Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.
Di bawah ini contoh kemungkaran terbaru membabitkan UMNO. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat nasional.
Hakikat ini didedahkan oleh Sritribuana dalam komennya kepada posting di blog ini pada Rabu, 19 November 2008, bertajuk Kita Nak Tubuhkan Parti Politik Baru?
Sritribuana mengirimkan komennya pada jam 11.36 malam, 5 Disember 2008, seperti berikut:
Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. Apabila para Putri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat nasional, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Putri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka mintak dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dogeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putri UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. - Sritribuana
Saya yakin komen di atas datangnya dari lubok kalbu Sritribuana sendiri. Ia adalah kisah benar yang sebenar-benarnya. Ia bukannya “sketsa dogeng di zaman moden.” Tetapi realiti kebobrokan UMNO yang hampir karam dengan kemungkaran, jenayah dan maksiat.
Saya cadangkan Sritribuana adukan kes rasuah seks ini kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Itu pun kalau mereka percaya. Kalau tak, berilah perincian yang lebih mendalam kepada blog ini supaya boleh didedahkan seluas-luasnya.
Begitulah UMNO ketika ini. Politik wang menjadi-jadi. Kemungkaran kian meluas. Presidennya dikatakan asyik main politik ikut telunjuk menantu serta dalangnya. Bahtera perjuangan yang dah nak karam dibiarkan tanpa usaha membaikinya. Warga UMNO yang kian meluat ke mana akhirnya kesetiaan mereka? – http://politica-net.blogspot.com/

14 comments:
Pada 17 Januari 2009, pengundi di Kuala Terengganu akan mengundi dalam pilihanraya kecil.
Isu 1: BN menang dalam pilihanraya 8 Mac lalu dengan 628 undi. Itu pun disebabkan oleh ketokohan calon, Dato' Razali Ismail.
Isu2: Daripada 4 DUN di parlimen Kuala Terengganu, BN tewas di tiga DUN & menang 1 saja di DUN Bandar (pengundi Cina ramai di DUN Bandar).
Isu 3: Pembangkang (DAP khususnya) dan parti komponen Cina dari BN (MCA dan Gerakan) tentu akan menggunakan isu kenyataan Mukhriz untuk "mengajar" pemimpin UMNO. Kita dapat melihat tren ini dalam PRU12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru2 ini.
Isu 4: Kalau BN kalah di Kuala Terengganu atau menang terlalu kecil di sana, ini menunjukkan pengundi Cina terus menjauhkan diri dari UMNO. Dalam PRU13 nanti, apa yang akan berlaku ialah pertandingan antara UMNO and the rest of the people. MCA dan Gerakan akan diassociate dengan UMNO, for their own survival.
Isu 5: Apakah manfaat kenyataan Mukriz selain mempopularkan dirinya tetapi pada masa yang sama merugikan BN / UMNO; sekaligus menjadikan UMNO "parti pariah" yang disisihkan oleh semua orang? His statement won't change anything! It does more harm than good.
Isu 6: Adakah pemimpin UMNO merasakan mereka terlalu cerdik sehingga hilang segala kebijaksanaan dalam bercakap dan bertindak?
Marilah kita sama2 berfikir.
Wahai Datuk, komen anda cukup cantik. Memang cantik dan menarik. Tapi inilah contoh Melayu yang dungu dan pengecut.
Orang dok asak kita cukup-cukup, Datuk persoalkan PRK Kuala Terengganu. Bukankah Mukhriz buat kenyataan tu sebelum YB Razali pulang ke rahmatullah? Bila ada PRK baru Datuk persoalkan Mukhriz. Kalau tak ada PRK, adakah Mukhriz betul?
Cuba Datuk fikirkan baik-baik dan waras-waras. Selama mana Melayu jadi defensif dan pengecut?
Jangan marah kat datuk tu, dia bukannya dapat anugerah datuk dari raja/sultan, tetapi sebab anaknya dah berana, lalau ada cucu....Jadi dia datuk yang nyanyuk....biar saja cina dan india culi melayu, jangan lawan balik pasai takut hilang undi depa. Awat masa ni tak pikiaq macamana nak motivate melayu supaya menyatukan undi meeka untuk calon melayu juga?
Dahlah datuk, pi main dengan cucu-cucu tu.....
*ahlul marhien melayu
Tak hiran bila saya dengar politik seks dalam UMNO, cuma sedih sebab kita boleh mengangkat orang-orang sebegini sebagai pemimpin.
Tertarik dgn jawab anda kepada datuk di atas. Betul ke tu? Baru saya komen di blog lain yang pemimpin UMNO tidak mahu mempertahankan ahli UMNO sendiri, terjumpa pula dengan Datuk ni.
Saya tetap sokong kenyataan Mukhriz. Sampai bila Melayu nak dilayukan? Bagi Melayu yang tak dak "kete" pegi mampus!
Salam Perjuangan,
Pemuda IKS menyokong penuh terhadap komen balas Politica kepada komen datukshaifulkamal.
Habuan seks dari Puteri UMNO? Ini lebih teruk dari mengupah pelacur. Pemimpin sebegini yang perlu diusir keluar dari UMNO. Merosakkan Malaysia dari dalam.
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Rendahnya martabat Pemimpin-pemimpin bangsa kita.
Puteri yang terlibat perlu bawa ke BPR dahulu dan kemudian kepada Lembaga Disiplin. Hukuman Lembaga Disiplin terlalu ringan. Mahkahmah lebih berat sikit. Kalau saya patut direjam terus.
Kalau takut BPR tidak mahu ambil tindakan kerana perkara rasuah belum berlaku, baru serah kepada Lembaga Disiplin. Lepas tu perangkap dia. Kalau tak dapat dia cara tu, hantar cerita ini kepada Politica.
Politica, kita lanyak dia cukup-cukup. Sampai dia nak keluar rumah pun dia malu.
Antara percaya dengan tidak. Kalau cara sorok-sorok tu ialah, tapi kalau sampai berani minta terang-terang macam tu , Puteri jangan diam,ini dah sentuh maruah, hebahkan dan laporkan. Mudah-mudahan pemimpin semacam ini kita delete saja.
Datuk O datuk! rumah datuk dah nak roboh.Melayu macam datuk tak akan hilang di dunia.Melayu pengecut.Melayu yang akan jadi abdi di negara sendiri.
Isu 1.
Sebenarnya UMNO sudah kalah di Parlimen Kuala Terengganu.Campur undi Mat Sabu dan Nenek.Buatlah kajian secara investigatif dan analitik. Undi yang nenek dapat itu adalah undi protes dari orang-orang UMNO.Semuanya MELAYU.Carilah.Kembalilah ke dasar diri.Temuilah hati mu sendiri.Di situ Datuk pasti temui.
isu 2:
Selama ini pun dikawasan majoriti Cina UMNO tidak boleh menang.Peduli apa. Kuala Lumpur pernah menang ke? Pun begitu sebelum ini kita masih dapat majoriti banyak kerana melayu masih setia pada UMNO.Kenapa sudah tidak setia? Carilah dihati sendiri.
Isu 3:
Ada Melayu yang hendak perkasakan Melayu,Melayu seperti Datuk yang memulakan serangan untuk 'nyahkan'beliau dalam UMNO dengan berbagai alasan.Padanlah kalau ada Melayu yang jelmakan protes diatas kertas undi.
Isu4:
'the rest of the people. MCA dan Gerakan akan diassociate dengan UMNO, for their own survival'.Dayusnya!!!! bangsaku.Kenapa? Takut bangsa-bangsa ini tidak akan menaja pemimpin UMNO yang 'berperang' sesama sendiri utuk berbagai jawatan dalam UMNO.
Isu 5:
UMNO "parti pariah". Datuk dan konco-konco sebenarnya pemain-pemain yang sedang membikin UMNO "parti pariah" bukan Mukriz dan para Pejuang Melayu lain.
Isu 6:
Pemimpin UMNO sekarang:"Jangan ambil kesempatan!Ambillah semua kalau sempat".Jangan ikut nafsu TUK.
~Kau carilah ke 7 petala langit
Kau selamilah ke 7 penjuru alam
Kau titilah ke 7 banjaran gunung
Bukan di sana yang kau cari
~Kembalilah kedasar diri
Temuilah hati mu sendiri
Di situ kau pasti berhenti.
~Dan kau temui jalan yang hakiki.
Konklusifnya tolong Datuk kalau dalam majlis karaoke jangan nyanyikan lagu “Bangau O Bangau”….
Actually this is one main reason that I support PAS 'cos I really think parts of UMNO need to be "Islamised" more...esp in this seks thing, tak malu ke?
"Jawatankuasa Disiplin UMNO? "
Puteri yg setahun jagung sudah pandai jumpa menteri minta projek2 dgn menggunakan paras badan mereka sbg cagaran. Kenapa ramai dari mereka sudah hidup lebih selesa dari wanita yg lebih lama berjuang? Betul ada pemimpin yg gatal dan suka meambil kesampatan, tettapi ramai juga ahli puteri yg sama gatal dan mencari kesempatan mendapat projek dgn menggadai tubuh utk jawatan tinggi dgn harapan jawatan itu akan menutup jijiknya. segelitir wanita juga mmacam itu. ada yg dah cerai, ada yg mcm d Johor suaminya tak kisah kerana isterinya berjawaatan tinggi boleh dapatkan projek kerajsan dari org yg menyedap dgn isterinya itu.
Hanya Allah yg tahu jika Puteri yg menjadi mangsa atau pemimpin yg menjadi mangsa kerana hawa nafsu yg di eksloitasikan oleh puteri2 yg rakus ini.
salam..
KALAU MAU TENGOK ORG MELAYU YG JAHAT SEPERTI IBLIS..MEREKA DI..
1.DLM PEMUDA UMNO
2.DLM PUTERI UMNO
3.DLM PUTERA UMNO
4.DLM BN
'Bukannya di pusat serenti atau di penjara atau di dlm tahanan ISA'
kata prof Ramlah Adam di satu program umno shah alam tentng article 153 "Wanita UMNO nak yang bodoh-bodoh je jadi pemimpin. Yang cerdik macam saya ni mereka tak nak" semasa mengaitkan hal beliau tewas dalam pemilihan ketua wanita cawangan di Melaka..
Post a Comment