Tuesday, November 18, 2008

MUNGKINKAH SEJARAH MENGINGATI ABDULLAH SEBAGAI PEMUSNAH UMNO?

Hairan sungguh. Mengapa agaknya Abdullah Badawi mati-matian tak mau berganjak. Mengapa Perhimpunan Agung UMNO mesti diadakan pada Mac 2009, bukannya Disember 2008? Ini tak pernah berlaku. Tak pernah, melainakan di zaman kepimpinan Abdullah.

Apa halnya Abdullah ni dah jadi bingung tak tentu pasal? Pasal Khairy Jamaluddin nak pastikan dia cukup masa untuk tabor wang berjuta-juta ringgit untuk menang jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Untuk Ali Rustam tabor wang memenangi kerusi Timbalan Presiden UMNO? Atau untuk menjahanamkan UMNO seperti diidam-idamkan oleh Lee Kuan Yew suatu ketika dulu?

Habis tu kenapa semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO ikut saja kehendak Abdullah? Mereka pun turut jadi mengong pasal nak jaga periuk nasi masing-masing? Atau, pasal mereka pun dah kena jampi serapah pihak-pihak yang suka berjampi serapah baik menerusi bomoh Kerinci, bomoh Jawa, bomoh Siam atau bomoh West Indies yang popular dengan voodoonya?

Alahai UMNO. Hari ni sudah ada suara-suara anak-anak muda professional yang fed-up dengan UMNO mau tubuhkan parti baru. Ini bukan sebab mereka tak kenangkan jasa dan budi UMNO. Ini kerana mereka sudah muak dan mual dengan UMNO yang jadi elitis, jadi korup dan hilang pedoman dalam perjuangan.

Anak-muda muda ni majoritinya anak-anak warga UMNO. Mereka tak percaya dengan PAS, PKR atau lain-lainnya. Sebab tu mereka nak tubuh parti baru.

Niat macam ni tak pernah berlaku dulu-dulu. Tapi niat ni makin memuncak hari ini. Semua pasal Abdullah menguruskan UMNO dengan cara yang sangat mengecewakan. Ini kerana Khairy memualkan anak-anak muda ini.

Ada orang kata Khairy adalah pemimpin harapan di abad ke-21 ini. Mungkin benar kata-kata itu. Tapia apa guna ada orang yang mendakwa bijak pandai macam dia kalau UMNO jadi hancur-lebur?

Pemimpin abad ke-21 adalah pemimpin yang bijak memperjuangkan agama, bangsa dan tanahairnya dari diperkotak-katikkan oleh kuasa asing. Pemimpin abad ke-21 mesti curiga terhadap hegemoni kuasa asing, kuasa zionis atau kuasa apa saja yang cuba ganggu-gugat kedaulatan dan kemerdekaan negara.

Bolehkah Khairy yang dikelilingi Kalimullah Hassan dan Brendon Priera beri jaminan bahawa dia akan berjuang mempertahankan kedaulatan negara dari digadaikan kepada Singapura? Bukankah Khairy kini sangat-sangat didampingi oleh kedua-dua makhluk ini? Bukakah Kalimullah dan Brendon ni didakwa oleh banyak orang sebagai proksi Singapura? Benarkah begitu?

Orang-orang UMNO hanya boleh mengeluh dan membebel. Kuncinya hari ini ada di tangan Abdullah. Kalau dia pemimpin Melayu tulen yang cintakan UMNO dia kenalah fikir panjang-panjang untuk pendekkan kempen pemilihan UMNO kali ini. Kalau tidak, dia akan jadi satu pemimpin yang akan dicatat oleh sejarah sebagai seorang yang bertanggungjawab menghancurkan UMNO. – http://politica-net.blogspot.com/

8 comments:

adibeta said...

Sdr Politica,saya rasa sepatutnya sdr pelbagaikan bahan untuk posting sdr, sekali sekali tulisla isu-isu semasa spt dibawah (drp blog angin perubahan)..........
Insyaalah kita akan sama-sama dapat manafaat...


PAS sendiri sudah mengiktiraf Gobalakrishan pada 15 Februari 2007, bila melantiknya menjadi Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India. Wong Kar Woh (ADUN DAP Canning) yang baru membaca ayat Al-Quran dalam Dewan Undangan Negeri Perak pula dilihat calon yang paling layak untuk memimpin Dewan Pemuda Cina PAS.

Jika cadangan Dr Mujahid ini menjadi kenyataan, maka Gobalakrishnan akan menjadi Pengerusi Dewan India PAS. Sama tarafnya dengan Salahuddin Ayub yang memimpin Dewan Pemuda PAS. Inilah buah tangan kumpulan-kumpulan Erdagon dalam PAS. Kalau PAS sudah jadi begini, rasanya nama Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak disesuai lagi digunakan. Mungkin perlu ditukar kepada nama yang lain. Ini kerana Gobalakrishnan dan Wong Kar Woh biarpun telah membaca ayat-ayat suci Al-Quran tetapi masih lagi belum memeluk Islam. Biarpun orang PAS mengatakan hidayah akan datang kepada mereka tetapi cuba fikirkan sampai bilakah mereka akan terus mempermainkan ayat-ayat suci Al-Quran? Kumpulan-kumpulan dalam Dewan Ulama PAS wajib melakukan sesuatu untuk membetulkan keadaan ini.

Renung-renungkanla
Kg Dewan Beta,KB,Kel

add said...

Semestinya sejarah akan mengingati Pak Lah sebagai Pak Lelah menerajui UMNO dengan penuh kehancuran dan kemusnahan yang telah dibina oleh PM-PM terdahulu. Inilah angkara bodoh sombong Pak Lelah dan kuncu-kuncunya.Kalau tak, tak kan lah sekarang ni kemain lagi iklan promosi singapura di tv3. (memanglah utk income tv3)tapi geng-geng tv3 ni siapa punya?.

Unknown said...

Setiap ahli politik itu ada agenda dia tersendiri. Begitu jugalah dengan Pak Lah, dia pun ada agenda dia tersendiri untuk negara.
Oleh itu apa pun yang beliau lakukan ada percaturannya supaya agendanya itu akan tercapai juga walaupun dia tidak memimpin negara lagi.
Tetapi percaturan politik Mahathir lebih hebat, kelihatan sekarang seperti gerakan Mahathir menguasai permainan.

Hati Kecil Berkata said...

To adibeta,

PAS ni boleh dianggap bagus jika boleh bekerjasama dengan semua pihak yang terbaru dewan muslimah PAS bekerjasama dengan wanita UMNO atas dasar pegangan islam..jadi PAS hari ini lebih relevan jika memperjuangkan islam tanpa mengira kaum. Saya berharap biar kita bergaduh sesama sendiri tetapi diakhir jalan penyelesaian atas nama ISLAM..kerana islam menjamin jalan ke syurga firdausi..insyaallah.

enta omri said...

Sdr. Politica,

Betulkah ura-ura pembentukan parti baru ni? Jika betul akan berlaku, harap dimaklumkan didalam blog saudara sebab saya mungkin ingin menyertainya kerana jadi ahli Umno pun tak tahu samada masih sah atau tidak sebab, maklumlah, yuran ahli dan kehadiran ke mesyuarat cawangan adalah dalam tangan ketua cawangan itu.

Harap ada perkembangan lanjut.

Anonymous said...

Saya lebih suka kalau ada bijakpandai dan ahli akademik menubuhkan parti baru.Saya sedia memberikan apa2 sumbangan untuk menjayakan idea ini.Saya dah fed up dgn Umno,Pas dan Pkr

keris panjang said...

QUOTE;
"dr butiq said...
Saya lebih suka kalau ada bijakpandai dan ahli akademik menubuhkan parti baru.Saya sedia memberikan apa2 sumbangan untuk menjayakan idea ini.Saya dah fed up dgn Umno,Pas dan Pkr"

AKU SETUJU SANGAT DGN KENYATAAN DIATAS..P/RAYA NANTI AKU DAH TAK TAHU MANA SATU NAK PANGKAH..SEMUA TAK BOLEH PAKAI!

adibeta said...

Untuk Hati Kecil Berkata...t.kasih dan saya bersetuju dengan pendapat anda..

Begitu juga, saya memahami matlamat atau dasar perjuangan PAS...namun corak penghayatan amali tidak selari dengan dasar itu,cthnya isu antara k/sama dengan UMNO dan DAP.

Untuk mencapai kesyumulan Islam,bukan hanya bergantung kepada DASAR tapi amalinya...