Wednesday, December 24, 2008

IJN: ORANG SUSAH BELAKANG KIRA, ORANG PENCEN PUN BELAKANG KIRA!

Dah betullah tu. Sime Darby nak control IJM sebab nak sediakan servis first class – peralatan first class, doktor pakar first class. Itu maksud Musa Hitam bila dia pecahkan elegent silencenya hari ini.

Alah, waktu nak meminang, cakap mesti lawa, bahasa mesti manis, tutor kata mesti lembut. Lepas dah dapat IJN, lu sapa, gua sapa? No money, no talk! Itu dia!

Tapi, apa guna melalut banyak sangat. Kalau dah hajat nak ambik, ambik aje lah IJN tu! Esok, belakang kira. Orang bangkang, belakang kira. Orang susah, belakang kira. Orang pencen, belakang kira. Semua belakang kira!

Apa nak peduli sangat kat orang miskin atau orang pencen? Biarkan dia orang semua terkejang dan kojol pasal kempunan nak masuk ke IJN. Peduli apa? Sifatkan aje dia orang ni collateral damage kepada penswastaan ni!

Anehnya, PNB selaku towkey besarnya kata, dia orang tak boleh nak halang nafsu buas Sime Darby. Apa hal? Sapa lebih besar? Anak Pak Hitam ke Hamat Kama Piah? Anak Pak Hitam ke Ahmad Sarji? Atau, mungkinkah KJ ada di sebalik take-over ini? Sime Darby memang tak ada record dalam industri perubatan macam J-Corps. Lantaklah. Bahagialah hendaknya Sime Darby. Peduli apa kat orang susah dan orang pencen! – http://politica-net.blogspot.com

3 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Ada Udang Di sebalik Mee

Sime Darby hendak control IJN sebab nak sediakan servis first class – peralatan first class, doktor pakar first class? Adakah dua kali pembedahan jantung Tun Dr Mahathir di IJN sebelum ini, Institut Jantung Negara itu masih lagi tidak ada class lagi kah?

IJN ini satu-satunya hospital jantung untuk semua rakyat Malaysia. Setakat ini rakyat dipelbagai peringkat masih mampu menggunakan kepakaran kebanyakkan anak-anak tempatan yang berkhidmat di situ. Mari kita kembali kepada 'konsep penswastaan'yang diperkenalkan di zaman Tun Dr Mahathir. Antaranya, seingat saya adalah untuk menambah kecekapan dan meningkat produktiviti. Selain itu adalah untuk mengurangkan beban kerajaan bagi menanggung sesuatu institusi, agensi atau badan-badan yang terbabit.

Kita tidak pernah mendengar keluhan daripada kerajaan khususnya kementerian kewangan dalam menyelia dan menguruskan IJN. Mengapa sekarang baru timbul idea untuk serahkan pegangan saham 51% IJN kepada kepada sebuah syarikat yang terkenal dengan ladang-ladang sawit. Sime Darby mungkin hendak mempelbagaikan sumber pendapatannya tetapi bukan di IJN walaupun di IJN itu ada lubok emas.

IJN adalah satu-satunya institusi sosial kerajaan yang tinggal dan sangat diperlukan oleh semua rakyat. Begitu juga dengan hospital-hospital kerajaan serta Institut-Institut Pengajian Tinggi Awam tidak boleh diuruskan oleh swasta. TNB, Telekom, Jabatan Pos dan yang lain-lain sudah mencukupi. Konsep penswastaan kepada badan berkenaan berjaya malah memberi sumbangan semula kepada kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita menyeru kepada Sime Darby dan orang-orang yang berkepentingan di dalamnya supaya mempertimbangkan permintaan majoriti rakyat Malaysia supaya membatalkan hasratnya itu. Cari lah idea lain yang lebih munasabah dan jangan busukkan lagi nama kerajaan yang memang sudah sedia tercemar ini.

Amir Hamzah
Batu Pahat

add said...

Orang susah belakang kira,orang pencen belakang kira,dalam PRU 13 nanti "senang kira" undi BN kerana tak banyak mana yang dipangkah oleh pengundi..... bye,,,,bye,,,

zidlan said...

kenapa sime darby HANYA nak ambil 51% sahaja BUKAN 49%? boleh sesiapa beri jawapan... musykil,musykil.....