Monday, December 15, 2008

AIDS MENULAR BAGAIKAN API MEMBAKAR BELUKAR

Penyakit ADIS kian menular di Malaysia. Ramai anak Melayu yang mati katak akibatnya. Ibu bapa mereka turut dihina masyarakat kerananya. Bilangan bayi serta kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini juga kian meningkat.

Tetapi, keprihatinan masyarakat kita mengenainya tidak menonjol. Perjuangan parti-parti siasah membanteras penyakit ini amat lesu. Kisah penyakit ini jarang-jarang sekali diperbesarkan oleh pihak media.

Sebagai renungan kita bersama, bacalah berita di bawah ini:

ALOR STAR 13 Dis. - Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim melahirkan rasa prihatin dengan kadar penularan AIDS yang tinggi di negara ini.

Beliau selaku Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) berkata, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mempunyai kadar yang tinggi dalam penularan AIDS di kalangan negara Asia Tenggara dan Pasifik.

“Menurut Joint United Nations Programmes on HIV/Aids (UNAIDS), setiap hari lebih kurang 12 orang di negara ini diuji positif dengan virus HIV/AIDS.

“Sehingga Jun 2008, sebanyak 1,766 kes baru jangkitan HIV/AIDS telah dikesan dan sehingga kini seramai 82,704 rakyat negara ini dijangkiti virus itu sejak ia mula dikesan pada 1986,” katanya.

Orang kata, AIDS menular di kalangan penagih dadah. AIDS juga merebak dikalangan pengamal seks homoseksual.

Jadi, adakah merebaknya AIDS ini kerana strategi anti-dadah di Malaysia tidak berkesan? Adakah merebaknya AIDS dikalangan homoseksual juga kerana kita gagal mengatasi maksiat ini? Siapakah bertanggungjawab dalam hal ini?

Seterusnya, adakah sejumlah bayi dan kanak-kanak yang dijangkiti penyakit di negara ini kerana ayah mereka pengidap AIDS atau ibu mereka menerima transfusi darah yang mengandungi virus HIV sewaktu mereka bersalin? Berapa seriuskah kes-kes seperti ini? Apakah pula masa depan bayi dan kanak-kanak ini?

Hari ini para pemimpin Malaysia asyik berpolitik. Mereka hanya memikirkan masa depan diri masing-masing. Mereka dikatakan menabur wang berjuta-juta ringgit untuk memenangi sesuatu jawatan.

Tetapi, apakah soal jumlah pengidap AIDS yang kian meningkat dan soal bayi serta kanak-kanak yang kini jadi pengidap AIDS pernah menjentik keninsfan mereka? Apa perlu kita lakukan dalam hal ini? Biarkan sahaja lebih ramai Melayu, termasuk belia, remaja, bayi dan kanak-kanaknya mati katak akibat AIDS? – http://politica-net.blogspot.com

2 comments:

azreen said...

cuma nk bagi info

blog ni pn seangkatan dgn surind yang jahil 2

http://sjsandteam.wordpress.com/2008/11/23/islam-is-the-only-true-religionall-other-religions-are-false/

keris panjang said...

salam,
penggemar penyalah gunaan dadah dan seks rambang ni memang tidak pernah serik2 walau pun contoh dan tauladan berada diambang mata..malang sekali, kita percaya ramai dari mereka adalah dari bangsa kita sendiri yang jiwa mereka kosong serta mengenepikan agama..

kalau ye pun nk lakukan aktiviti laknat tu, pastikanlah langkah2 pencegahan diambil..takkan lah perkara ni pun tak boleh fikir..