan $11,000 untuk membalun dan mencederakan Rizalman?

Orang Musa Aman ini jugakah yang main batu sembunyi tangan tanpa memikirkan impak tindakannya kepada UMNO?

Diharap Musa Aman nafikan penglibatan Setiausaha Kerja UMNO Sabah ini. Kalau tidak, sah Musa Aman memang menggunakan Setiausaha Kerja UMNO Sabah ini untuk mempermainkan Rizalman dan UMNO Bahagian Tenom.

Apa agaknya komen Abdullah mengenai kes politik samseng ini? Adakah Abdullah akan melenting dan membalun Musa Aman supaya memecatkan Setiausaha Kerja UMNO Sabah dengan seberapa segera? – http://politica-net.blogspot.com/

Saturday, December 6, 2008

POLITIK SEKS DALAM UMNO?

Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.

Di bawah ini contoh kemungkaran terbaru membabitkan UMNO. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat nasional.

Hakikat ini didedahkan oleh Sritribuana dalam komennya kepada posting di blog ini pada Rabu, 19 November 2008, bertajuk Kita Nak Tubuhkan Parti Politik Baru?

Sritribuana mengirimkan komennya pada jam 11.36 malam, 5 Disember 2008, seperti berikut:

Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. Apabila para Putri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat nasional, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Putri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka mintak dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dogeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putri UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. - Sritribuana

Saya yakin komen di atas datangnya dari lubok kalbu Sritribuana sendiri. Ia adalah kisah benar yang sebenar-benarnya. Ia bukannya “sketsa dogeng di zaman moden.” Tetapi realiti kebobrokan UMNO yang hampir karam dengan kemungkaran, jenayah dan maksiat.

Saya cadangkan Sritribuana adukan kes rasuah seks ini kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Itu pun kalau mereka percaya. Kalau tak, berilah perincian yang lebih mendalam kepada blog ini supaya boleh didedahkan seluas-luasnya.

Begitulah UMNO ketika ini. Politik wang menjadi-jadi. Kemungkaran kian meluas. Presidennya dikatakan asyik main politik ikut telunjuk menantu serta dalangnya. Bahtera perjuangan yang dah nak karam dibiarkan tanpa usaha membaikinya. Warga UMNO yang kian meluat ke mana akhirnya kesetiaan mereka? – http://politica-net.blogspot.com/

Thursday, December 4, 2008

KETUANAN MELAYU: GUNAKAN STRATEGI API LAWAN API?

Utusan Malaysia 4 Disember 2008 melaporkan bahawa NGO bukan Melayu menolak cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bertujuan menyatupadukan rakyat.

Anehnya, dalam gitu-gitu, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) yang menolak cadangan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, pula mendakwa kononnya cadangan itu boleh menjejaskan perpaduan.

Kenyataan di atas membawa maksud: cadangan mewujudkan sistem pendidikan untuk menyatupadukan rakyat ditolak dengan alasan cadangan itu boleh menjejaskan perpaduan rakyat!

Cakap macam ni mana boleh masuk akal? Usaha menyatupadukan rakyat mana boleh ditolak atas sebab kononnya boleh menjejaskan perpaduan rakyat? Ini kenyataan gila. Inilah namanya kenyataan hairan bin ajaib. Kenyataan pusing-pusing macam cakap orang mabuk samsu.

Kumpulan orang yang seolah-olah mabuk samsu macam ni mana boleh diajak berdiskusi atau berdebat secara intelektuil? Mana boleh diajak bersemuka secara baik? Mana boleh kita tahan kemabukan cakap-cakap kelompok seperti ini?

Habis tu apa yang boleh kita buat? Biarkan aje kelompok ni mabuk dengan samsunya? Biarkan dia orang terus mendidihkan kesabaran kita semua? Biarkan, biarkan sampai bila-bila?

Rasanya, api perlu dipadamkan dengan simbahan api. Api kegilaan seperti ni tak akan padam oleh semburan air. Api kegilaan macam ni hanya akan mati bila dibalas dengan semburan api yang merah bersemarak. Orang kata, biar buku bertemu ruas – menang jadi arang, kalah jadi debu.

Tapi, strategi api lawan api ni cukup bahaya. Maklumlah api, waktu kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan. Jadi, kerajaan tak mungkin bertindak dengan pendekatan ini. Takut orang Cina tak sokong BN kononnya.

Habis tu nak guna pendekatan apa? Nak belai emosi songsang orang Cina dengan kedingin salju? Kalau gitu, api yang membakar di dada orang Melayu macam mana nak diredakan? Nak biarkan api ni terus menyemarak sepanjang usia?

Oleh itu, wahai pemimpin-pemimpin Melayu sekalian, gunakanlah kebijaksanaan anda sepenuh-penuhnya. Pokoknya, macam saya tulis semalam, jangan sampai bumi yang kita pijak ini akhirnya jadi milik orang! – http://politica-net.blogspot.com/

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG?

Dia orang ni dah melampau. Betul-betul melampau. Macam anjing gila. Hari-hari melalak dan menyalak. Semua orang nak digigitnya.

Inilah tabiat segelintir cauvinis Cina mutakhir ini. Melayu dikatakan bangsa pendatang. Bila Melayu bersuara, dituduhnya Melayu bersikap rasis. Bila dia orang pertikaikan Melayu, dia orang tak rasis. Banyak cantik punya muka!

Apa lagi yang dia orang mau? Nak provoke Melayu biar mengamuk? Nak provoke Melayu biar naik angin? Nak apa lagi?

Contoh terbaru adalah mengenai sekolah jenis kebangsaan. Tidak ada satu negara dalam dunia macam Malaysia. Dah ada sekolah kebangsaan, kerajaan izinkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil diwujudkan.

Cuba buka mata-mata luas-luas. Cuba pasang telinga lebar-lebar. Di Indonesia tak ada sekolah Cina. Di London tak ada sekolah Cina. Di USA tak ada sekolah Cina. Di Jepun tak ada sekolah Cina. Di Malaysia ada!

Sebab apa? Nak tau sebabnya? Pasal orang Melayu baik hati sangat! Itu pun dia orang tak kenang budi. Bagi betis nak peha. Lepas tu panjat kepala!

Sebab itulah hari ini Mukhriz Mahathir teruk kena bedal. Dia cuma kata hapuskan sekolah jenis kebangsaan. Apa yang dia kata tak salah. Tapi pihak yang rasa pedas menyalak macam anjing gila.

Bukan itu saja. Sekolah wawasan yang diwujudkan oleh kerajaan pun diboikotnya. Kononnya anak Cina tak boleh campur dengan anak-anak keturunan lain. Apa punya alasan ni? Bukankah ini ertinya puak ini anti-perpaduan?

Abdullah Badawi pun tak tegas. Kena tekan sikit, sekolah Cina yang dah ditutup pun diarah buka balik. Contohnya sekolah di pinggir Seksyen 17 PJ. Sekolah tu dah tutup beberapa tahun lalu. Waktu PRU12 ada masyarakat Cina desak minta sekolah tu dibuka semula. Abdullah pun arah Hishamuddin Hussein buka balik sekolah tu. Awal 2009 ni sekolah tu mula dibuka dan ambil pelajar semula. Apa punya cerita ni?

Jadi, apa nak kita buat? Tengok je? Sakit hati tak? Oh, Melayu sakit hati tak apa? Berapa lama kita boleh macam ni? Selama-lamanya?

Anehnya, bila Orang Cina dan India sakit hati, Abdullah terus ubati mereka. Contohnya Hindraf. Pertubuhan tu pertubuhan haram. Tapi Abdullah layan juga dia orang. Lepas tu dia orang gigit tangan kerajaan! Padan muka!

Nasiblah kau Melayu. Kalau macam ni terus-menerus, bumi dipijak jadi milik orang juga akhirnya! Mungkinkah ini kenyataannya hari ini! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, December 2, 2008

BILA MCA TERUS MELALAK, ORANG MELAYU TENTU MAKIN HILANG SABAR

Tak sudah-sudah. Asyik-asyik nak melalak pasal ketuanan Melayu. Sampaikan anak dara tua yang jadi Ketua Wanita MCA pun pandai mempertikaikan ketuanan Melayu. Itulah MCA yang dah bengkerap idea. Itulah MCA yang buta sejarah. Itulah MCA yang sengaja menghiris dan mengguris hati orang Melayu kononnya untuk perkukuhkan politiknya sendiri.

Sedihnya, cara orang-orang UMNO mematahkan keceluparan MCA ni pun cara yang bodoh, cara orang tak sekolah. Buatlah cara intelektuil. Ajak dia orang debat. Cabar dia orang apakah erti ketuanan Melayu? Adakah ketuanan Melayu itu satu bentuk kepimpinan negara atau satu konsep keindukan Melayu yang berasaskan sejarah dan geopolitik silam di wilayah nusantara.

Ketuanan Melayu yang sedang dipertikaikan dengan bodohnya oleh MCA dan dipertahankan dengan bodohnya oleh segelintir orang UMNO, bukannya soal Melayu jadi tuan di negara ini. Tetapi adalah soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak-hak istimewa pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Soal-soal induk ini pernah dipertikaikan oleh MCA sewaktu parti ini mula menganggotai Perikatan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara. Bagaimanapun, satu jawatankuasa yang mewakili Kerajaan British, Raja-Raja Melayu dan Perikatan kemudiannya memutuskan bahawa soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimewaan pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan. Inilah ertinya ketuanan Melayu.

Keputusannya begitu kerana sewaktu Mac Michael memperkenalkan Malayan Union, orang Cina di Malaya ketika itu pun mana pernah bantah. Ini kerana mereka memang suka Malayan Union terlaksana supaya terhapus Raja-Raja Melayu, terhapus Agama Islam, terhapus Bahasa Melayu dan terhapus keistimewaan pribumi.

Tetapi, bila orang Melayu berjaya mematahkan penubuhan Malayan Union, barulah orang Cina ketika itu wujudkan MCA dan join UMNO dan MIC untuk merdekakan Malaya. Dalam gitu-gitu, MCA tetap tak setuju bahawa soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimwewaan pribumi dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hanya selepas jawatankuasa di atas memutuskan keseluruhan perkara berkenaan dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan barulah MCA secara tidak sepenuh hati menerimanya.

Kini cucu cicit MCA ni sekali lagi nak menuntut ketuanan Melayu dihapuskan. Ini bermakna mereka meminta keempat-empat perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan dihapuskan. Cissss!!! Kurang ajar!!!!

Jadi, cara orang UMNO nak ajar MCA yang mulut celupar ni bukannya dengan mencabar mereka keluar dari BN. Tapi, panggil mereka duduk semeja dan biar bijak pandai kita jelaskan kepada mereka apakah ertinya konsep ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu bukan pada simbol kerisnya. Ketuanan Melayu bukan pada keindukan UMNO dalam parti pemerintah. Ketuanan Melayu adalah pada kemuliaan Raja-Raja Melayu, ketinggian Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan pribumi.

Sesiapa sahaja yang mempertikaikan keempat-empat perkara di atas mestilah ditentang secara tegas. Mula-mula ditentang secara ilmuan, secara intelektuil dan menerusi process of engagement. Kemudian, kalau dia orang masih bengal dan terus nak cari pasal, kita tentang dengan suara. Lepas itu, kalau dia orang masih belum gerun dengan kelantangan suara kita, mestilah mereka ditentang dengan pencak dan silat yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.

Lepas tu, kalau mereka masih terus mahu berkuntau dengan kita, sama-samalah kita peringatkan kepada mereka, bahawa majoriti orang Melayu akar umbi sebenarnya dah hilang sabar terhadap mana-mana pihak yang kini mempertikaikan konsep ketuanan Melayu secara membabi buta. Oleh itu, jangan bikin orang Melayu berang. Kalau Melayu jadi berang, siap, bujur lalu melintang patah, apa nak jadi, jadilah! – http://politica-net.blogspot.com

Friday, November 28, 2008

JIKA ABDULLAH PUTARKAN SEJARAH KITA BENAMKAN ABDULLAH MENERUSI GAMENYA SENDIRI

Bingung, bingung, bingung! Dua tiga hari lalu cuma RPK dalam Malaysia Today dan blogger Hambali Latiff berkata yang Najib Razak mungkin tak akan jadi PM. Sebaliknya Abdullah Badawi akan perintah Malaysia sampai tengah malam 7 Mac 2013.

Hari ni dah macam-macam cerita lagi mengenai tema yang sama. Aku pun jadi lebih bingung dan bingung dan bingung! Apa taknya? Semua pihak dah set cantik-cantik, tiba-tiba ada orang kata chup dan tui.

Lengitlah kita semua dibuatnya. Lengitlah Najib. Lengitlah warga UMNO. Lengitlah rakyat Malaysia yang dah tak sabar-sabar nak tengok Abdullah angkat punggung dan tinggal kita semua!

Ada orang kata Abdullah akan putar 360 darjah keputusannya mengenai peralihan kuasa. Dia akan batalkan keputusan tu dan terus berkuasa. Ada orang kata ini semua atas kehendak sesetengah pihak tertentu - mungkin menantu Abdullah, dan boleh jadi juga towkey-towkey kepada menantunya.

Apa yang kita boleh buat waktu ni cuma satu – tunggu dan lihat. Kita tunggu sama ada ramalan yang agak liar ni jadi kenyataan. Kita juga akan lihat macam mana Abdullah nak putar sejarah dan apa akan jadi kalau sejarah peralihan kuasa ni diputarkan.

Paling penting lagi, kita semua mesti tau apa nak kita buat bila Abdullah berjaya memutarkan sejarah ini. Fikir-fikirlah mulai sekarang, apakah tindakan paling berkesan untuk kita semua nak buat bagi memutarkan sejarah supaya Abdullah pula yang akan dihina, dikutuk dan ditenggelamkan oleh serajah mainan politiknya sendiri! – http://politica-net.blogspot.com/

Wednesday, November 26, 2008

WARGA UMNO PERLUKAN STREET JUSTICE?

Ini kata-kata Mohd Hafarizam Harun, lawyer UMNO merangkap anggota lembaga disiplin parti berkenaan mengenai amalan rasuah politik: badan itu (Lembaga Disiplin UMNO) berpendapat adalah lebih baik orang yang bersalah terlepas daripada menghukum orang yang tidak bersalah.

Kah, kah, kah…. Lucu sungguh kata-kata di atas. Geli geleman kita dibuatnya. Nak muntah ada. Nak marah pun ada. Kalau macam inilah caranya, lantaklah engkau orang semua. Teruskanlah kerja-kerja rasuah politik ni. Apa lagi? Teruskan sampai UMNO berkubur tanpa nisan!

Kita tau, hari ini bertimbun-timbun kes politik wang diadukan kepada UMNO Malaysia. Kini terdapat 1000 aduan pasal jenayah ini. Dah tu, 30 peratus, atau 300 kes, dikatakan fitnah. Yang 700 ratus lagi macam mana agaknya?

Kalau dah lawyer UMNO sendiri pun cakap macam di atas, apa lagi yang kita nak harapkan? Kalau pembelaan dan keadilan yang diperlukan daripada UMNO pun seolah-olah diperlucukan, perlukah kita melaksanakan street justice?

Kalau macam ni keadaannya, silap haribulan, semua pengamal politik wang yang akan menang pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO kali ini. Kalau ini terjadi, siaplah kita semua. Orang kaki rasuah akan pimpin kita. Adakah kita perlu berdiam diri kalau ini jadi kenyataan? – http://politica-net.blogspot.com/

Monday, November 24, 2008

ABDULLAH BADAWI TERUS JADI PM HINGGA 2013?

Pening, bingung, bercelaru otak. Itulah reaksi saya sesudah membaca posting blogger Hambali Latiff yang memetik tulisan blogger sensasi – Raja Petra Kamarudin (RPK) – kononnya Abdullah Badawi akan terus jadi Perdana Menteri Malaysia sehingga “tengah malam 7 March 2013.”

Hambali menetik tulisan RPK dalam Malaysia Today 21 November 2008 dengan tajuk BALASUBRAMANIAM’S STATUTORY DECLARATION REVISITED.

Pokoknya di sini, adakah ramalan RPK yang dicedok oleh Hambali itu benar? Asas kesimpulan RPK memang tidak salah. Iaitu Perlembagaan Persekutuan tidak memaktubkan bahawa Presiden UMNO (mulai Mac 2009 adalah Najib Razak) perlu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Yang DiPertuan Agong mesti melantik Ahli Dewan Rakyat yang mendapat keyakinan atau sokongan daripada majoriti Ahli Dewan sebagai Perdana Menteri.

Saya tidak berniat menghuraikan soal ini. Anda yang ingin membaca kedua-dua posting mengenai hal ini silalah baca sendiri di link berikut: http://hambali1.blogspot.com/2008/11/amaran-najib-tidak-akan-jadi-pm.html dan http://mt.m2day.org/2008/content/view/15161/84/

Oleh itu, kalau apa yang ditulis oleh RPK adalah benar, sanggupkah kita semua mengizinkan Abdullah terus jadi Perdana Menteri sehingga “tengah malam 7 March 2013”? Kalau apa yang ditulis oleh RPK juga benar, tidak mungkinkah Malaysia akan dilanda oleh krisis kepimpinan yang amat dahsyat?

Lebih serius lagi, mungkinkah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuang Agong akan meneruskan khidmat Abdullah sebagai Perdana Menteri walaupun Baginda amat insaf bahawa kerajaan di bawah Abdullah pada ketika ini adalah kerajaan yang terumbang-ambing dan kucar-kacir?

Oleh itu, kita semua perlu pandang serius ramalan di atas. Kita mesti kaji sejauh manakah kebenarannya. Kita mesti berbuat sesuatu. Kita mesti bersuara. Kita mesti bertindak. Kita tak mau Abdullah terus bermaharajalela. Kita tak mahu Malaysia jadi porak-peranda. Kita tak rela BN kalah teruk dalam PRU ke-13 kelak. – http://politica-net.blogspot.com/

Saturday, November 22, 2008

BLOGGERS ADA TELOR LAWAN BLOGGERS PUCOI?

Majoriti bloggers sosio-politik tanahair kini dilabelkan sebagai anti-kerajaan. Segelintir mereka pula menjadi pembodek kerajaan secara membabi buta. Itulah kesimpulan pendapat seorang sahabat saya baru-baru ini.

Sahabat saya berpendapat demikian kerana dia kesal mengapakah kini perlu wujud pelbagai puak dalam dunia blogging sosio-politik di Malaysia. Katanya, dunia blogging sosio-politik berlandaskan kesukarelaan. Dunia blogging sosio-politik juga diwarnakan oleh komitmen para bloggers terbabit. Sama ada seseorang bloggers sosio-politik itu dianggap berpendirian kanan, kiri atau lalang, itu pilihan masing-masing.

Label haluan kanan atau kiri juga adalah subjektif. Ianya bergantung kepada siapa yang memberikan label itu. Kalau yang melabelkan seseorang bloggers sosio-politik itu kumpulan yang menerima ganjaran material daripada kerja-kerja bloggingnya, maka label itu dibuat semata-mata untuk justify sejumlah wang yang diterimanya daripada kerja-kerja itu.

Kelompok ini kelompok askar upahan. Jadi, buatlah apa yang perlu dibuat setimpal dengan ganjaran yang diterima. Tapi, jangan pula labelkan puak lain yang berblogging atas komitmen diri terhadap kesejahteraan negara dan bangsa menerusi tulisan yang pedas dan menyengat sebagai berhaluan kiri, tidak ada telor atau anti-establishment.

Bloggers sosio-politik, khususnya mereka yang tidak bertopeng atau gunakan nama samaran adalah golongan yang berjuang untuk mempertahankan keadilan, kebenaran dan membanteras kesongsangan perilaku manusia yang boleh menjahanamkan bangsa dan negara. Kelompok ini tidak mengharapkan satu sen habuk pun daripada sesiapa. Sebaliknya, mereka mendedikasikan masa, tenaga dan wang ringgit sendiri secara sukarela.

Jadi, apa yang kecoh-kecoh nak ajak bloggers ada telor dengan tak ada telor untuk berbahas? Apa hal nak adakan pertemuan dan bagai-bagai lagi? Jalan sajalah. Nafsu-nafsi. Hang buat kerja hang kerana hang makan upah, kami pula teruskan dengan perjuangan kami demi negara dan bangsa. Biar rakyat jelata mengadili kita semua. Biar mereka mengenali siapa jadi askar upahan dan siapa pula yang berjuang secara sendirian, tanpa upah, tanpa ganjaran, tanpa takut, tanpa gentar dan dengan conscience yang telus.

Saya golongan blogger bertopeng. Saya guna topeng kerana saya tak mau exposed hantu tembok dan pemberi maklumat saya selama ini. Mereka orang besar-besar belaka. Mereka orang yang berpengaruh dan tahu apa yang berlaku di sebalik tembok-tembok di Sri Perdana, di Tingkat Empat, di PWTC dan lain-lainnya.

Orang-orang ini jadi hantu tembok dengan niat membetulkan kepincangan dan kesongsangan perjuangan sesetengah pemimpin kita. Mereka ada yang simpan pen-drive mengenai sesuatu peristiwa. Mereka ada yang simpan DVD untuk sesuatu adegan. Mereka tau apa yang dicakap dan dilafazkan dalam sesuatu pertemuan. Mereka berada di mana-mana, di seluruh tanahair, di seluruh tempat. Mereka adalah die-hard yang mahu negara kita sejahtera dan bangsa kita bahagia.

So what? Nak ajak orang-orang dan bloggers macam ni supaya dapat dipastikan mereka ni golongan ada telor atau manusia pucoi? Buang masa. Golongan ini tak akan mendabik dada dan gelarkan dirinya panglima perang cyber kononnya. Mereka jadi bloggers sosio-politik bukan untuk cari gelaran panglima. Mereka jadi bloggers sosio-politik dengan misi nasional tanpa sebarang manfaat diri.

Kalau ada kalangan bloggers nak gelar diri mereka sebagai panglima, gelarlah sesuka hati masing-masing. Tetapi ingat, seseorang panglima tak akan terjerit dan terlolong dan mengatakan diri mereka panglima. Orang macam ni mungkin orang yang suka melondehkan telor sendiri di khalayak ramai kerana mereka gila! – http://politica-net.blogspot.com

Thursday, November 20, 2008

DISKAUN TOL: APALAH BAHALOL SANGAT KEPUTUSAN NI….

Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan. Begitulah kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, di Kuala Lumpur, pada Selasa, 18 November 2008.

Selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama.

Kata Mohd. Zin, PLUS Expressways Berhad yang mengendalikan kedua-dua lebuh raya itu memberikan insentif tersebut bagi mengurangkan beban orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Keputusan di atas adalah bahalol punya keputusan. Bayangkan, rakyat jelata sibuk lalu-lalang gunakan lebuhraya waktu siang, daripada jam 6.00 pagi sampai 6.00 petang. Sebelah pagi, mereka keluar cari makan. Sebelah petang mereka pulang ke pangkuan keluarga.

Kalau gitu, apa punya bahalol bagi diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus daripada 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi? Bukankah dalam tempoh waktu ini ramai pengguna lebuhraya dah balik ke rumah masing-masing?

Kalau gitu, diskaun di atas hanya untuk orang yang keluar malam dan balik lewat pagi sajalah. Macam orang yang balik dari menyundal, dari karaoke, dari bar, dari rumah mistress, dari berjudi dan lain-lainnya. Hanya golongan ini sajalah yang dapat manfaat diskaun yang diumumkan di atas.

Sapa punya otak yang cadangkan diskaun macam ni? Adakah ini ikut otak bahalol-bahalol di PLUS atau otak sapa? Kalau macam inilah bentuk keputusannya, apa halnya kerajaan setuju? Kerana kerajaan fakir kononnya untuk kurangkan beban rakyat jelata, pi jalanlah…

Jangan bodohkan rakyat. Jangan tipu rakyat. Kalau nak beri diskaun berilah kepada majoriti pengguna lebuhraya pada peak-hours, waktu orang sibuk pergi kerja dan balik kerja. Beri diskaun tol kepada pengguna lebuhraya di malam buta apa gunanya? – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, November 19, 2008

KITA NAK TUBUHKAN PARTI POLITIK BARU?

Hari ini banyak pihak fed-up dengan UMNO, PAS dan PKR. Mereka sangat ternanti-nantikan kewujudan sebuah parti siasah Melayu yang baru. Kata mereka, kalau ada parti baru, mereka sanggup berkorban apa saja. Benarkah begitu?

Orang Melayu fed-up dengan UMNO pasal Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin serta kroni-kroninya. UMNO juga terlalu dikuasai oleh pihak-pihak yang rasuah dan gelojoh material. Kata orang tua-tua, UMNO kini dah jadi terlalu mata duitan!

PAS pula penuh kepura-puraan. Tetapi tidaklah seteruk UMNO. Cuma banyak pihak fobia dengan PAS sebab dulu parti ni halalkan darah orang Islam yang bersekongkol dengan lain-lain etnik bukan Melayu. Fobia ini susah nak dilupakan!

PKR lain pula ceritanya. Parti ini nak gadai Melayu dan Islam kepada Hindraf dan pihak liberal yang menentang asas-asas Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu mereka nak bela Islam diizinkan murtad, UiTM dibuka kepada bukan Melayu dan sebagainya. Kalau lamalah PKR berkuasa, konsep Malaysian Malaysia acuan Lee Kuan Yew akan jadi kenyataan. Nak nafi cara manapun, inilah matlamat akhir PKR!

Habis tu kita nak tubuhkan parti yang macam mana? Parti Melayu yang bertegas dengan asas-asas utama dalam Perlembagaan Persekutuan? Parti yang tidak bertolak ansur dengan puak demokrasi liberal? Parti yang sensitif kepada kehendak Melayu bandar dan luarbandar yang kini hampir digadaikan maruahnya oleh PKR dan Abdullah & Son Sendirian Berhad? Atau, parti yang mampu menangani kehendak serta tuntutan Melayu di era globalisasi, geopolitik barat yang kian mendesak di wilayah kita dan pengaruh zionis yang semakin bertapak di Malaysia?

Nak tubuhkan sebuah parti politik memang amat mudah. Isi borang dan daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Tapi, nak gerakkan politik sesebuah parti yang baru memerlukan dukungan semangat dan material yang kukuh. Ini mungkin aral dan konstrain kita yang paling strategik dan besar.

Tapi, kalau kita betul-betul serius, ayuh kita bangkit dan tubuhkan parti yang kita kehendakki. Lepas tu kita pakat-pakat dermakan sebulan gaji kita untuk tabung asas bagi menggerakkan parti ini. Ataupun, kita dermalah sebanyak mana yang termampu hasil dari jualan kelapa sawit, nenas, ubi kayu, ikan kering, songket, batik, nasi lemak, belacan, budu, cencalok, keropok, kerepek, opak dan lain-lainnya.

Macam mana? Anda semua setuju? Kalau setuju, kirimkanlah komen ke blog ini dengan cadangan dan jumlah derma yang anda semua janjikan. Kalau tidak, kita pendamkan saja angan-angan ni dalam lipatan sejarah hidup kita semua! – http://politica-net.blogspot.com/

Tuesday, November 18, 2008

MUNGKINKAH SEJARAH MENGINGATI ABDULLAH SEBAGAI PEMUSNAH UMNO?

Hairan sungguh. Mengapa agaknya Abdullah Badawi mati-matian tak mau berganjak. Mengapa Perhimpunan Agung UMNO mesti diadakan pada Mac 2009, bukannya Disember 2008? Ini tak pernah berlaku. Tak pernah, melainakan di zaman kepimpinan Abdullah.

Apa halnya Abdullah ni dah jadi bingung tak tentu pasal? Pasal Khairy Jamaluddin nak pastikan dia cukup masa untuk tabor wang berjuta-juta ringgit untuk menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Untuk Ali Rustam tabor wang memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO? Atau untuk menjahanamkan UMNO seperti diidam-idamkan oleh Lee Kuan Yew suatu ketika dulu?

Habis tu kenapa semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO ikut saja kehendak Abdullah? Mereka pun turut jadi mengong pasal nak jaga periuk nasi masing-masing? Atau, pasal mereka pun dah kena jampi serapah pihak-pihak yang suka berjampi serapah baik menerusi bomoh Kerinci, bomoh Jawa, bomoh Siam atau bomoh West Indies yang popular dengan voodoonya?

Alahai UMNO. Hari ni sudah ada suara-suara anak-anak muda professional yang fed-up dengan UMNO mau tubuhkan parti baru. Ini bukan sebab mereka tak kenangkan jasa dan budi UMNO. Ini kerana mereka sudah muak dan mual dengan UMNO yang jadi elitis, jadi korup dan hilang pedoman dalam perjuangan.

Anak-muda muda ni majoritinya anak-anak warga UMNO. Mereka tak percaya dengan PAS, PKR atau lain-lainnya. Sebab tu mereka nak tubuh parti baru.

Niat macam ni tak pernah berlaku dulu-dulu. Tapi niat ni makin memuncak hari ini. Semua pasal Abdullah menguruskan UMNO dengan cara yang sangat mengecewakan. Ini kerana Khairy memualkan anak-anak muda ini.

Ada orang kata Khairy adalah pemimpin harapan di abad ke-21 ini. Mungkin benar kata-kata itu. Tapia apa guna ada orang yang mendakwa bijak pandai macam dia kalau UMNO jadi hancur-lebur?

Pemimpin abad ke-21 adalah pemimpin yang bijak memperjuangkan agama, bangsa dan tanahairnya dari diperkotak-katikkan oleh kuasa asing. Pemimpin abad ke-21 mesti curiga terhadap hegemoni kuasa asing, kuasa zionis atau kuasa apa saja yang cuba ganggu-gugat kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Bolehkah Khairy yang dikelilingi Kalimullah Hassan dan Brendon Priera beri jaminan bahawa dia akan berjuang mempertahankan kedaulatan negara dari digadaikan kepada Singapura? Bukankah Khairy kini sangat-sangat didampingi oleh kedua-dua makhluk ini? Bukakah Kalimullah dan Brendon ni didakwa oleh banyak orang sebagai proksi Singapura? Benarkah begitu?

Orang-orang UMNO hanya boleh mengeluh dan membebel. Kuncinya hari ini ada di tangan Abdullah. Kalau dia pemimpin Melayu tulen yang cintakan UMNO dia kenalah fikir panjang-panjang untuk pendekkan kempen pemilihan UMNO kali ini. Kalau tidak, dia akan jadi satu pemimpin yang akan dicatat oleh sejarah sebagai seorang yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO. – http://politica-net.blogspot.com/

Wednesday, November 12, 2008

ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN?

Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini.

Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin. Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009.

Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul!

Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.

La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera.

Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat. Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala!

Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku.

Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib. Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib! – http://politica-net.blogspot.com

Sunday, November 9, 2008

CITERA ABDULLAH-ALI RUSTAM-MAT TAIB DAN KELANSUNGAN UMNO

Tahniah Mat Taib. Tahniah Ali Rustam. Tahniah Abdullah Badawi. Anda bertiga dah berjaya. Muhyiddin Yassin tak menang kerusi Timbalan Presidan UMNO tanpa bertanding. Hantu dan pelesit anda bertiga menang handal. Nombor satu. A one.

Dengan ini harapan UMNO untuk jadi tulangbelakang Barisan Nasional yang unggul nampak samar-samar. Apa taknya. Walau Najib Razak dah menang tak bertanding, peluang dia Perdana Menteri masih belum terjamin.

Lebih-lebih lagi bila kes Altantuya belum berakhir. Kita tak tau apa akan jadi bila perbicaraan diteruskan minggu depan. Kita belum tau apa kata dua pegawai polis yang tertuduh dalam kes ini.

Kita belum tau apa Raja Petra Kamaruddin akan cakap. Lepas bebas dari ISA, RPK hampir pasti dijadikan saksi dalam kes ini. Jadi, apa keputusan muktamad kes ini dan apa akan jadi kepada Najib?

Oleh itu, bagaimanakah jika Najib jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan persepsi umum yang sangat negatif terhadap dirinya?

Oleh itu, bagaimanakah jika Muhyiddin dikecundangkan oleh rasuah politik? Bagaimanakah jika Ali atau Mat Taib yang jadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri bila dia orang ni nak cakap Inggeris pun tunggang langgang?

Saya serahkan seluruh persoalan di atas kepada warga UMNO yang insaf akan masa depan agama, bangsa dan tanahair. Terserahlah kepada mereka untuk menangani dan mengatasi segala-galanya.

Mungkin selepas seluruh bahagian UMNO selesai dengan perwakilan masing-masing, semua pihak wajar mendesak Majlis Tertinggi UMNO mempercepatkan proses pemilihan pucuk pimpinan parti.

Mungkin juga mereka perlu mengadakan mesyuarat bahagian masing-masing untuk mengeluarkan usul ke arah ini.

Terserahlah. Kalau UMNO nak terus perkasa dan berkuasa, buatlah sesuatu secara segera dan bijaksana. Jika tidak, biarkan saja Abdullah dan kesongsangan perjuangannya terus memandu UMNO ke zaman kehancurannya. – http://politica-net.blogspot.com/

Thursday, November 6, 2008

POLITIK KJ-AR SENDIRIAN BERHAD

Budak yang nama Khairy Jamaluddin (KJ) ni sapa dia? Terhegeh ke sana, terhegeh ke sini, berlagak macam dialah Tengku Makhota UMNO. Naik mual kita dibuatnya.

Hari ni budak mentah ni gila nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dia jadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun menang pondan. Dia menang tak bertanding pasal mertua dia turunkan wahyu supaya budak mabuk ini kuasa tidak ditandingi.

Banyak warga UMNO kata, jahanam UMNO kalau budak ni jadi Ketua Pemuda. Negara kita mungkin digadai. Rahsia negara mungkin dikomersilkan.

Apa tidaknya. Warga UMNO tak buta mata dan tak pekak telinga. Mulai 2004 banyak kisah budak ni diketahui umum. Dia kuasa di sebalik takhta Abdullah. Dia ada link dengan kuasa asing. Dia menentukan sapa patut jadi calon PRU12. Dia di sebalik ECM Libra. Dia di sebalik NST. Dia banyak duit untuk ditabur.

Budak ni juga antara punca kejatuhan Abdullah dan porak-perandanya UMNO hari ini. Dia main mata dengan Hindraf. Dia kenyit mata dengan Singapura. Senaraikanlah apa saja masalah yang kita hadapi sekarang, nama budak ni tentu terbabit.

Hari ni banyak warga UMNO merungut. Budak mentah ni ada banyak taktik nak bunuh politik Najib Razak dan Muhyiddin Yassin. Dia nak Ali Rustam (AR) jadi Timbalan Presiden UMNO. Sebabnya kerana AR boleh dijadikan kuda dia. AR juga dah pandai kenyit-kenyit mata dengan Singapura. Budak mentah dan AR ni dah satu regu. Mereka tubuhkan POLITIK KJ-AR SENDIRIAN BERHAD dengan sebahagian sahamnya di kuasai orang luar.

Tapi, walaupun gelagat budak gila kuasa ni macam pelesit, dia tetap ada pengikut. Orang ikut dia kerana duitnya berguni-guni. Orang ikut dia pasal dia menantu Abdullah. Orang ikut dia kerana mahu harta dan takhta.

Majoriti warga Pemuda UMNO bukan tak tau akan hal ini. Mereka tau. Tapi, ada Pemuda UMNO ikut budak ni pasal mereka nak cari jalan pintas ke gerbang kuasa. Sebab itu mereka pun ikut jadi gila kuasa macam budak mentah ini.

Tanpa memihak kepada Mukhriz Mahathir atau Khir Toyo, tanyalah diri sendiri. Layakkah budak gila kuasa ni jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Tidakkah budak macam ni boleh bawa sial kepada UMNO yang sedang mahu diperkasakan semula? – http://politica-net.blogspot.com/

Monday, November 3, 2008

THE MALAYSIAN INSIDER VS DATA KEMUNGKARAN ABDULLAH

Kebelakangan ini nampak sangat Abdullah Badawi seolah-olah berdendam dengan Muhyiddin Yassin. Apa halnya? Apa yang tak kena dengan Muhyiddin sampai Abdullah mati-mati sangat nak burukkan Muhyiddin?

Apa dia sebabnya? Pasal Muhyddin vokal mengenai UMNO pasca PRU12? Sebab Muhyiddin mewakili suara akar umbi? Sebab Muhyiddin mengatakan yang benar?

Kisah Abdullah mendendam Muhyiddin ni memang tak tersiar dalam akhbar perdana. Tapi ada sebuah portal berita internet yang sering kenen-kenen citer Muhyiddin. Portal ni dipercayai dikendalikan oleh seorang Hamba Allah yang pernah menjadi boss di NST. Kata orang, sidia tu sahabat Kalimullah, sahabat KJ. Kata sesetengah pihak yang lain, sidia tu juga member Temasik.

Sebab itulah portal berita internet ni sering menyiarkan berita yang kononnya diperolehi daripada empat tembok bilik mesyuarat UMNO Malaysia di Kuala Lumpur dan bilik mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya.

Sebenarnya memang tak masuk akal kalau Abdullah geram dengan Muhyiddin pasal Muhyiddin mewakili suara akar umbi. Sebabnya, apa yang Muhyiddin cakap adalah keluhan dan rintihan warga UMNO akar umbi.

Contohnya, warga UMNO banyak yang termangu-mangu, kenapakah Abdullah nak sangat-sangat pemilihan pucuk pimpinan tertinggi UMNO diadakan pada mac 2009. Bukankah ini satu keputusan yang tak masuk akal dan tak lojik?

Abdullah tak sedarkah keputusan itu akan menyebabkan calon-calon desperado mengamalkan politik wang habis-habisan? Abdullah tak terfikirkah keputusan ni akan sebabkan UMNO hilang kredibiliti?

Kalau gitu, salahkah Muhyiddin selaku Naib Presiden UMNO menyuarakan sesuatu yang benar? Nak harapkan Naib Presiden UMNO yang lagi satu tu, sidia tu kaki ampu dan kaki bodek nombor satu. Nak harapkan Ketua Penerangan, sidia tu pun dua kali lima.

Jadi, salahkah kalau Muhyiddin yang bersuara? Atau, adakah Muhyiddin berdosa semata-mata sebab dia dikatakan menerima sokongan Tun Mahathir Mohamad?

Kita pun dengar dan kita pun tahu akan banyak kisah di mana Abdullah sebenarnya mahukan Ali Rustam lanyak Muhyiddin kali ni. Sebab tu Abdullah sendiri dikatakan ada buat panggilan telefon kepada sesetengah ketua bahagian mengarahkan Ali Rustam diberikan pencalonan Timbalan Presiden UMNO.

Janganlah nak nafikan cerita ni. Kalau Abdullah ada The Malaysian Insider, kita pun ada hantu tembok yang boleh bagi info. Kalau tak percaya, tanyalah Abdullah, hari ini ada berapa data maklumat sudah terhimpun mengenai diri Abdullah dan keluarganya. Macam-macam ada dalam data maklumat tu. Kalaulah seluruh data ni dilepaskan kepada rakyat Malaysia, lunyai Abdullah jadinya!

Oleh itu, Abdullah perlu ingat. UMNO ni milik ahli-ahlinya. Kalau Muhyiddin menyampaikan keluhan dan kekecewaan ahli-ahli UMNO, tindakan itu jangan dimarahi. Kalau nak marah, bubarkan UMNO atau jadikan UMNO parti anak beranak atau parti sendirian berhad!

Insaflah Abdullah. Kalau anda ada the The Malaysian Insider untuk lanyak Muhyiddin, rakyat jelata ada banyak data maklumat sahih yang menyimpan pelbagai karenah dan kemungkaran anda sekeluarga. Makanya, eloklah anda berundur esok atau lusa. Jangan tunggu lama-lama, nanti anda kena selsema akibat serangan data-data kemungkaran anda yang kategori A1 tarafnya! – http://politica-net.blogspot.com/

Thursday, October 30, 2008

BANYAK BANGKANGAN PASAL POLITIK WANG

Politik wang, politik wang, politik wang. Siapakah pengakara jenayah ini? Tidakkah mereka insaf UMNO akan musnah angkara jenayah ini?

Hari ini saya terima SMS daripada seorang pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan. Ini katanya:

Tun xxxxx (nama dikosongkan untuk elakkan implikasi negatif ke atas individu terbabit) kata, BPR patut siasat/temuduga pemimpin (UMNO) bahagian-bahagian yang calonkan Mohammad Taib, Khir Toyo, KJ, Ali Rustam dan Khaled Nordin. Ini saja (cara) nak dapatkan maklumat terperinci (mengenai amalan politik wang). Selamatkan UMNO.

SMS ini mungkin hanya luahan perasaan kecewa pengirimnya terhadap amalan rasuah politik dalam UMNO ketika ini. Mesej ini juga mungkin melatarbelakangi sebab-musabab banyak bahagian UMNO daripada seluruh negara kini menghantarkan bangkangan masing-masing kepada Ibu Pejabat UMNO mengenai permainan politik wang dalam pemilihan pemimpin di peringkat bahagian.

Tetapi, apakah SMS di atas juga cuba memberikan gambaran bahawa nama-nama yang disebut di dalamnya itu disyakki mengamalkan politik wang?

Kalau betul, ini berat implikasinya. Kalau salah, mengapakah pengirim SMS itu memfokus kepada nama-nama berkenaan?

Biar pun begitu, esok, 31 Oktober 2008, sekumpulan warga UMNO Wilayah Persekutuan dijangka mengadakan satu tunjuk perasaan mengenai usaha membanteras politik wang. Tunjuk perasaan ini dipercayai akan di adakan di perkarangan Ibu Pejabat UMNO Malaysia.

Pada jam 3.00 petang esok juga Majlis Tertinggi UMNO Malaysia akan bermesyuarat untuk memutuskan sama ada Perhimpunan Agung UMNO kali ini akan tetap diadakan pada Mac 2009 atau kembali pada tarikh asalnya, iaitu 16 Disember 2008. Dalam mesyuarat itu kemungkinan besar usul-usul bahagian mengenai hal ini akan dihalusi dan diberikan jawapan. Kita tunggu dan lihatlah apa keputusannya kelak. – http://politica-net.blogspot.com/

Tuesday, October 28, 2008

POLITIK WANG, BPR DAN DEBAT SIASAH

KJ memang kreatif dan manipulatif. Kini dia mula bertaring semula. Maklumlah dah dapat kuota yang diperlukan untuk tanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kini dia juga nak perangkap Mukhriz Mahathir supaya berdebat secara terbuka. Kononnya untuk huraikan manifesto perjuangan masing-masing.

Perlukah debat ni? Nak ikut trend Amerika Syarikat? Buat habis masa je. Manifesto perjuangan UMNO kan ada dalam perlembagaan parti. Baca betul-betul dan hayati betul. Jangan nak melelong pasal nak tunjuk lagak. Kalau kita ikut perlembagaan UMNO, kita tak lari dari asas perjuangan kita yang sebenar-benarnya.

Pokoknya, orang kenal sapa KJ, Mukhriz dan Khir Toyo. Orang kenal KJ menantu Abdullah Badawi, Mukhriz anak Tun Mahathr dan Khir pernah beri hadiah penyapu kepada salah seorang pegawai kerajaan di Selangor. Ketiga-tiganya hebat dan ada rekod masing-masing.

Tapi KJ ni nampak agresif dan bongkak. Katanya, jumlah pencalonan tak akan mencerminkan undi yang akan diperolehi. Memang betul. Tapi bezanya mungkin tak besar kalau tak ada pihak tabor duit dan tabor fitnah. Bukankah begitu?

Antara ketiga-tiganya, KJ yang paling kuat pengaruh dan kuasa wang ringgitnya. KJ ada NST dan lain-lain media perdana. KJ ada portal berita The Malaysian Insider, ada Bernama, ada RTM dan TV 3. Duit? Masya Allah! Tak payah ceritalah. Berbakul-bakul. Tak cukup sumber dalam negeri, orang kata, ada sumber luar negara.

Jadi, daripada buang masa berdebat, baik masing-masing calon buat iklan dalam paper yang mereka tak amalkan rasuah politik dan mendesak BPR pantau pergerakan mereka setiap masa.

Tapi ada pepatah Melayu mengatakan, jong pecah, yu kenyang. Waktu nilah para perwakilan akan ugut calon untuk dapatkan habuan. Tak layan salah. Nak layan, lagi salah.

Lantas BPR pun kenalah pantau semua perwakilan, Akaun bank mereka dan sms mereka wajar dipantau. Ini memang tidak demokratik. Tapi inilah saja jalan nak selamatkan UMNO. Setuju tak anda semua? – http://politica-net.blogspot.com

Saturday, October 25, 2008

KISAH MAT TAIB DAN SAKIT TUA

Seronok betul tengok drama Mat Taib @ Mike Tyson nak dapatkan pencalonan kerusi Timbalan Presiden UMNO. Senang cakap, dia tengah jual lelong dirinya sendiri.

Pagi tadi terkial-kial dia iklankan dirinya menerusi Bernama TV. Dia kata, dia tidur di rumah Orang Asli. Dia kata macam-macam nak suruh orang kasi dia pencalonan.

Inikah jenis pemimpin yang kita nak tonjolkan di abad ke-21 ni? Fikirannya lapok. Yang dia ingat, dengan duit dia yang berjuta-juta ringgit, dia boleh beli sokongan semua warga UMNO. Dia ingat kita ni semua bebal dan baghal. Tapi, tak apalah. Kalau ada warga UMNO nak sokong Mat Taib, sokonglah.

Mat Taib memang baik. Dia peramah. Tapi dia juga tidak cekap. Bila dia jadi Ketua Penerangan UMNO, apa dia buat? Asyik-asyik panggil warga besar UMNO pergi PWTC untuk dengar Abdullah Badawi merapu. Soal-soal strategik parti mana dia peduli?

Ketua Penerangan adalah jawatan penting. Perlu jelaskan banyak perkara kepada warga akar umbi. Dia kena jelaskan macam-macam hal supaya keyakinan anggota UMNO kepada parti dan kepimpinannya dipulihkan. Orang macam ni nak jadi pemimpin nombor dua UMNO di abad ke-21? Sorrylah brother. Makin teruklah “sakit tua” UMNO kalau dia jadi Timbalan Presidennya. – http://politica-net.blogspot.com

Friday, October 24, 2008

JOM KITA BUAT USUL DESAK PAU DIADAKAN DISEMBER 2008

Kepimpinan Abdullah Badawi ni memang kepimpinan ding-dong, dolak-dalik, flip-flop. Terakhir sekali pasal Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Mula-mula dia kata nak diadakan Disember 2008. Ali-alih tunda ke Mac 2009. Hari ni ada ura-ura nak balik ke Disember 2008. Gila punya kerja!

Abdullah memang tak akan dengar cakap warga UMNO. Dia tak sedar kalau pemilihan pucuk pimpinan UMNO pada Mac 2009, politik wang akan menjadi-jadi. Berbillion ringgit akan dibelanja oleh pihak desperado macam KJ. Kalau Ali Rustam dan Mat Taib lepas kuota, dua orang ni akan jadikan politik wang lagi gamat dan gila.

Orang-orang desperado ni banyak lembu dan babi untuk disembelih bagi dapatkan wang yang nak ditabur kepada perwakilan UMNO yang hanya mementingkan habuan politik. Mereka tak peduli apa impaknya. Mereka cuma nak kuasa. Matlamat menghalalkan cara!

Oleh itu, elok kalau warga UMNO yang belum bermesyuarat fikir untuk kemukakan usul mendesak Abdullah adakan pemilihan parti pada Disember 2008. KJ dah cakap pasal ni awal-awal lagi. Tapi bila Muhyiddin Yassin pun cakap hal yang sama, Muhyiddin pulak yang kena hentam habis-habisan. Tak percaya, baca sendiri The Malaysian Insiders, portal berita internet kelolaan Brendon Priera, kawan baik Kalimullah, kroni KJ.

Jom ramai-ramai kita desak Abdullah adakah PAU Disember 2008 ini. Kalau tak, jahanam UMNO dimusnahkan oleh politik wang. Jom. Apa nak takut? – http://politica-net.blogspot.com

Thursday, October 23, 2008

JOM KITA BUKA BURSA POLITIK WANG DI PWTC…..

Hari ini ada sesetengah pihak menjaja skandal sesetengah calon Naib Presiden UMNO. Ada buku dan ada DVD. Panas-panas, macam pisang goreng. Hari ini ada juga kerja-kerja sabotaj dilakukan ke atas sesetengah calon Timbalan Presiden UMNO. Ada panggilan telefon dari aras empat, ada gertakan, ada ganjaran lumayan untuk mendorong sesetengah bahagian mencalonkan individu yang belum mencukupi koutanya.

Hebat sungguh orang UMNO ni. Depan cakap lain, belakang buat lain. Depan alim, belakang dajal. Kalau macam ni, ranap UMNO.

Lepas tu, ada warga UMNO yang sanggup bergolok bergadai untuk jadi perwakilan G7 dari bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Mereka buat gitu pasal mereka nak komersil, perdagangkan atau melacurkan diri mereka kepada calon-calon di Kuala Lumpur. Mereka akan sindir, mereka akan ugut calon supaya beri mereka habuan, belanja makan sedap-sedap, pergi karaoke, pergi dangdut, pergi melancong, beli ole-ole mahal-mahal – kasut mahal, t-shirt mahal, kayu golf, macam-macam lagi.

Calon-calon miskin yang bermodalkan air liur, idealisme dan komitmen perjuangan murni hanya jadi bahan cemuhan dan bahan ketawa. Calon macam ni akan tersisih dan disisih. Calon macam ni mati tanpa kubur dengan idealisme dan komitmen perjuangannya.

Kalau macam ni gelagatnya, elok juga kita buka bursa politik wang sempena PAU kali ni. Kita buka bursa ni di PWTC atau hotel di sekitarnya. Semua traders di bursa politik wang ni boleh bubuh harga pada nama semua calon yang nak membursakan diri masing-masing. Para perwakilan yang nak melacurkan perjuangan masing-masing boleh bertumpu ke bursa tersebut.

Contohnya, kalaulah Ali Rustam dan Mohamad Taib dapat kuota tanding Timbalan Presiden, bursa politik wang itu bolehlah paparkan jumlah habuan yang mereka nak berikan kepada para perwakilan yang nak undi mereka. KJ pun boleh buat macam ni juga. Habuan KJ kali ni mesti paling tinggi. Orang kata, dia ada berbillion ringgit untuk ditabur.

Orang akan kata, ini idea gila. Apa peduli? Politik wang pun amalan gila. Melacurkan status perwakilan seseorang warga UMNO pun gila juga. Jadi semua dah gila – gila pangkat, gila habuan.

Jadi apa salahnya diwujudkan bursa politik wang untuk PAU kali ni? Apa nak susah-susah buat tender terbuka, tender tertutup atau negotiated tender. Buatlah terang-terang. Buatlah biar semua orang tau UMNO hari ini memang penuh dengan orang gila.

Di bursa tu boleh juga dipaparkan seluruh skandal mana-mana calon yang ada skandal. Lagi banyak skandal lagi mahal habuan mereka kepada perwakilan. Apa guna tabor skandal orang lain secara sembunyi-sembunyi, secara curi-curi? Buatlah secara open, secara terbuka.

Jangan takut dan jangan bimbang. Jangan peduli BPR kerana orang kata, BPR pun rasuah. Jangan takut apa-apa. Persetankan etika UMNO. Persetankan cita-cita perjuangan UMNO. Yang penting, apa yang dihajatkan, dapat. Apa yang dicita-citakan, berjaya. Matlamat menghalalkan cara!

Begitulah cetusan idea gila saya kali ini. Saya buat cetusan ni pasal saya muak, saya meluat, saya benci dan saya tidak termampu untuk membanteras seluruh kebejatan UMNO – rasuah politik, sabotaj dan fitnah – di waktu PAU. – http://politica-net.blogspot.com/

Wednesday, October 22, 2008

RIWAYAT KJ - LORD OF THE LOMANG

Pak Habib atau Syed Hussein Al-Attas, seorang penulis politik yang digeruni. Kali ini dia belasah menantu Abdullah Badawi menerusi lamanwebnya. Katanya, KJ ni macam Lord of the lomang (maharaja lemang). Sebab dia nak jadi lemang, mertuanya dijadikan slave of the lomang (buluh pembetung lemang). Maka panas dan menggelupurlah Abdullah diganggang dan dibakar semata-mata untuk menghasilkan lemang yang akan jadi hidangan kita semua.

Analogi Pak Habib ni tajam. Lebih tajam dari sembilu buluh. Lebih tajam dari keris dan lembing. Apa taknya. Pertalian buluh dan lemang bukan sama seperti aur dan tebing. Pertalian buluh dan lemang mempunyai kesan destruktif. Pertalian aur dengan tebing mempunyai impak yang konstruktif.

Kita ambil analogi buluh dengan lemang ni dalam senario siasah Malaysia mutakhir. Abdullah jadi buluh, KJ jadi lemang. Sebab KJ nak jadi lemang, Abdullah kena jadi buluh yang diganggang. Sebab lemang nak dimakan oleh kita semua, buluhnya terpaksa dibelah. Bila buluh dibelah, lemang pun jadi lembik, melentok lesu. Sebab lemang buluh binasa. Sebab KJ Abdullah terbongkang!

Kini KJ adalah lemang dan Abdullah adalah buluh. Angkara KJ Abdullah dibenci ramai. Akibat Abdullah dibenci ramai, kerajaan dan UMNO terumbang-ambing.

Jadi, kalau KJ tidak memilih dirinya jadi lemang, tentunya Abdullah tidak jadi buluh yang kena ganggang, kena bakar dan kena belah. Tapi, sebab KJ dah jadi lemang, dia sendiri pun akan jadi lemah dan lesu dan dibaham oleh para manusia dan binatang yang merindui kelazatan lemang. Inilah kesan destruktif KJ selaku lord of the lomang dan Abdullah yang jadi slave of the lomang!

Tapi, kerana itulah destini hidup pilihan Abdullah dan KJ, maka sapa punya salah jika rakyat jelata kini mengganggang, membakar dan membelah Abdullah dalam konteks siasah Malaysia? Oleh kerana Abdullah begitu nasibnya, siapa pula yang akan mempertahankan KJ bila beliau jadi lemah dan melentok lesu untuk dibaham oleh manusia dan binatang?

Demikianlah riwayatnya KJ dan Abdulah. KJ jadi lord of the lomang, Abdullah jadi slave of the lomang. Kedua-duanya sedang menuju zaman kehancuran masing-masing atas pilihan diri mereka sendiri. Padan muka kau orang berdua! – http://politica-net.blogspot.com/

Thursday, October 16, 2008

APA NAK JADI DENGAN NAJIB?

Sekarang ni banyak pihak katanya tengah asah parang tajam-tajam. Pihak-pihak ni tengah in the mood nak sembelih Najib Razak. Mereka nak sembelih Najib kerana kononnya Najib jadi penghalang besar kepada seorang anak muda yang bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri Malaysia menjelang umur 40 tahun.

Tak payah kita pecahkan kepala kita nak meneka siapa anak muda ni. Kita semua dah tau siapa dia. Syed Hussein Al-Attas dan Yahya Ismail dah tulis buku pasal kisah ni. Bezanya, Syed Hussein @ Pak Habib dengar khabarnya jadi jutawan bila dia tulis buku mengisahkan anak muda yang nak jadi PM ni. Tapi, Yahya Ismail terus kais pagi makan pagi kerana dia menentang usaha anak muda berkenaan.

Ikut ramalan beberapa sahabat wartawan, satu daripada pihak yang sedang mengasah parang dan nak menyembelih Najib adalah sebuah portal berita internet tempatan. Dengar ceritanya, portal berita ni ada kait-mengait dengan beberapa individu yang memang kebelakangan ni asyik dok menibai Najib atas macam-macam tuduhan.

Anehnya, kenapa kebelakangan ni portal berita internet ni nampak sangat macam nak hirup darah Najib puas-puas? Pasal apa? Pasal portal ni dah tukar taukey? Atau, taukeynya masih sama, tapi taukey tu pulak berkonspirasi dengan pihak dalam UMNO yang dahagakan darah Najib? Begitu?

Apa Najib nak buat dengan perkembangan ni? Duduk diam dan peluk tubuh? Analisa impak perkembangan ni sebelum bertindak dan menyerang? Atau, serahkan segala-galanya kepada qada’ dan qadar Allah SWT?

Sekarang ni Najib ada lima bulan lagi sebelum UMNO endorse kedudukannya sebagai Presiden parti. Dalam lima bulan, banyak perkembangan boleh berlaku. Kes Altantuya belum diketahui penghujung ceritanya? Kisah Eurocopter mungkin berlarutan. Kisah-kisah baru mungkin akan dihebah dan dihebohkan. Cerita pembelian kereta kebal katanya akan menyusul tak lama lagi. Kisah pembelian beberapa peralatan dan kelengkapan ketenteraan juga dikatakan akan didedahkan.

Ada pendapat mengatakan, kalau betullah ada usaha nak sembelih Najib menerusi apa yang kononnya dikatakan sebagai penyalahguaan kuasa, Najib pun boleh bongkar dan selongkar fail-fail di Kementerian Kewangan membabitkan apa jua skandal yang kononnya membabitkan sesetengah pihak.

Kalau gitu, kosong:kosonglah kedudukannya. Seri, dan apa yang sedang mula didayausahakan untuk menyembelih Najib sekarang ni mungkin akan berhenti tak lama lagi. Tapi, macam mana kalau pihak yang dahagakan darah Najib ni ada banyak set parang? Lepas satu parangnya tumpul, dia ganti dengan parang lain yang lebih tajam?

Satu lagi, macam mana kalau pihak ni tak gunakan parang, tapi gunakan money power. Dengar ceritanya berguni-guni duit akan ditabur untuk mengupah banyak pihak membunuh politik Najib menerusi UMNO dan menerusi pendedahan apa yang dikatakan kononnya sebagai skandal Najib?

Jib, Jib! Pening kepala kita semua memikirkan perkembangan ni. Kalau ikutkan hati, biarlah semua lingkup. Tapi, bila mengenangkan jasa-jasa Tun Razak, tak sampai hati pulak nak dibiarkan Najib terkontang-kanting sendirian!

Kalau gitu, apa harus kita buat? Nak cuci persepsi negatif ni bukannya mudah. Lagi pun, usaha ni tak boleh dibetulkan dengan sekelip mata. Sekali lagi, apa yang harus kita buat? – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, October 15, 2008

KELUARGA NAJIB ADA PERTALIAN DENGAN SEJARAH KEGEMILANGAN PULAU BESAR?

Najib Razak keturunan Bugis. Keturunan pelaut dan pejuang yang pastinya arif dengan selok-belok ilmu dan petua menundukkan taufan, ribut, badai, gelombang dan gelora untuk menuju ke pantai jaya dengan selamat. Sebab itulah warna biru laut adalah warna keturunan nenek moyangnya - warna yang lazimnya membawa tuah dan kejayaan.

Tiga tahun lalu seorang sahabat berpesan semoga Najib memijakkan kaki ke Pulau Besar di Melaka. Di Pulau itu terbina sebuah surau yang dibiayai oleh ibunya - Tun Raha - dan sebuah bangunan yang memayungi pusara Sheikh Ismail yang dibiayai oleh Tun Razak.

Mungkin tak ramai yang tau bahawa Pulau Besar adalah pusat ilmu perubatan Islam yang unggul di Nusantara di zaman silam. Pulau itu juga dikatakan jadi tempat Hang Tuah lima bersaudara berguru dan berkhatam Qur’an. Usaha menentukan kemerdekaan negara kita juga dipercayai diputuskan setelah sekumpulan para pembesar Melayu bermuzakarah di pulau berkenaan.

Jadi, Pulau Besar di zaman silam adalah sinonim dengan kegemilangan ilmu perubatan, pengajian Qur’an dan juga perjuangan Melayu. Sebab itulah agaknya Najib diperlukan menjejakkan kakinya ke pulau berkenaan untuk mengambil berkat kegemilangan tersebut.

Jika Najib sanggup bertanya mengapakah ibundanya membiayai pembinaan surau di pulau berkenaan, dan mengapakah ayahandanya pula membiayai pembinaan bangunan pusara Sheikh Ismail, mungkin Najib akan mengetahui rahsia-rahsia keluarganya yang tersembunyi di Pulau Besar.

Mesej sahabat saya ini telah disampaikan kepada Najib. Tetapi, hingga ke hari ini, Najib masih belum memijakkan kakinya ke Pulau Besar. Mungkin Najib khuatir dibabitkan dengan kisah-kisah khurafat!

Hari ini, sahabat berkenaan mengharapkan Najib mengingatkan semula mesej di atas. Katanya, sebagai seorang anak keturunan Bugis, wajarlah kalau Najib meredah gelora Selat Melaka dan menunai solat sunat di surau Pulau Besar. Kalau Najib dapat sama-sama berjemaah untuk menunaikan solat Maghrib atau Isyak di surau berkenaan adalah lagi afdal.

Dalam keadaan kritikal seperti sekarang, Najib perlu memikirkan saranan sahabat saya yang terhurai di atas. Lebih-lebih lagi sesudah seekor ikan paus seolah-olah membawa mesej yang sama dengan menghadirkan dirinya di Nenasi, di Kuala Pekan, Pahang, semalam!

Memang lazimnya ada kalangan UMNO yang berbomoh dan berpawang untuk mendapatkan kekuatan morale dan kekuatan minda dalam menempuh pertandingan dalam pemilihan UMNO.

Tetapi, percayalah. Mesej di atas bukan mengajak Najib membabitkan diri dengan amalan khurafat. Mesej di atas sekadar menyampaikan pesanan supaya Najib menunaikan solat sunat atau solat fardhu di surau di Pulau Besar yang dibiayai pembinaannya oleh ibundanya sendiri atas sebab-sebab tertentu yang hanya diketahui oleh keluarga Najib sendiri! – http://politica-net.blogspot.com

Tuesday, October 14, 2008

TUTUP MULUT DAN JANGAN MELALUT…

Dua hari lalu saya dah kata, Abdullah Badawi tak payah buat apa-apa lagi kenyataan dasar. Contohnya, apa gunanya Abdullah buat cadangan penubuhan kelab Barisan Nasional (BN) untuk membolehkan rakyat Malaysia yang tidak anggotai komponen BN boleh jadi ahli BN secara direct?

Cadangan itu mungkin baik. Tapi, sekarang apa dah jadi? Cadangan itu dah kena tembak oleh banyak pihak. Tidakkah Abdullah insaf bila cadangannya kena tembak, samalah seperti nama baiknya dan kewibawaannya sendiri yang kena tembak? Tak malu ke?

Lagi satu hal. Abdullah ni sedar tak, bila banyak pihak yang kelak jadi ahli BN secara direct, sapa nak jadi ahli komponen BN. Kalau dah ramai pihak jadi direct members kepada BN, apa nasib komponen BN, terutama sekali induknya, iaitu UMNO? Kalau macam ni lingkuplah!

Multiracialism memangnya sesuatu yang ideal di sesebuah negara pelbagai entik seperti Malaysia. Tetapi, tidakkah Abdullah sedar bahawa multiracialism masih belum boleh dijadikan asas kukuh kewujudan satu parti multiracial di negara ini? Kalau Abdullah insaf akan hakikat ini, apa gunanya buat kenyataan mengenai hal ini di akhir-akhir era kekuasaannya?

Oleh itu, sekali lagi saya rayu supaya Abdullah tutup mulut rapat-rapat, kemas barang-barang peribadi di JPM dan Sri Perdana, lepas tu pergilah bercuti! Kalau belum pergi khutub utara, pergilah! Kalau belum pergi puncak Himalaya, pergilah! Pergilah ke mana sahaja asalkan Abdullah tidak lagi buka mulut, melalut sehingga semua orang jadi kalut! – http://politica-net.blogspot.com

Sunday, October 12, 2008

SAYA MENYESAL KERANA ABDULLAH TERUS MAIN POLITIK…

Semalam Abdullah Badawi buat kenyataan, kononnya dia tak menyesal kerana melakasnakan pelan peralihan kuasa lebih awal daripada 2010. Baguslah tu. Tapi, saya amat menyesal kerana kenyataan itu penuh dengan kepura-puraan.

Sebenarnya Abdullah tak cakap secara ikhlas dan terus terang. Sebab itulah kononnya dia dah rancang penyerahan kuasa tu lebih awal. Kononnya juga dia tau apa yang dia lakukan.

Kita semua tau, sampai saat-saat akhir pada 8 Oktober 2008, Abdullah tetap mau pertahankan kerusi Presiden UMNO dalam pemilihan parti kali ini. Orang-orangnya dah atur strategi hingga awal pagi. Sampaikan khidmat bomoh dan pawang pun dikaji semasak-masaknya.

Rakyat jelata pun ada yang tau apa yang terjadi di Sri Perdana pada malam 7 Oktober 2008. Mereka tau sapa yang hadir dan apa kecaman-kecaman mereka terhadap Najib Razak dan Muhyiddin Yassin. Mereka tau yang Abdullah mahukan Ali Rustam jadi regunya sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Ini kenyataan. Kalau tembok Sri Perdana boleh bercakap, tentu tembok tu akan confirmkan hal ini! Kalau tembok Sri Perdana boleh terus bercakap, pastinya banyak lagi yang boleh dihuraikan di sini.

Jadi, betul ke Abdullah bersara secara sukarela? Betul ke dia berundur demi agama, bangsa dan negara? Atau, bukankah Abdullah sebenarnya membuat keputusan di saat-saat terakhir untuk berundur setelah Abdullah melihat sendiri apa yang telah dirakamkan oleh tembok Sri Perdana mengenai pelbagai gelagat, perilaku, kesongsangan Abdullah, keluarganya dan kroni-kroninya selama ini?

Bukankah Abdullah buat keputusan untuk bersara setelah dia menyaksikan sendiri pelbagai dokumen rahsia yang terkandung dalam satu penyimpan data yang dirakamkan oleh tembok Sri Perdana?

Inilah penyakit Abdullah selama ini. Dia ingat rakyat Malaysia ni semuanya bangang, baghal, bebal, tongong, dungu dan boleh diperbodohkan sepanjang masa. Sebab tu sampai dah nak bersara pun dia masih nak bodohkan kita semua.

Jangan macam tu. Kalau dah buat keputusan nak bersara, pergilah cuti. Kenapa sekarang tak nak cuti? Kenapa empat tahun lalu asyik pergi cuti? Kenapa dulu hampir setiap bulan pergi keluar negara sampaikan waktu Johor dilanda banjir besar pun dia tergamak pergi cuti ke Australia untuk berfoya-foya atas kapal layar mewah dengan aktres terkenal dan lain-lainnya?

Satu lagi harapan rakyat Malaysia, tak payalah Abdullah buat apa-apa lagi kenyataan dasar mengenai kerajaan dan parti. Cukuplah. Berilah ruang pada Najib untuk bersiapsedia.

Apa nak tunggu lagi? Kalau boleh, berundurlah esok. Mana masuk akal kalau Abdullah kata dia nak jayakan misi dia dalam lima bulan? Empat tahun dulu apa yang dah dia lakukan? Flip-flop, dolak-dalik dan out-of-control?

Kepada orang-orang Abdullah, insaflah Abdullah bukan duduk di kerusi PM dan Presiden UMNO untuk jaga kepentingan perut dan tebolok anda. Abdullah diamanahkan duduk di kedua-dua kerusi tu demi kami semua – rakyat jelata!

Oleh itu, jangan nak main politik lagi. Tak payah buat ucapan berapi-api penuh retorika. Orang Abdullah yang mengendalikan media massa perdana, cukuplah dengan spin anda yang memualkan. Cukuplah, tak payah cari lagi rasional kenapa Abdullah mesti berundur. Kalau anda masih tak mau menerima hakikat dan kebenaran, insaflah Abdullah adalah PM dan Presiden UMNO yang sangat-sangat mencewakan rakyat jelata. Biarkanlah Abdullah pergi dengan sejarah dan ceritanya yang akan ditafsirkan oleh generasi mendatang mengikut kebijaksanaan mereka! – http://politica-net.blogspot.com

Wednesday, October 8, 2008

BOLEH TAK SAYA TANDING JAWATAN PRESIDEN UMNO?

Macam mana kalau saya tawarkan diri tanding jawatan Presiden UMNO? Tak kiralah lawan sapa. Kalau Abdullah Badawi nak terus pertahankan jawatannya, saya akan terejah Abdullah. Kalau Najib Razak yang tanding kerusi tu, maknanya saya akan berentap dengan Najib.

Saya tanya sahabat-sahabat saya soalan di atas. Kata mereka, go for it! Tandinglah! La ni ni pun dah banyak muka tengek nak tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Jadi, satu lagi muka tengek nak tanding jawatan Presiden UMNO mesti muka tengek ni jadi famous!

Sebenarnya, saya dah ukur baju kat badan saya sendiri. Saya juga dah belek muka saya kat cermin puas-puas. Eh.. layak juga saya tanding jawatan Presiden UMNO. Saya ahli UMNO. Saya ada nafsu nak jadi orang besar. Saya pun kepingin nak berkuasa dan menggunakan kuasa untuk diri dan keluarga saya macam Presiden UMNO hari ni!

Alamak. Ini cita-cita gila. Terlalu amat sangat gila. Tapi, kata sahabat-sahabat saya, kalau Zahid Hamidi boleh tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, apa salahnya saya tanding jawatan Presiden UMNO? Kalau Jazlan Mohamad Rahmat yang berhingus pun boleh tawarkan diri untuk tanding kerusi Timbalan Presiden UMNO, apa salahnya saya yang dah tua bangka ni tanding jawatan Presiden UMNO?

Gila, gila, gila. Tapi, biarpun gila, rasional sahabat-sahabat saya ni memang tak salah. Dalam demokrasi sapa sahaja boleh tanding apa jua jawatan. Syaratnya, dia ahli yang bayar yuran. Tapi rasional macam ni boleh jadikan UMNO diketawakan orang!

Tapi, peduli apa? Apa pedulikan orang? Kalau kita ada nafsu, tandinglah! Lagi ramai yang tanding, lagi meriah. Biar haru-biru. Biar bercelaru habis. Biar kita semua jadi gila!!!!

Ala. Abdullah tu lagi tak betul, kata sahabat-sahabat saya. Apa taknya? Orang dah suruh dia berhenti, dia nak tanding lagi. Orang dah sumpah seranah dia hari-hari, pun dia masih tebal muka. Orang dah tak mau dia, dah tak yakin lagi dengan dia, tapi dia nak lagi jadi Presiden UMNO!

Kalau Abdullah macam tu, saya tak mau jadi macam tu. Saya ahli UMNO yang rasional. Saya ahli UMNO yang pandai ukur baju kat badan sendiri. Muka saya tak tebal macam kulit babi. Saya ada conscience. Saya berpijak di alam realiti. Saya tak gila kuasa. Saya tak tergamak nak gunakan kuasa untuk gadai maruah perjuangan UMNO.

Itulah jawab saya kepada sahabat-sahabat saya. Mereka ketawakan saya. Lepas tu mereka bertanya, berapa ramai orang UMNO macam saya? Mereka kata lagi, kalau ramai orang UMNO macam saya, tak wujudlah Zahid Hamidi atau Jazlan!

Tak kisahlah. Saya adalah saya - bukan Abdullah, bukan Zahid, bukan Jazlan. Abdullah, Zahid dan Jazlan loaded. Saya papa kedana. Abdullah, Zahid dan Jazlan ada sponsors. Saya loneranger!

Jadi, lantaklah kau oranglah wahai pemimpin UMNO. Orang UMNO macam saya ni akan terus berada di sideline dan tengok je sandiwara kau orang semua. Tapi, ingat, UMNO bukan tempat untuk badot, boneka atau dalang. UMNO adalah wadah perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair. Jangan sesiapa gunakan UMNO untuk diri sendiri! – http://politica-net,blogspot.com/