Wednesday, November 12, 2008

ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN?

Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini.

Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin. Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009.

Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul!

Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.

La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera.

Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat. Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala!

Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku.

Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib. Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib! – http://politica-net.blogspot.com

9 comments:

Jed Yoong said...

kiamat.

nawawidahalan said...

Salam Politica,

Saya dah lama yakin bahawa bkn sahaja UMNO tetapi sistem demokrasi akan runtuh, punah dan musnah tidak lama lagi..insyaAllah lihatlah apabila Obama naik nnt...Obama adalah kejutan sebelum kejatuhan demokrasi!

http://nawawidahalan.blogspot.com

kluangman said...

Paklah tidak memerlukan 'isu panas' untuk terus memara kan kroninya Mat Taib dan Ali yang sudah melepasi kelayakan. Paklah tidak akan memecat Muhyiddin kerana ia boleh menganggu kelancaran apa yang sudah dirancang. Paklah perlu kelihatan 'baik' di saat saat akhir sebagai PM yang hensem.

Cuma mungkin Muhyiddin perlu dihantar ke luar negara untuk urusan negara bagi memendekkan masanya untuk berkempen atau mencari 'kesilapan2' Muhyiddin dulu dan sekarang untuk menjejaskan imejnya yang nampak lebih bersih dari Mat Taib dan Ali.
Muhyiddin juga sesuai bertukar jawatan dengan Rais Yatim dengan tujuan yang sama.

Samada Ali atau Mat Taib akan menarik diri dari pertandingan dan memberi sokongan padu untuk pertandingan dua penjuru dengan Muhyiddin.

Tetapi perancangan yang sama mampu berlaku di dalam Pemuda, samada Khir Toyo atau Mukhriz menarik diri dan memberi sokongan untuk pertandingan dua penjuru dengan KJ.

Di saat2 akhir sebelum perwakilan membuat pemilihan, Najib terpaksa menggunakan kuasa 'endorse'nya dengan berhati hati jika mana mana calon favouratenya hampir tewas.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam politica,

Kalau Muhyiddin disingkirkan dari kabinet, ramai perwakilan akan simpati atas apa yang berlaku.

Angin sekarang lebih memihak kepada Muhyiddin. Kita tak boleh ada terlalu ramai pemimpin yang "rubber stamp"

Kalau nak tengok UMNO lebih parah pilihlah pemimpin yang menang atas faktor wang!!!

hanis said...

sengal poklah

pak tam said...

salam

kalau hati dah buta ni lah jadinya, nasihat kan rakyat supaya ikhlas bekerja dan berkerja bersama2 saya, rupa lagi teruk dari si kitul

keris panjang said...

betul ke ni..

takkanlah poklah nk buat camtu kot..diakan kah pemimpin yg kuat pegangan agamanya..tidak lekang membaca QURAN..cucu ulamak lak tu..mana boleh ada sifat hasad dengki serta dendam kesumat kat dalam benak tu..

aku rasalah poklah ni pemimpin yg jujur,rendah hati serta sentiasa bertakwa kpd ALLAH SWT..

politica said...

Sahabat-sahabat surfers. Kisah ini benar. Kalau dinafikan,saya akan dedahkan nama orang yang ceritakan kisah ini kepada saya. Kalau dinafikan, saya juga akan dedahkan nama setpol Abdullah yang dipetik dalam posting ini. Saya bimbang dia akan terkencing. Terima kasih.

adibeta said...

Sdr politica, sila dedahkan sumber maklumat sdr supaya semuanya menjadi 'sudah terang lagi bersuluh'.

Jgn jadi spt sesetengah akhbar, bila artis ditangkap, tak sebut nama...

Bukankah sdr mempunyai akautabiliti sbg seorang blogger!!