Tuesday, December 2, 2008

BILA MCA TERUS MELALAK, ORANG MELAYU TENTU MAKIN HILANG SABAR

Tak sudah-sudah. Asyik-asyik nak melalak pasal ketuanan Melayu. Sampaikan anak dara tua yang jadi Ketua Wanita MCA pun pandai mempertikaikan ketuanan Melayu. Itulah MCA yang dah bengkerap idea. Itulah MCA yang buta sejarah. Itulah MCA yang sengaja menghiris dan mengguris hati orang Melayu kononnya untuk perkukuhkan politiknya sendiri.

Sedihnya, cara orang-orang UMNO mematahkan keceluparan MCA ni pun cara yang bodoh, cara orang tak sekolah. Buatlah cara intelektuil. Ajak dia orang debat. Cabar dia orang apakah erti ketuanan Melayu? Adakah ketuanan Melayu itu satu bentuk kepimpinan negara atau satu konsep keindukan Melayu yang berasaskan sejarah dan geopolitik silam di wilayah nusantara.

Ketuanan Melayu yang sedang dipertikaikan dengan bodohnya oleh MCA dan dipertahankan dengan bodohnya oleh segelintir orang UMNO, bukannya soal Melayu jadi tuan di negara ini. Tetapi adalah soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak-hak istimewa pribumi yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Soal-soal induk ini pernah dipertikaikan oleh MCA sewaktu parti ini mula menganggotai Perikatan untuk memperjuangkan kemerdekaan negara. Bagaimanapun, satu jawatankuasa yang mewakili Kerajaan British, Raja-Raja Melayu dan Perikatan kemudiannya memutuskan bahawa soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimewaan pribumi dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan. Inilah ertinya ketuanan Melayu.

Keputusannya begitu kerana sewaktu Mac Michael memperkenalkan Malayan Union, orang Cina di Malaya ketika itu pun mana pernah bantah. Ini kerana mereka memang suka Malayan Union terlaksana supaya terhapus Raja-Raja Melayu, terhapus Agama Islam, terhapus Bahasa Melayu dan terhapus keistimewaan pribumi.

Tetapi, bila orang Melayu berjaya mematahkan penubuhan Malayan Union, barulah orang Cina ketika itu wujudkan MCA dan join UMNO dan MIC untuk merdekakan Malaya. Dalam gitu-gitu, MCA tetap tak setuju bahawa soal Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan keistimwewaan pribumi dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hanya selepas jawatankuasa di atas memutuskan keseluruhan perkara berkenaan dikekalkan dan tidak boleh dipertikaikan barulah MCA secara tidak sepenuh hati menerimanya.

Kini cucu cicit MCA ni sekali lagi nak menuntut ketuanan Melayu dihapuskan. Ini bermakna mereka meminta keempat-empat perkara penting dalam Perlembagaan Persekutuan dihapuskan. Cissss!!! Kurang ajar!!!!

Jadi, cara orang UMNO nak ajar MCA yang mulut celupar ni bukannya dengan mencabar mereka keluar dari BN. Tapi, panggil mereka duduk semeja dan biar bijak pandai kita jelaskan kepada mereka apakah ertinya konsep ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu bukan pada simbol kerisnya. Ketuanan Melayu bukan pada keindukan UMNO dalam parti pemerintah. Ketuanan Melayu adalah pada kemuliaan Raja-Raja Melayu, ketinggian Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan keistimewaan pribumi.

Sesiapa sahaja yang mempertikaikan keempat-empat perkara di atas mestilah ditentang secara tegas. Mula-mula ditentang secara ilmuan, secara intelektuil dan menerusi process of engagement. Kemudian, kalau dia orang masih bengal dan terus nak cari pasal, kita tentang dengan suara. Lepas itu, kalau dia orang masih belum gerun dengan kelantangan suara kita, mestilah mereka ditentang dengan pencak dan silat yang lemah lembut, berhemah dan bersopan santun.

Lepas tu, kalau mereka masih terus mahu berkuntau dengan kita, sama-samalah kita peringatkan kepada mereka, bahawa majoriti orang Melayu akar umbi sebenarnya dah hilang sabar terhadap mana-mana pihak yang kini mempertikaikan konsep ketuanan Melayu secara membabi buta. Oleh itu, jangan bikin orang Melayu berang. Kalau Melayu jadi berang, siap, bujur lalu melintang patah, apa nak jadi, jadilah! – http://politica-net.blogspot.com

13 comments:

Pak Brahim said...

Untuk mengekalkan talian hayat UMNO/BN adalah dengan membangkitkan isu perkauman dan kontrak sosial. Melalui strategi sebegini mereka berangapan akan menarik minat orang Melayu untuk kembali menyokong UMNO/BN.

Mungkin mereka lupa ataupun sengaja membuat lupa dengan apa yang telah UMNO/BN lakukan. Namun rakyat sedang memerhati dan terus memerhati tindakan mereka.

Sebenarnya semangat membara tahun 1946 sudah ketinggalan di telan peredaran zaman. Zaman sekarang sedang menuntut suatu perubahan yang lebih realistik dan adil.

UMNO/BN sekarang seperti perempuan tua yang nyanyok dan ada penyakit latah. Meracau tidak tentu pasal. Membangkitkan hal-hal dahulu yang telah dipersetujui bersama untuk membakar sentimen orang ramai bagi meraih sokongan.

Pesanan Pak Brahim, biarlah mereka melalak selama mereka masih berbaki kuasa yang ada. Orang tua yang nyanyok dan lemah kekuatan minda akan selalu membuat salah dan salah pertimbangan.

Insyaallah, bagi mereka yang waras dan sihat akan terus berjauhan dari UMNO/BN, maka akhirnya mereka akan terus lemah dan hilang didunioa ini, INSYAALLAH.

add said...

Pemimpin UMNO seharusnya "study" secara mendalam tentang sejarah dan perlembagaan negara. Yang peliknya,kenapa pemimpin PKR,PAS "sekor" pun tidak menyahut serta membantah mengenai "lalakan" anjing dan babi ini? adakah PR dan PAS menyokong penuh dan bersetuju mengenai "lalakan" ini????

Sutera Timur said...

Oleh kerana kebaikan orang melayu dalam menerima mereka sbg warga malaysia ,nampaknya ianya telah menyusahkan kita org melayu kini.Ginilah kalau sebahagian bukan melayu tak senang tinggal disini banyak lagi negara lain sedia terima mereka.Pilih aje lah... Apa tunggu lagi,blah ajalah. Lagipun kan bgsa mereka ramai yg dah berhijrah ke Australia... Amerika...Kanada... apa tak ikut sekali kan bagus ...tak payah buat serabut dinegara kita ini .Rasanya kalau mereka ini tak ada aman sikit Malaysia ini.

bungaraya said...

Bro,
Sabar banyak-banyak,
Jangan emosi.
DSAI akibat emosi dan tak sabar nak berkuasa sangat akhirnya kecundang ditengah jalan.
Jika kerana emosi dan kurang kesabaran melayu kecundang!!!alangkah ruginya kita.
Namun aku berbangga mendengar rintihan saudara.
Pada pemimpin bangsaku di puncak sana. Dengarlah rintihan dan keluhan rakyat melayuku. Hingga sampai bila mereka dapat bertahan sabar jua. Jika mereka mujur lalu melintang patah, bagai dikata. Jangan salahkan mereka. Ini kerana kamu terlalu lama mengambil sebarang tindakan untuk menyejukkan keadaan.

. said...

Tuan menggunakan istilah "melalak". Istilah yang lebih tepat ialah "menyalak" dan itulah istilah yang saya gunakan dalam blog saya. Dijemput membaca tulisan bertajuk Kisah Anjing dan Tiga Budak Hitam dalam blog http://nobisha.blogspot.com

kayumanis said...

Terima kasih atas penerangan tu, jelas sekali. Yang menariknya dihujung blog bila sdr buka langkah pendekar. Saya nampak banyak sangat bunganya. Tari punya tari, akhirnya paha sendiri lebam dok tepok. Letih buka tari silat, buah serang tak terbit juga.
Orang Melayu ni lagutu kut!!

Jitu said...

Saya takut tahap toleransi Melayu semakin nipis.

Najib harus berhati-hati jangan hanya menjaga perasaan hati bukan Melayu. Najib jangan memperkecilkan perasaan orang Melayu yang sudah terguris lebar. Sebenarnya perasaan dan toleransi orang Melayu agak membimbangkan hingga pihak raja-raja terpaksa masuk campur mengarah rakyat terutama bukan Melayu agar tidak cuba mempertikaikan dan mempersoalkan isu-isu dalam perlembagaan.

Najib perlu sedar usaha habis-habisan sedang dilakukan untuk menjatuhkan beliau. Tanpa sokongan Melayu bukan saja beliau akan tersungkur malah UMNO akan terus berkubur dan Negara akan jadi kucar kacir.

KME said...

Dear Politica,

Nampaknya saudara pun sama dengan graduan-graduan Melayu muda yang bergelar GGMM. Sama rendah martabat hingga tidak mampu berhujjah secara intellektual tetapi cabar-mencabar serta mengapi-apikan isu-isu perkauman. Kalau GGMM menjadi barua UMNO, adakah saudara pun sama?

Pada abROcadabRO, isu-isu kedudukan Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak-hak istimewa pribumi akan sentiasa kukuh hingga tidak boleh digugat sama sekali.

Orang bukan Melayu sedar dan menerima kedudukan Raja-raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan hak istemewa peribumi. Tiada sesiapa akan mempertikaikannya. Kalau saudara nak tahu, silakan tanya pemimpin-pemimpin MCA dan MIC.

Bukan Melayu juga terima Raja-Raja Melayu sebagai raja mereka, dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Itu bukan masalahnya.

Apa yang mereka "menyalak" bukannya terhadap keempat-empat perkara tersebut tetapi kepada ketidakadilan layanan kepada semua kaum dan diskriminasi yang terlalu terhadap bukan Melayu.

Konsep ketuanan Melayu yang saudara dan barua-barua Umno sdang pertahankan itu kena ubah nama. Panggil saja "Keutuhan Melayu" atau "Kedudukan Melayu". Pneggunaan "Ketuanan Melayu" itu tidak kena pada tempatnya.

Ini adalah kerana ia secara literalnya bermaksud "Malay supremacy". Malay supremacy bererti bangsa Melayu itu lebih "supreme" dari bangsa-bangsa lain. Supreme maksud Lebih.

Adakah kini orang Melayu lebih dari segala segi berbanding dengan bukan Melayu?

Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" dewasa ini di mana 70% orang miskin di negara ini terdiri darpada orang Melayu?

Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" dewasa ini di mana rata-rata pelajar Melayu di universiti mencapai CPGA 2.0 sahaja?

Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" dewasa ini di mana rata-rata graduan Melayu tidak boleh merangka satu ayat pun dalam bahasa Inggeris dengan betul?

Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" dewasa ini di mana rata-rata orang Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan teknologi negara?

Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" dewasa ini di mana rata-rata orang Melayu tidak mampu bersaing di persada dunia kerana ketinggalan dalam ilmu pengetahuan?

7Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" dewasa ini di mana rata-rata orang Melayu perlu bergantung kepada bangsa lain untuk kehidupan harian mereka?

Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" dewasa ini di mana rata-rata kakitangan kerajaan mencuri tulang setiap masa?

Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" dewasa ini di mana rata-rata orang Melayu menghadapi masala "berat tulang"?

Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" dewasa ini di mana jumlah penagih dadah dan mat-mat rempit hampir kesemuanya terdiri daripada orang Melayu?

Adakah saudara dan lain-lain barua Umno bangga dengan "ketuanan Melayu" jika setiap peringkat kakitangan kerajaan masing-masing berlumba dalam mengaut kekayaan secara tidak halal?

Cubalah saudara dan barua-barua Umno buka mata sikit. Jika orang Melayu betul-betul "supreme", nescaya bangsa Melayu tidak berada ditakok lama setelah 51 tahun merdeka dan dilindungi oleh NEP.

Nasib baik say bukan orang Melayu. Jika tidak saya amat malu untuk mendabik dada sambil melaungkan "Ketuanan Melayu?.

Jika saudara mahu, saudara boleh paparkan ulasan saya ini supaya dapat diperdebatkan secara intelek.

abROcadabRO at http://just-mythots.blogspot.com

kayumanis said...

Terima kasih di atas penerangan yang jelas itu. Harap ramai rakan-rakan lain turut membaca.
Yang kurang sedap sikit bila sampai di hujungnya, bila panglima POLITICA buka langkah silat, saya tengok banyak sangat bunga tarinya. Lebam paha dok tepok buah serangan tak terbit juga.
Berenti lah dulu silat tu mai kita kena pulut dulu...

keris panjang said...

aku suka ayat saudara ni,

"Kalau Melayu jadi berang, siap, bujur lalu melintang patah, apa nak jadi, jadilah! "

politica said...

Terima kasih.

I am going to single out abro bla bla bla here. Kalau anda tak ada modal tak payah tulis apa-apa di sini. komen anda tidak dialu-alukan. Tapi saya published untuk pamerkan kedangkalan otak anda.

Saya bukan graduan muda. Saya juga bukan gelandangan. Jadi, hati-hati sikit dengan kata-kata anda ok.

KME said...

Nampaknya marah betul Politica dengan saya.

Janganlah marah-marah. Tak baik untuk kesihatan.

Saya bukannya apa-apa. Hanya mengutarakan pendapat saya yang berbeza. Itu aje.

Kalau Saudara tak suka cara saya, saya minta maaf. Bukan niat untuk mengguris perasaan saudara.

Tetapi saudara sendiri ada mengatakan "buatlah secara intellektual". Kalau saudara tidak bersetuju dengan pendapat saya, brdebatlah secara intellektual. Janganlah berdebat dengan penuh emosi.

Tolong hayati kata-kata saya sekali lagi dengan membuang kata-kata yang tidak sedap didengar itu. Ada kebenarannya tak?

zooky said...

kpd saudra abro,

Istilah "ketuanan melayu" ini tiada kena mengena dgn "malay supremacy". Istilah malay supremacy ini pada hemat saya hanya digembur gembur/ditekan oleh pihak2 yang mahu orang melayu itu dilihat sebagai bangsa yang menindas.
Satu slogan itu, kalau berkali kali disebut, seolah olah menjadi satu kenyataan. "Ketuanan Melayu" disamakan/di terjemah sbg "malay supremacy". Pada hakikaktnya, ketuanan melayu jauh sekali dari Malay supremacy.
Sdra, sila keblog jebatmustdie.wordpress.com dibawah tajuk "The hitchiker's guide to ketuanan Melayu".
Baca lah dan buka minda anda.
Terima Kaseh