Saturday, December 20, 2008

MUHYIDDIN TERSELAMAT SEBAB ABDULLAH TANGGUH ROMBAKAN?

Jadi betullah desas-desus dua tiga hari yang lalu kononnya Abdullah Badawi nak rombak kabinetnya Rabu baru ni. Sebab tu Abdullah buat kenyataan yang dia belum bercadang berbuat demikian.

Apa pun, bengang saya nak jawab soalan kawan-kawan kalau desas-desus itu benar. Saya kata, tak tau! Mereka kata, macam mana tak tau?

Tapi dalam mereka kata macam mana saya tak tau, mereka pulak info saya yang Muhyiddin Yassin adalah target utama rombakan itu. Sebabnya, Muhyiddin didendam oleh anak lelaki Abdullah. Sebabnya, kerana Muhyiddin desak-desak Abdullah cepat berundur diri, anak lelaki Abdullah hilang banyak peluang bisnes. Sebab anak lelaki Abdullah hilang peluang bisnes, dia pun nak singkirkan Muhyiddin dan sokong Ali Rustam. Dengan sokong Ali, anak lelaki Abdullah harap boleh jadikan Ali tu lembu dia dalam bisnes. Itulah info sahabat-sahabat saya.

Jadi, Muhyiddin kena waspada. Dia kena tawakal kepada Allah dan ambil prinsip berani kerana benar. Manusia boleh rancang apa saja ikut nafsu mereka. Tapi, Allah SWT jua yang maha berkuasa.

Blog ni dah ulas panjang lebar kisah kemungkinan Muhyiddin disingkirkan oleh Abdullah menerusi satu rombakan kabinet. Untuk manfaat pembaca yang terlepas pandang kisahnya seperti berikut:

Wednesday, November 12, 2008

ABDULLAH NAK PANCONG ANAK PAK YASSIN?

Ini bukan fitnah. Desas-desusnya kini malah semakin kencang. The Malaysian Insider dah tau. Orang Kelantan dah tau. Orang Sabah pun dah tau. Kononnya, Abdullah Badawi akan singkirkan Muhyiddin Yassin daripada Jemaah Menteri menerusi satu rombakan dalam masa terdekat ini.

Seorang daripada Setpol Abdullah dengan angkuhnya berkata baru-baru ini yang bos dia terlalu amat marah dengan Muhyiddin. Sebabnya, ikut kata Setpol itu, Muhyiddin jadi trouble-maker paling utama yang menyebabkan tarikh peralihan kuasa disingkatkan daripada Jun ke Mac 2009.

Apa ni? Muhyiddin hanya menyuarakan keresahan warga UMNO akar umbi. Ini salah ke? Ini dosa ke? Macam mana Abdullah tuduh Muhyiddin trouble-maker semata-mata kerana dia jadi jurucakap ahli-ahli UMNO yang resah dan gelisah? Heh, songsang betul!

Tapi, kenapa Abdullah pernah kata yang dia pilih Mac dan bukan Jun 2009 untuk serah kuasa pada Najib Razak atas perkiraannya sendiri? Betul-betul dolak-dalik tak sudah-sudah.

La ni Abdullah nak hukum Muhyiddin. Dia rancang nak pancung Muhyiddin dari Kabinet. Apa lagi, buatlah. Kalau betul-betul Abdullah jantan, buatlah segera.

Kita pun apa lagi? Kita pakat-pakatlah buat apa yang patut kita buat. Paling akhir sekali, kita ramai-ramai keluar UMNO. Itu saja. Senang. Tak pening kepala!

Harap-harap Najib pun dah dengar rancangan Abdullah ni. Harap-harap Najib juga akan berusaha mati-matian halang rancangan ni dari berlaku.

Sekarang terserahlah kepada kebijaksanaan Najib. Sebagai seorang yang bijaksana, takkan Najib nak pilih Mat Taib atau Ali Rustam jadi Timbalannya. Kiamat Malaysia kalau antara dua ni jadi Timbalan Najib!

Begitulah kisahnya Abdullah, anak lelakinya, Muhyiddin dan Ali. Kita tunggu dan lihatlah apa yang kelak jadi kenyataannya. – http://politica-net.blogspot.com/

1 comment:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Bintang yang bersinar atau Bulan Gerhana

Pak Lah dikhabarkan mungkin akan membuat rombakan kabinet dalam waktu terdekat , mengikut kata orang-orang politik. Namun telah dinafikan oleh Pak Lah ketika menjawab soalan wartawan dalam slot berita perdana TV3 semalam.
Sama ada benar atau tidak desas desus tentang rombakan ini tidak pasti. Selalunya kalau pokok dah bergoyang rasanya adalah angin yang bertiup.

Kalau benar, apakah rasionalnya Pak Lah hendak membuat rombakan? Apa keperluannya dalam jangka masa pendek sehingga Mac 2009 iaitu tarikh peralihan kuasa Pak Lah kepada Najib. Kalau benar pun tunggu lah selepas habis Pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu. Bukankah ada kekosongan bagi jawatan Timbalan Menteri Pelajaran?

Ada juga berkata, Kalau hendak mengisi satu sahaja jawatan yang kosong mengapa hendak buat rombakan. Memadai dengan membuat pengumuman sipolan atau sipolan akan mengisi jawatan berkenaan. Tunggu lah apabila Najib jadi Perdana Menteri barulah ada logiknya diadakan rombakan kabinet. Lebih-lebih lagi melihat kepada siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam Pemilihan UMNO Pusat Mac nanti. Keputusan pemilihan UMNO ini pun hendak diambil kira.

Kalau ada pun mungkin usikan-usikan nakal dari blogger-blogger seperti yang ditulis dalam http://politica-net.blogspot.com/. Ada logiknya tulisan POLITICA yang mengatakan tentang kemarahan Pak Lah, anak dan menantunya kepada Muhyiddin sehingga ada usaha-usaha untuk menyingkirkan Muhyiddin atau dalam bahasa politiknya ' pancung' atau orang Pantai Timur kata ' Cah keting'.
Rambut sama hitam, tapi hati manusia siapalah yang tahu.

Jika Pak Lah hendak menyingkir Muhyiddin sekarang ini apakah kesannya kepada sokongan perwakilan kepada Muhyiddin yang kini mendapat pencalonan daripada 91 Bahagian UMNO bagi jawatan Timbalan Presiden. Kalau Muhyiddin disingkirkan atau diturunkan pangkat mungkin akan menambah satu lagi kelebihan kepada Muhyiddin. Selain tidak mengamalkan politik wang pada masa ini, Muhyiddin akan mendapat undi simpati perwakilan.

Semua orang tahu kenapa Pak Lah lebih-lebih lagi anak menantunya marah kepada Mahyuddin. Ianya bertitik tolak daripada saranan Muhyiddin memendekkan tempoh peralihan kuasa daripada Jun kepada Mac 2009. Bagi mengetahui lebih lanjut sila baca http://politica-net.blogspot.com/. Muhyiddin membawa suara akar umbi ahli UMNO dan keluhan majoriti rakyat Malaysia.

Rakyat bukan tidak suka atau benci tetapi takut dengan keadaan politik yang tidak stabil dan sukar diramal. Rakyat mahu sebuah kerajaan yang tegas dan mantap. Khususnya orang Melayu semakin bingung dengan serangan pembangkang Melayu, Cina dan India. Malah rakan-rakan daripada komponan BN pun semakin celupar dan biadap.

Semua orang tahu, selain daripada sokongan dan kehendak akar umbi, Muhyiddin juga mendapat sokongan daripada Dr Mahathir. Pak Lah memang tidak senang dengan kritikan-kritikan Dr Mahathir terhadap pemerintahannya terutama selepas pembatalan Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor hinggalah ke hari ini.

Keputusan kepada peralihan kuasa dan kekalahan BN untuk mendapat majoriti 2/3 dalam pilihanraya ke 12 adalah bahana dan bahang suara-suara tentangan Dr. Mahathir.

Suara-suara Dr Mahathir ini dibawa ke dalam kabinet oleh Muhyiddin. Keadaan ini tidak disenangi Pak Lah. Seperti kata POLITICA Mahyuddin tidak perlu risau dalam situasi semasa sekarang. Walaupun mendapat tempat ke tiga dalam jawatan Naib Presiden bagi pemilihan yang lepas tidak bermakna beliau akan kalah kepada orang yang mendapat tempat ke dua. Tun Dr Mahathir akhirnya menjadi Presiden UMNO walau pun berada di belakang Tengku Razaleigh dan Tun Ghaffar semasa menjadi Naib Presiden di zaman Tun Razak dahulu.

Namun nasib Muhyiddin hanya lebih jelas selepas pemilihan Mac nanti. Walaupun beliau menjadi pilihan utama rakyat tetapi nasibnya ditentukan oleh Allah s.w.t dan perwakilan-perwakilan. Sama ada bintangnya terus bersinar atau pun mengalami bulan gerhana sama-sama lah kita tunggu.

Muhyiddin dikatakan bukan regu Najib malah beliau dikatakan tidak mendapat sokongan 100% daripada bahagian-bahagian di negeri kelahirannya. Harapan rakyat terbanyak bergantung kepada kebijaksanaan dan kecerdikan para perwakilan nanti.

Amir Hamzah
Batu Pahat.