Tuesday, December 16, 2008

HAMBA ZIONIS KENA BALING KASUT?

Hari ni syok betul baca kisah Presiden Bush kena baling kasut di Iraq. Padan muka si penipu ni. Dia ingat umat Islam semuanya pengecut. Dia ingat dia boleh terus kotak-katikkan kita buat selama-lamanya.

Dalam gitu-gitu, saya pun macam blogger Husin Lempoyang. Saya senyum bila baca kisah Bush kena baling kasut. Sambil-sambil senyum, saya tanya diri sendiri - macam mana agaknya kalau Khairy Jamaluddin atau Abdullah Badawi yang kena baling dengan selipar atau telor busuk?

Soalan ni membuak-buak keluar kerana orang kata, Bush, Khairy dan Abdullah ada persamaan mereka. Kalau Bush kaki kelentong, ikut kata orang, yang saya sebut namanya di sini pun agak sama. Kalau Bush alat zionis, yang kat sini pun didakwa sebagai teman zionis.

Ini yang bikin saya bagai nak gila memikirkannya. Macam mana kita ada manusia yang kononnya jadi sahabat zionis? Rupa-rupanya, Singapura tu pangkalan zionis paling utama di Asia Tenggara. Kalau gitu, habislah kita.

Tapi, mintak-mintak sangkaan ni salah dan fitnah semata-mata. Mana mungkin Abdullah cucu ulamak jadi sahabat zionis? Abdullah jadi sahabat Singapura memang betul.

Sebab tu dia buka Wilayah Iskandar. Sebab tu dia batalkan Jambatan Bengkok. Sebab tu dia tunda perbincangan seluruh isu tertunggak dengan Singapura. Sebab tu kes Pulau Batu Putih pun dikatakannya sebagai win-win situation.

Tapi, kalau kita ambik kira Singapura tu sahabat zionis, salah ke kalau kita kata Abdullah bersahabat dengan sahabat zionis di Asia Tenggara? Ini yang buat saya bengang tak sudah.

Apa kita nak kata pasal kisah macam ni? Lantaklah, itu dia punya hal? Tak boleh. Zionis ni zalim, kejam dan tamak. Semua dia nak conquer. Semua dia nak sapu. Semua dia nak kuasai.

Kalau sesiapa menghalang, dia akan ugut. Tak dapat ugut, dia guna cara halus. Dia akan usaha kuasai kita menggunakan kelemahan kita. Kalau kita kaki betina, dia akan guna betina lemahkan kita. Kalau kita kaki joli, dia akan tabor wang berkodi-kodi biar kita joli katak.

Bila kita dah syok, bila kita dah leka, dia pun tarik tali untuk jerat leher kita. Kalau kita tak mau terjerat, kenalah kita menari ikut rentak zionis. Akhirnya, kita pun jadi puppet dan zionis jadi dalangnya.

Tindakan-tindakan macam ni yang bikin orang lemah. Bila kita serius tentang strategi zionis, orang kata kita ni mabuk dengan teori konspirasi. Bila kita cakap lantang sangat, ada je pihak akan takut-takutkan kita. Bila kita diam menikus, dia pun panjat kepala kita.

Sebab tu saya syok sangat baca berita Bush kena baling kasut. Sebab tu saya tanya diri sendiri, macam mana agaknya kalau Khairy atau Abdullah yang kena begitu?

Sebab tu, kita semua mesti waspada pasal zionis ni. Kita tak mau ada pemimpin kita jadi puppet zionis atau puppet sahabat karib zionis. Kita kena cari jalan supaya sapa-sapa saja sahabat zionis atau sahabat kepada sahabat zionis di negara ini tidak akan berkuasa di Malaysia. – http://politica-net.blogspot.com

3 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Sebenarnya tak kena pun kasut tu kat kepala Bush bapak zionis tu. Kalau kena sehingga Bush masuk ICU baru gempar satu dunia.

Itu lah yang terdaya dibuat oleh orang Islam. Sama lah dengan kes di Palestin, rakyatnya hanya bersenjatakan batu melawan rejim zionis Israel. Sampai sekarang tak selesai-selesai.

Nampaknya marah sangat orang Iraq dengan Bush ketika Bush datang ke Baghdad. Alangkah moleknya kalau peluang yang ada untuk lepaskan tembakan saja. Alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan.

Orang Islam tidak begitu. Mereka bukan pembunuh atau pengganas seperti yang didakwa oleh pihak zionis. Kalau benar Islam itu ganas dan zalim, masakkan Bush masih mampu datang ke Baghdad iaitu bandar yang zionis telah hancurkan dan musnahkan.

KHAIRUL NAZRI said...

Salam singgah,

1. Secara peribadi saya berpendapat kunci segala angkara sebegini adalah untuk mencari kekayaan dunia yang hakiki.

2. Walau apa juga perkataan yang kita labelkan samada Zionis, Eragon dsbnya ada menjurus kearah pencarian wang dengan kuantiti yang kita tidak mampu mengira satu-satu.

3. Mereka-mereka ini saya berpendapat tidak kisah sekiranya dibaling apa sahaja asalkan jangan mati, kerana kerosakan yang diterima itu hanya celah gigi sahaja berbanding hasil dan ganjaran yang mereka terima dan kumpul sekian lama.

Pak Brahim said...

Saya rasa kejadian serupa akan berlaku di Kuala Terengganu nanti.

Rakyat Malaysia ni suka meniru, malah boleh melakukan yang lebih baik.

Mungkin terkena telor, batu ataupun selipar jepun.

Wallahuaklam.