Friday, November 28, 2008

JIKA ABDULLAH PUTARKAN SEJARAH KITA BENAMKAN ABDULLAH MENERUSI GAMENYA SENDIRI

Bingung, bingung, bingung! Dua tiga hari lalu cuma RPK dalam Malaysia Today dan blogger Hambali Latiff berkata yang Najib Razak mungkin tak akan jadi PM. Sebaliknya Abdullah Badawi akan perintah Malaysia sampai tengah malam 7 Mac 2013.

Hari ni dah macam-macam cerita lagi mengenai tema yang sama. Aku pun jadi lebih bingung dan bingung dan bingung! Apa taknya? Semua pihak dah set cantik-cantik, tiba-tiba ada orang kata chup dan tui.

Lengitlah kita semua dibuatnya. Lengitlah Najib. Lengitlah warga UMNO. Lengitlah rakyat Malaysia yang dah tak sabar-sabar nak tengok Abdullah angkat punggung dan tinggal kita semua!

Ada orang kata Abdullah akan putar 360 darjah keputusannya mengenai peralihan kuasa. Dia akan batalkan keputusan tu dan terus berkuasa. Ada orang kata ini semua atas kehendak sesetengah pihak tertentu - mungkin menantu Abdullah, dan boleh jadi juga towkey-towkey kepada menantunya.

Apa yang kita boleh buat waktu ni cuma satu – tunggu dan lihat. Kita tunggu sama ada ramalan yang agak liar ni jadi kenyataan. Kita juga akan lihat macam mana Abdullah nak putar sejarah dan apa akan jadi kalau sejarah peralihan kuasa ni diputarkan.

Paling penting lagi, kita semua mesti tau apa nak kita buat bila Abdullah berjaya memutarkan sejarah ini. Fikir-fikirlah mulai sekarang, apakah tindakan paling berkesan untuk kita semua nak buat bagi memutarkan sejarah supaya Abdullah pula yang akan dihina, dikutuk dan ditenggelamkan oleh serajah mainan politiknya sendiri! – http://politica-net.blogspot.com/

6 comments:

add said...

kalau macam tu kita ganyang je Pak Lah and kroni-kroni, ganyang juga DSAI,RPK,Latif,Azmin,Khalid dan konco-konco nya.

Anonymous said...

"Ada orang kata Abdullah akan putar 360 darjah keputusannya mengenai peralihan kuasa. "

Ini ramalan sebahagian "orang lama".
Macam mana Selangor jatuh? Adakah sebab Media Prima kuat kepong Khir Toyo yang kononnya MB yang paling kotor, dll?
Siapakah KJ dan apakah agendanya?

omarhanafi said...

Saya yakin Pak Lah akan kota janji.
Alasan;
-orang mengaji agama, tak nak jadi munafik.
-sedar sebenarnya dia memang menteri satu penggal.
-takut tindakbalas rakyat jika memutar janji.
-DSN takut Rosnah naik angin. Mesti ambil tindakan gila-gila punya. Pak Lah tahu.

.@blogger.com said...

Bagi kebanyakan orang tidak akan percaya kepada PM Flip Flop. Kerana itu sebarang usaha untuk menguatkannya harus ditolak; 1. Pastikan bahawa Rafidah aka terus kekal sebagai Ketua Wanita - kerana beliau antara orang yang lantang terhadap PL dan jangan benarkan Shahrizat yang tentunya akan jadi yes man PL jika beliau jadi Ketua Wanita kelak. 2. Pastikan KJ tidak jadi Ketua Pemuda UMNO. 3. Pastikan Ali Rustam dan Mat Taib tidak jadi Timbalan Presiden UMNO.
http://pahangblogger.blogspot.com

mantra-indeeptots said...

Salam...

Hanya UMNO dan ahli-ahlinya saja yang akan tunggu dan lihat.

Berapa ramaikah ahli-ahli UMNO yang setia vs berapa ramaikah rakyat Malaysia yang layak mengundi?

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

melayu ni tuan rumah tapi orang lain yang kutip sewa... tuan rumah kena tipu dan kena buli... terus papa kedana. ataupun sebagai tuan kebun getah dimana kuli yang toreh kaya raya sebab tuan kebun tak tahu apa yang ku li dia buat. maknanya tuan tak smart lah.

melayu ni asal yunan betul tetapi bercampur dengan orang asli melayu proto dan melayu negrito. tengoklah biologi kita dan perangai kita yang susah nak faham macam orang asli kan?

orang melayu ni tak nak jadi tuan tapi sanggup jilat dap. tak mau deb sebab liberalisasi dan reformasi. tak mau bahsa melayu sebab global. tak ngaku melayu dan tak bantu atau sokong bangsanya sendiri sebab kononnya perpaduan. itulah melayu yang kayakan orang lain dan tak sokong kedai bangsanya.tak sokong bos melayu tapi sanggup mati kerana taukeh cina atau india.pas pulak nak buat islam dengan dap. ketuanan rakyat tu... belum tentu melayu jadi tuan... macam singapura lah tu.

itulah melayu yang pelik dan ajaib perangainya... tak pernah bersatu dan sokong melayu sendiri... gilakan psikologi kita... devian namanya dalam psikologi. jiwa hamba atau tiada keyakinan diri. melayu kaya dan pandai dah jadi mat salleh dan tak ngaku melayu dah.. cakap, makan dan hidup cara mat salleh.

pelik melayu ni.

November 29, 2008 4:46 AM