Saturday, November 22, 2008

BLOGGERS ADA TELOR LAWAN BLOGGERS PUCOI?

Majoriti bloggers sosio-politik tanahair kini dilabelkan sebagai anti-kerajaan. Segelintir mereka pula menjadi pembodek kerajaan secara membabi buta. Itulah kesimpulan pendapat seorang sahabat saya baru-baru ini.

Sahabat saya berpendapat demikian kerana dia kesal mengapakah kini perlu wujud pelbagai puak dalam dunia blogging sosio-politik di Malaysia. Katanya, dunia blogging sosio-politik berlandaskan kesukarelaan. Dunia blogging sosio-politik juga diwarnakan oleh komitmen para bloggers terbabit. Sama ada seseorang bloggers sosio-politik itu dianggap berpendirian kanan, kiri atau lalang, itu pilihan masing-masing.

Label haluan kanan atau kiri juga adalah subjektif. Ianya bergantung kepada siapa yang memberikan label itu. Kalau yang melabelkan seseorang bloggers sosio-politik itu kumpulan yang menerima ganjaran material daripada kerja-kerja bloggingnya, maka label itu dibuat semata-mata untuk justify sejumlah wang yang diterimanya daripada kerja-kerja itu.

Kelompok ini kelompok askar upahan. Jadi, buatlah apa yang perlu dibuat setimpal dengan ganjaran yang diterima. Tapi, jangan pula labelkan puak lain yang berblogging atas komitmen diri terhadap kesejahteraan negara dan bangsa menerusi tulisan yang pedas dan menyengat sebagai berhaluan kiri, tidak ada telor atau anti-establishment.

Bloggers sosio-politik, khususnya mereka yang tidak bertopeng atau gunakan nama samaran adalah golongan yang berjuang untuk mempertahankan keadilan, kebenaran dan membanteras kesongsangan perilaku manusia yang boleh menjahanamkan bangsa dan negara. Kelompok ini tidak mengharapkan satu sen habuk pun daripada sesiapa. Sebaliknya, mereka mendedikasikan masa, tenaga dan wang ringgit sendiri secara sukarela.

Jadi, apa yang kecoh-kecoh nak ajak bloggers ada telor dengan tak ada telor untuk berbahas? Apa hal nak adakan pertemuan dan bagai-bagai lagi? Jalan sajalah. Nafsu-nafsi. Hang buat kerja hang kerana hang makan upah, kami pula teruskan dengan perjuangan kami demi negara dan bangsa. Biar rakyat jelata mengadili kita semua. Biar mereka mengenali siapa jadi askar upahan dan siapa pula yang berjuang secara sendirian, tanpa upah, tanpa ganjaran, tanpa takut, tanpa gentar dan dengan conscience yang telus.

Saya golongan blogger bertopeng. Saya guna topeng kerana saya tak mau exposed hantu tembok dan pemberi maklumat saya selama ini. Mereka orang besar-besar belaka. Mereka orang yang berpengaruh dan tahu apa yang berlaku di sebalik tembok-tembok di Sri Perdana, di Tingkat Empat, di PWTC dan lain-lainnya.

Orang-orang ini jadi hantu tembok dengan niat membetulkan kepincangan dan kesongsangan perjuangan sesetengah pemimpin kita. Mereka ada yang simpan pen-drive mengenai sesuatu peristiwa. Mereka ada yang simpan DVD untuk sesuatu adegan. Mereka tau apa yang dicakap dan dilafazkan dalam sesuatu pertemuan. Mereka berada di mana-mana, di seluruh tanahair, di seluruh tempat. Mereka adalah die-hard yang mahu negara kita sejahtera dan bangsa kita bahagia.

So what? Nak ajak orang-orang dan bloggers macam ni supaya dapat dipastikan mereka ni golongan ada telor atau manusia pucoi? Buang masa. Golongan ini tak akan mendabik dada dan gelarkan dirinya panglima perang cyber kononnya. Mereka jadi bloggers sosio-politik bukan untuk cari gelaran panglima. Mereka jadi bloggers sosio-politik dengan misi nasional tanpa sebarang manfaat diri.

Kalau ada kalangan bloggers nak gelar diri mereka sebagai panglima, gelarlah sesuka hati masing-masing. Tetapi ingat, seseorang panglima tak akan terjerit dan terlolong dan mengatakan diri mereka panglima. Orang macam ni mungkin orang yang suka melondehkan telor sendiri di khalayak ramai kerana mereka gila! – http://politica-net.blogspot.com

6 comments:

tepet said...

den amat bersetuju dengan tuan!!!

MANTRA said...

Salam...

Beza bloggers dibayar dengan bloggers dengan penuh tanggungjawab, kita tidak menyalak... sape agree, agree lah, tak suke nak buat camne?

Askar upahan ni tidak lebih daripada bunch of cyber jokers saja. Mereka ini hanya sementara saja, kerana bila tiba masa wang upahan tidak lagi mengalir... mereka pun padam juga.

I think I follow your drift!

mountdweller said...

Hah.... dah dapat tangkap sape yang tuan balun.

Penglima pedang patah?

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

aktax dan macam 2 teks dek. umno pon tak bagi apa2. nak makan sendiri cari....

tapi aku nak melayu perintah negara ni. antara anuar dan najib... rasanya najib boleh harap lagi sebab dia mahathir dan sultan pahang boleh nasihat. anuar ni dah otai sangat dah... sapa nak kawal dia. dia pun dari penang tak de raja punya.... tentu otak dia lain. macam dap lah.semua dia boleh jual nanti, silap2 kita jadi hamba abdi.

suka hati aku dek nak blog apa.. aku bebas.aku tak bodek dan takut sapa2. obama pun aku tak ikut.mungkin deremon ok kot aku setuju sebab dalam poket dia ada macam2 benda ajaib?

tolong ya jangan masukkan aku dalam puak pembodek, pembedek atau yang makan najis babi pakatan rakyat tu....

aku mampu mengubahnya... aku adalah aku... bebas

politica said...

Syabas geng. Anda semua bijak-bijak belaka. Kepada Otai, terima kasih. Saya kenal siapa anda dan di mana anda bertugas. Syabas kerana bukan jadi pembodek dan pembedek.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila kita ada Blog, kita dilabelkan sebagai penentang Kerajaan (UMNO sebenarnya)..

Orang UMNO terlampau SOMBONG untuk ditegur atau bagi saranan.. Berlagak macam tanpa UMNO, orang Melayu hilang asal-usul?

Jemput ke BLOG saya juga:-

http://sensecredaccountability.blogspot.com/

Wallahualam..