Sunday, November 9, 2008

CITERA ABDULLAH-ALI RUSTAM-MAT TAIB DAN KELANSUNGAN UMNO

Tahniah Mat Taib. Tahniah Ali Rustam. Tahniah Abdullah Badawi. Anda bertiga dah berjaya. Muhyiddin Yassin tak menang kerusi Timbalan Presidan UMNO tanpa bertanding. Hantu dan pelesit anda bertiga menang handal. Nombor satu. A one.

Dengan ini harapan UMNO untuk jadi tulangbelakang Barisan Nasional yang unggul nampak samar-samar. Apa taknya. Walau Najib Razak dah menang tak bertanding, peluang dia Perdana Menteri masih belum terjamin.

Lebih-lebih lagi bila kes Altantuya belum berakhir. Kita tak tau apa akan jadi bila perbicaraan diteruskan minggu depan. Kita belum tau apa kata dua pegawai polis yang tertuduh dalam kes ini.

Kita belum tau apa Raja Petra Kamaruddin akan cakap. Lepas bebas dari ISA, RPK hampir pasti dijadikan saksi dalam kes ini. Jadi, apa keputusan muktamad kes ini dan apa akan jadi kepada Najib?

Oleh itu, bagaimanakah jika Najib jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dengan persepsi umum yang sangat negatif terhadap dirinya?

Oleh itu, bagaimanakah jika Muhyiddin dikecundangkan oleh rasuah politik? Bagaimanakah jika Ali atau Mat Taib yang jadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri bila dia orang ni nak cakap Inggeris pun tunggang langgang?

Saya serahkan seluruh persoalan di atas kepada warga UMNO yang insaf akan masa depan agama, bangsa dan tanahair. Terserahlah kepada mereka untuk menangani dan mengatasi segala-galanya.

Mungkin selepas seluruh bahagian UMNO selesai dengan perwakilan masing-masing, semua pihak wajar mendesak Majlis Tertinggi UMNO mempercepatkan proses pemilihan pucuk pimpinan parti.

Mungkin juga mereka perlu mengadakan mesyuarat bahagian masing-masing untuk mengeluarkan usul ke arah ini.

Terserahlah. Kalau UMNO nak terus perkasa dan berkuasa, buatlah sesuatu secara segera dan bijaksana. Jika tidak, biarkan saja Abdullah dan kesongsangan perjuangannya terus memandu UMNO ke zaman kehancurannya. – http://politica-net.blogspot.com/

7 comments:

Hamizi said...

jangan kecewa bro... tuhan punya kuasa...

MANTRA said...

Apa yang hendak kita hairankan? Ahli UMNO sedang menjemput talkin untuk masa depan parti mereka.

Bagi mereka parti ini sangat keramat tetapi rakyat Malaysia akan mengkiamatkan parti ini selagi ahli dan pemimpin mereka enggan berubah.

bungaraya said...

Mantra dan politica.
UMNO bukan sahaja parti untuk ahlinya malah untuk orang melayu keseluruhannya termasuk anda berdua.
Kita membuat tuduhan hendaklah melihat juga kepada track record pemimpin kita. Pak lah kaki rasuahkah? Saya ragu dengan persipsi anda. Jika anggapan anda meleset sama sekali, maka anda berdua tergolongan salah saorang ahli neraka.
Muhyiddin tidak rasuahkah? sekali lagi jika tekaan anda salah, anda meletakkan UMNO dalam keadaan pernilaian yang sangat tak tepat.
Akhirnya jika raykat teramai sama lagaknya seperti anda berdua? Maka UMNO tumbang disebabkan oleh kelam kabutnya kita membuat keputusan tanpa usul periksa.
Berhati-hatilah.
Kelak buruk padahnya.
Kepada sebuah perjuangan..
Hasil moyang-moyang kita.
Janganlah marahkan nyamuk
habus banglo kita bakar.
Nak tidor mana?
Hanya inilah Tanah Tumpah Darah Kita.
Tidak seperti 'mereka'
Anda tahu siapa?
Yang dulu mereka itu PATI
Tapi kini di legalise kan
Menjadi warganegara.
Kerana jika tidak
Kita lambat merdeka.

haji said...

orang ramai khususnya orang melayu sudah tidak ambil tau tentang umno. mereka sudah tidak peduli. kalau dulu kita dengar cerita umno di kedai kopi, tapi sekarang orang tak cakap pasal umno lagi. orang cerita tentang kesusahan, cerita ttg pengangguran, rasuah, harga barang naik dan macam mana mau makan.

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Pergolakan dalaman UMNO makin menarik, kini telah tiba episot jatuh menjatuh, londeh melondeh.

Sebagai orang luar kita hanya perku dengar dan lihat.

Semoga episot pembunuhan Datok Taha tidak berulang kembali.

Walaubagaimana pun, bapa Altanyunya Mongolia tetap akan bawa kes kematian anaknya ke mahkamah antarabangsa.

KITA TUNGGU, DENGAR DAN LIHAT BAHAWA POKOK DURIAN HANTU HAMPIR MUSNAH.

Piggy Singh said...

Salam Mr Politica and Friends,

Do drop by at

http://the-antigonist.blogspot.com/

whenever convenient.

TQ

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Politica,

Mereka bertiga mereka bijak sana bijak sini. Lagi bijak kalau mereka beri zakat sebelum pemilihan bahagian. Atur dan catur dua perkara yang berbeza tapi satu matlamat.