Kolot, kolot, kolot. UMNO ni memang betul-betul kolot dan obsolete. Ahlinya kempen guna blog salah. Kempen guna duit juta-juta ringgit – politik wang - hahal, tak salah. Kalot-malot betul jadinya!
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.
Nah, itu dia kata Kudin – orang lama yang saya hormati. Tapi, pasal Kudin yang buat kenyataan di atas, tentu orang akan tuduh Kudin ni antik dan ketinggalan zaman.
Saya mintak jangan kita kata apa-apa pada Kudin. Kita kena hentam pemimpin besar UMNO – Abdullah Badawi. Dalam hal ni Abdullah merupakan barang antik yang paling tidak berharga sekali. Kalau kat kedai antik di Melaka, jenis-jenis antik macam Abdullah ni kot-kot dah layak dihumban ke tepi longkang!
Sebabnya, dia tak ikut zaman. Dia masih di takok pemikiran kuno, kolot, kalot-malot. Sebab tu waktu PRU12 dia kata jangan peduli bloggers dan blogs. Lepas PRU12 baru nyesal tak sudah! Apa dah jadi? BN kalah teruk!
Saya harap UMNO insaflah. Ubahlah etika atau undang-undang ikut zaman. Saya tau, Abdullah ni nak buka komputer pun mungkin tak tau. Ini tercermin dari kenyataan di atas. Malu, malu, malu!!!! – http://politica-net.blogspot.com

7 comments:
Ali Ketam pun guna blog untuk kempen.tak kena pulak sebarang tindakan......
Kalau kambing tua sangat sesuai dianggap barang antik kerana jikalau kita lepas bebaskan ia, ia sangat banyak membawa kepada gangguan alam sekitar, Nak kau sembelih ia, isinya liat dan susah untuk orang yang pakai gigi palsu. Nak kaun lepaskan ia, kekadang tu ia berak di Balai Raya.
Tapi Pak Lah TIDAK layak dianggap sedemikian kerana Pak Lah orangnya sangat berakal dan bermaruah tinggi. Munkgin penulisni boleh dinggap sedemikian rupa. Tidak pernah berterima kasih kepada Ketua Bangsa.
Tg Ahmad Rithaudeen ni pun sama je melalut tak tentu pasal ,,, UMNO ni terlebih cerdik.... ye la terlebih pandai... ada ke lantik pengerusi lembaga disiplin umno individu tua yang berjalan pun dah terhoyong hayang... sama la dengan UMNO terhoyong hayang
terima kasih geng.
Sampai hati you panggil saya kambing tua. Tak apalah. Tapi Abdullah tu lagi teruk. Kalau tak mana dia lantik chairman disiplin pun macam yang dikatakan dalam komen ni.
Kita tunggu Ali Rustam kena disiplin ok?
alaa bese r tu pemerintahan corupt krajaan kite....kalo diorang wat x pe...sumenyee betull...tapi bile "org lain" wat xlehh...suma salah,, ckit2 nentang krajaan..da tu ISA,,, jd kalo nk selesaikn msalah ni... PRU akn dtg nie pilihlah yg trbaik dri uMNo n BN.....
UMNO Parti Peti Sejuk
'Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO'
Pelik bin ajaib. Guna blog lagi bagus. Menggalakkan rakyat membaca disamping memperkenalkan diri tanpa menemui para perwakilan. Kalau dah tak jumpa selamat lah poket.Tak payah la nak belanja makan minum dan segala jamuan.Tak susah-susah nak bagi 'sampul pengeras' atau 'salam kaut'. Bukan kah lebih baik berkempen secara maya begini.
Ikutlah perkembangan ICT. Ada kemudahan canggih begini gunakan lah. Kalau nak berlaku rasuah jugak nak buat macam mana. Mungkin boleh guna transfer account to account melalui maybank2u.
Pokok isunya adalah politik wang. Kalau tidak berkempen macam mana kita nak kenal calon-calon yang nak bertanding. Macam mana nak tau visi dan misinya. Berkempen tak salah, yang salah adalah rasuah undi.
Kalau berkempen pun tak boleh, UMNO ni jadi parti peti sejuk. Beku, dungu dan tak berkembang. Kalau dah terlalu banyak peraturan boleh jadi meluat juga.
Ceramah, syarahan, debat dan kempen secara sihat itu memperkembangkan minda dan memberi peluang kepada ahli untuk memilih yang terbaik.
Kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail jangan terlalu banyak memberi kenyataan yang membingungkan ahli-ahli UMNO. Selesaikan segera ratusan kes-kes salah laku politik wang sebelum bulan Mac 2009.
Rakyat nak tengok siapakah pulak yang kantol kali ni.
Amir Hamzah
Batu Pahat
Jika kita lihat kepada senario politikal semasa, tindakan UMNO adalah menentang arus perkembangan minda and teknologi.
Penglibatan saluran media BEBAS seperti website dan blog tidak boleh dinafikan hak dan kepentingannya untuk mencetus gaya pemikiran dan pendapat generasi masa kini.
Generasi muda malaysia lebih cenderung kepada media alternatif kerana mereka sedar bahawa media massa yang disediakan terlalu berat sebelah kearah kronisme dan nepotisme. Hanya segelintir pemimpin yang menguasai saluran propaganda ini.
Semasa pemilihan MCA baru2 ini, kita telah lihat bahawa hampir semua pemimpin MCA berebut2 menerbitkan website dan blog untuk menerangkan manifesto memasing dan secara tak langsung memperkenalkan diri mereka dengan lebih mesra kepada generasi muda yang lebih cenderung kepada penggunaan internet.
Oleh itu kenapa harus pihak majlis tertinggi UMNO harus mengambil langkah kebelakang sedangkan rakan2 lain didalam BN sudah celik dan sedar..bahawa didalam senario politikal Malaysia...gelombang internet sudah mula menguasai pemikiran rakyat malaysia, mereka sedar jika..mereka tidak berubah maka mereka akan disingkirkan.!!!
PRU akan muncul lagi ....mungkinkah BLACKBERRY atau FACEBOOK pula yang menguasai...
TEPUK DADA..TANYA SELERA..
*kami hanya perati jer...
CHIPOK
Post a Comment