Thursday, December 11, 2008

SURAH YASIN DIBACA DI TOKONG CINA DI PORT DICKSON?

Kisah ini betul-betul melampau. Baru-baru ini saya terima satu maklumat mengenai satu tokong Cina di Port Dickson yang kononnya memutarkan keset bacaan surah Yasin di suatu acara pemujaan tahunannya.

Tokong berkenaan tidak jauh daripada satu balai polis di peKan tersebut. Tetapi, pihak polis dikatakan tidak menyedari tentang dakwaan ini.

Bagaimanapun, ramai penduduk setempat berhampiran tokong itu mendakwa ada terdengar suara bacaan surah Yasin daripada tokong berkenaan.

Satu risikan yang dijalankan secara sulit oleh sebuah agensi kerajaan mendapati bahawa bacaan surah Yasin itu diputarkan menerusi keset kerana “datuk” di tokong itu kononnya keturunan Arab.

Kisah di atas adalah umpama satu bom jangka yang akan meletup bila-bila masa jika tidak diberhentikan serta-merta.

Oleh itu, pihak kerajaan - baik polis, baik Jabatan Agama Islam - mestilah bertindak tegas dan pantas untuk mempastikan kebenaran perkara ini.

Umat Islam setempat di Port Dickson yang mendakwa mengenai perkara di atas juga perlu membuat aduan kepada pihak berkuasa secara jelas dan pantas.

Jangan dibiarkan perkara seperti ini menjejaskan keharmonian beragama dan perpaduan nasional di negara berbilang agama ini. – http://politica-net.blogspot.com

1 comment:

keris panjang said...

salam,
ini dah melampau..mungkin ini adalah kesan dari dakwah parti islam yg ada kat negara ni kot..

kerajaan kena peka perkara ni..jgn dh jd bukan2 baru kita sibuk sana sini..corak pentadbiran kita selalunya begitulah..menteri yg jaga agama dan yg jaga dlm negeri tu kenalah lebih sensitif..perkara yg dh dibangkitkan inin sepatutnyan tidak habis begini sahaja..mesti ada aduan dan tindakan susulan..