Lepas satu kisah lahabau, satu lagi cerita kalut-malut sampai ke telinga kita semua. Kali ni berita pasal Sime Darby (yang ura-ura nak swastakan IJN) nak bina terminal penerbangan tambang murah - LCCT - di Labu, Negeri Sembilan. LCCT itu kemudiannya akan dijual kepada Air Asia.
Kabinet Abdullah Badawi meluluskan pembinaan projek ini di mesyuaratnya, Jumaat, 19 Disember 2008.
Kan hairan bin ajaib! LCCT kat Sepang tu tengah diperbesar dan diperindahkan. Belum pun siap. Tup-tup, Sime Darby pulak nak buat LCCT baru di Labu untuk dijual kepada Air Asia.
Boleh masuk akal ke keputusan dan tindakan macam ni? LCCT yang ada sekarang nak buat apa? Kalau dah tau nak buat baru di Labu, buat apa repair dan renovate yang di Sepang? Lebih serius lagi, apa pasal Sime Darby yang jadi pembina LCCT tu? Mana Bumiputera yang lainnya?
Saya suspek ada sesuatu yang tak kena dalam hal ni. Mungkinkah ini cara Sime Darby dan pengerusinya nak cari duit pencen untuk Abdullah? Mungkinkah Khairy yang dilibatkan dengan Air Asia, nak cari dana kempen Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Mungkinkah ada cerita lain yang songsang dan mungkar di sebalik projek ini?
Satu lagi, Labu tu kan dekat dengan LCCT yang ada sekarang? Tak jauh. Kalau ikut kereta kira-kira 20 minit je! Jadi apa jadah dan apa rasionalnya nak pindah ke Labu? Kalau rakyat miskin naik Air Asia dari kampung dia orang, lepas tu nak ambik pesawat lain di KLIA untuk ke destinasi akhirnya, macam mana? Kan siksa? Kan ini mendera dan satu kezaliman? Kan mereka akan kena hisap darah oleh pengusaha teksi airport?
Bila saya dapat info kes ni, saya tanya seorang sahabat saya, kenapa tak ada orang bantah atau bangkang habis-habisan? Katanya, Abdullah smart. Projek ni diumumkan selepas sessi Dewan Rakyat baru-baru ni selesai!
Maka, jahanamlah kau rakyat Malaysia. Jahanamlah kau orang-orang miskin macam saya yang hanya terbang dengan Air Asia. Jahanamlah sesiapa jua yang memikirkan projek LCCT di Labu ni baik. And, may God bless you Abdullah and your cabinet for approving such a questionable project on the very pretext of doing a good service to the rakyat.
Untuk info you all, la ni Sime Darby masih tunggu surat Kerajaan Malaysia. So, kalau nak bangkang, bangkanglah sekarang. Tapi bangkang kaw-kaw punya sampai ianya dibatalkan.
Saya salah seorang rakyat yang selalu guna Air Asia. Saya tak rasa LCCT di Labu itu perlu kerana yang ada sekarang dah cukup memuaskan. So, may I say, GO TO HELL WITH THE PROPOSED NEW LCCT? – http://politica-net.blogspot.com/
2 comments:
Yeah man, there is only so much one can take.
And the Abdullah, KJ, Kamaludin administration is taking his toll on me too.
Happy New Year to you + family.
TQ JED. AREN'T YOU SUPPOSED TO BE IN BED? HAPPY NEW YEAR TO YOU TOO
Post a Comment