Tuesday, March 15, 2011

Riwayat gila segila-gilanya

Saya tak pernah tengok ramai orang gila segila-gilanya seperti hari ini. Yang gila kuasa sentiasa meredah apa saja asalkan bisa diraih simpati. Jadilah… Lidahnya bagaikan ular putarnya, wajahnya bagaikan tembok tebalnya, tak pernah malu, tak pernah segan, tak pernah silu, walau dia berpijak atas kepalsuan.

Ada seorang yang gila fatwa. Sana sini sebar fatwa mengenai apa saja. Tak pernah takut, tak pernah insaf bahawa ALLAH SWT maha agung, maha melihat dan maha mendengar seluruh tutur katanya yang sentiasa berfatwa secara songsang.

Yang gila publisiti? Apa saja semua jadi. Biarpun kenyataannya kosong asalkan wajahnya terpampang di media, jadilah. Dirinya bergelumang dengan rasuah tapi cakap macam orang penjuara anti-rasuah.

Sampai bila perlu kita ditontonkan dengan adegan-adegan gila segila-gilanya seperti ini? Sampai bila kita perlu diganggu oleh manusia-manusia munafik seperti ini? Sampai bila? Inikah tanda-tandanya yang bangsa ini akan runtuh dan berkubur tanpa nisan selama-lamanya?

Tuesday, March 8, 2011

Fulamak kecoh Sarawak dah nak pilihanraya…..

Tukang canang bagitau blog ni, Sarawak dah nak pilihanraya. Katanya, DUN Sarawak akan dibubarkan sama ada 18 atau 19 Mac ini, sempena lawatan PM dan TPM ke negeri berkenaan.

Best la tu. Tapi, soalnya, sapa yang akan jadi KM Sarawak? Adakah Taib Mahmud akan terus jadi KM buat sekian kalinya? Adakah rakyat Sarawak tak berontak akan hal ni? Tapi, kalau bukan Taib, sapa lagi ya? Denan Satem? Atau Abang Jo?

Saya tak masuk campur. Tapi, kalau ada pemimpin yang boleh bisik ke telinga Taib supaya dia bersara, pemimpin tu tak lain tak bukan, adalah Ayahanda Tun Dr Mahathir Mohamad. Mungkinkah dan sanggupkah Tun Mahathir buat begitu?