Thursday, December 4, 2008

KETUANAN MELAYU: GUNAKAN STRATEGI API LAWAN API?

Utusan Malaysia 4 Disember 2008 melaporkan bahawa NGO bukan Melayu menolak cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bertujuan menyatupadukan rakyat.

Anehnya, dalam gitu-gitu, Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) yang menolak cadangan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir, pula mendakwa kononnya cadangan itu boleh menjejaskan perpaduan.

Kenyataan di atas membawa maksud: cadangan mewujudkan sistem pendidikan untuk menyatupadukan rakyat ditolak dengan alasan cadangan itu boleh menjejaskan perpaduan rakyat!

Cakap macam ni mana boleh masuk akal? Usaha menyatupadukan rakyat mana boleh ditolak atas sebab kononnya boleh menjejaskan perpaduan rakyat? Ini kenyataan gila. Inilah namanya kenyataan hairan bin ajaib. Kenyataan pusing-pusing macam cakap orang mabuk samsu.

Kumpulan orang yang seolah-olah mabuk samsu macam ni mana boleh diajak berdiskusi atau berdebat secara intelektuil? Mana boleh diajak bersemuka secara baik? Mana boleh kita tahan kemabukan cakap-cakap kelompok seperti ini?

Habis tu apa yang boleh kita buat? Biarkan aje kelompok ni mabuk dengan samsunya? Biarkan dia orang terus mendidihkan kesabaran kita semua? Biarkan, biarkan sampai bila-bila?

Rasanya, api perlu dipadamkan dengan simbahan api. Api kegilaan seperti ni tak akan padam oleh semburan air. Api kegilaan macam ni hanya akan mati bila dibalas dengan semburan api yang merah bersemarak. Orang kata, biar buku bertemu ruas – menang jadi arang, kalah jadi debu.

Tapi, strategi api lawan api ni cukup bahaya. Maklumlah api, waktu kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan. Jadi, kerajaan tak mungkin bertindak dengan pendekatan ini. Takut orang Cina tak sokong BN kononnya.

Habis tu nak guna pendekatan apa? Nak belai emosi songsang orang Cina dengan kedingin salju? Kalau gitu, api yang membakar di dada orang Melayu macam mana nak diredakan? Nak biarkan api ni terus menyemarak sepanjang usia?

Oleh itu, wahai pemimpin-pemimpin Melayu sekalian, gunakanlah kebijaksanaan anda sepenuh-penuhnya. Pokoknya, macam saya tulis semalam, jangan sampai bumi yang kita pijak ini akhirnya jadi milik orang! – http://politica-net.blogspot.com/

6 comments:

kayumanis said...

Menang jadi arang kalah jadi abu. Kalau begitu apa yang nak kita waris untuk anak cucu kita? ARANG ... ABU. Jangan biar nafsu menguasai akal.

Unknown said...

Sekarang adalah masa yang terbaik untuk memulakan sistem sekolah satu aliran. Jika tidak dilakukan sekarang maka sampai bila-bila pun iyanya tidak boleh dilaksanakan.

Apabila tiba isu perkauman yang mencabar maruah melayu maka sudah sampai masanya kita sedarkan mereka bahawa mereka sebenarnya berada di Bumi Tanah Melayu - Malaysia bukannya hong kong atau taiwan atau beijing.

Tidak timbul isu menang jadi arang dan kalah jadi abu tetapi semua ini tentang kesanggupan kita dan keberanian kita untuk melaksanakannya. Sanggupkah kita...?

politica said...

Saudara Mat Kilau, syabas. Ini yang nak kita dengar. Kita offensive, jangan defensive. Dia orang serang kita, kita batalkan apa yang selama ini wujud atas belas ehsan kita. Moga-moga pemimpin kita baca komen anda dan terdorong untuk bertindak seperti anda cadangkan.

KHAIRUL NAZRI said...

Salam singgah,

1. Kalau kita amati kenyataan persatuan-persatuan teras cina berhubung dengan sistem sekolah satu aliran ini yang diakatakan menjejaskan perpaduan adalah sebenarnya menjejaskan perpaduan dikalangan bangsa cina itu sendiri.

2. Secara peribadi saya berfikiran bahawa sistem tersebut jelas menghakis budaya, pemikiran serta penerimaan bangsa cina terhadap bangsa-bangsa lain di negara ini.

3. Kesan-kesan yang tersebutlah yang amat dibimbangi oleh golongan cina ultra-kiasu. Maka amat perlu mereka untuk terus mempertahankan sekolah-sekolah pelbagai aliran seperti mana sekarang.

Unknown said...

Sdr.

Kalau Thailand dan Indonesia boleh buat, kenapa tida kita. Persetankan mereka!

Biar mereka sedar diri sikit, di manakah mereka sebenarnya.

Detguaq said...

Tuan, telah banyak kali saya sebut dalam forum-forum, mahupun komen-komen bahawa mereka sengaja mengundang BARA 13mei agar menjadi api. Cuma saya nak ingatkan agar api yang menyala nanti mebakar sasaran yang tepat, jangan sampai membakar kelambu.....