Thursday, November 20, 2008

DISKAUN TOL: APALAH BAHALOL SANGAT KEPUTUSAN NI….

Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi akan menerima diskaun tol 10 peratus untuk tempoh dua tahun mulai 1 Januari tahun depan. Begitulah kata Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed, di Kuala Lumpur, pada Selasa, 18 November 2008.

Selain itu, diskaun tambahan 10 peratus juga akan turut diberikan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas dalam tempoh dan waktu yang sama.

Kata Mohd. Zin, PLUS Expressways Berhad yang mengendalikan kedua-dua lebuh raya itu memberikan insentif tersebut bagi mengurangkan beban orang ramai yang menggunakan lebuh raya tersebut.

Keputusan di atas adalah bahalol punya keputusan. Bayangkan, rakyat jelata sibuk lalu-lalang gunakan lebuhraya waktu siang, daripada jam 6.00 pagi sampai 6.00 petang. Sebelah pagi, mereka keluar cari makan. Sebelah petang mereka pulang ke pangkuan keluarga.

Kalau gitu, apa punya bahalol bagi diskaun bayaran tol sebanyak 10 peratus daripada 12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi? Bukankah dalam tempoh waktu ini ramai pengguna lebuhraya dah balik ke rumah masing-masing?

Kalau gitu, diskaun di atas hanya untuk orang yang keluar malam dan balik lewat pagi sajalah. Macam orang yang balik dari menyundal, dari karaoke, dari bar, dari rumah mistress, dari berjudi dan lain-lainnya. Hanya golongan ini sajalah yang dapat manfaat diskaun yang diumumkan di atas.

Sapa punya otak yang cadangkan diskaun macam ni? Adakah ini ikut otak bahalol-bahalol di PLUS atau otak sapa? Kalau macam inilah bentuk keputusannya, apa halnya kerajaan setuju? Kerana kerajaan fakir kononnya untuk kurangkan beban rakyat jelata, pi jalanlah…

Jangan bodohkan rakyat. Jangan tipu rakyat. Kalau nak beri diskaun berilah kepada majoriti pengguna lebuhraya pada peak-hours, waktu orang sibuk pergi kerja dan balik kerja. Beri diskaun tol kepada pengguna lebuhraya di malam buta apa gunanya? – http://politica-net.blogspot.com

6 comments:

add said...

PLUS memang cerdik banyak, IR MD ZIN cerdik sikit dari Menteri Kerja Raya Dulu, Sammy Velu memang bodoh sama dengan ADUN selangor yang pertikai tol turun.

Mat Kilau said...

bukan bahalol daaa.... tapi bangang + bebal + bodoh + babi + celaka + jahanam + setan = PLUS

Zainal A. Kasim said...

Sdra. Moderator,

Memang keputusan yang bahalol. Saya sungguh kecewa kerana kualiti pemikiran mereka yang membuat keputusan ini adalah orang besar-besar. Mereka memimpin konglomerat besar dan juga bertaraf Menteri. Tetapi buat keputusan bertaraf "hampas".

Kalau tak nak bagi tu tak payah la buang masa untuk buat pengumuman macam ini.

http://c-bok.blogspot.com

keris panjang said...

Salam Politika,

Keputusan ini adalah satu keputusan yang dibuat oleh sekumpulan ORANG YANG MELETAKKAN OTAKNYA DIATAS KEPALA LUTUT!

Terima kasih.

mountdweller said...

Inikah standard seorang menteri yang berpangkal nama ir? .......kalau macam ni, pak mat traffic pun boleh jadi menteri!

Green Malay said...

Tajuk Lagu: Bahalol
Penyanyi/Artis: XPDC

Bingkai lagi hidup ini
Nak cari makan susah sangat
Mahu ronda kota raya
Lepak kejap pasar budaya

Dan toleh kanan toleh kiri
Nampak batang hidung sendiri

Banyak susah cari makan
Semuanya ada halangan
Orang buncit makan daging
Yang kurus makan ikan masin

Apa punya bahalol dia
Kasi orang pijak kepala

Orang putih sudah balik
Kini tinggal yang hitam putih
biar papa asal bergaya
Bukan musim bukan action

Tak tahu bertanya
Sesat jalan nanti meraba
Tepuk dada tanya selera
Tutup mata pekak telinga