Hari ini ada sesetengah pihak menjaja skandal sesetengah calon Naib Presiden UMNO. Ada buku dan ada DVD. Panas-panas, macam pisang goreng. Hari ini ada juga kerja-kerja sabotaj dilakukan ke atas sesetengah calon Timbalan Presiden UMNO. Ada panggilan telefon dari aras empat, ada gertakan, ada ganjaran lumayan untuk mendorong sesetengah bahagian mencalonkan individu yang belum mencukupi koutanya.
Hebat sungguh orang UMNO ni. Depan cakap lain, belakang buat lain. Depan alim, belakang dajal. Kalau macam ni, ranap UMNO.
Lepas tu, ada warga UMNO yang sanggup bergolok bergadai untuk jadi perwakilan G7 dari bahagian ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU). Mereka buat gitu pasal mereka nak komersil, perdagangkan atau melacurkan diri mereka kepada calon-calon di Kuala Lumpur. Mereka akan sindir, mereka akan ugut calon supaya beri mereka habuan, belanja makan sedap-sedap, pergi karaoke, pergi dangdut, pergi melancong, beli ole-ole mahal-mahal – kasut mahal, t-shirt mahal, kayu golf, macam-macam lagi.
Calon-calon miskin yang bermodalkan air liur, idealisme dan komitmen perjuangan murni hanya jadi bahan cemuhan dan bahan ketawa. Calon macam ni akan tersisih dan disisih. Calon macam ni mati tanpa kubur dengan idealisme dan komitmen perjuangannya.
Kalau macam ni gelagatnya, elok juga kita buka bursa politik wang sempena PAU kali ni. Kita buka bursa ni di PWTC atau hotel di sekitarnya. Semua traders di bursa politik wang ni boleh bubuh harga pada nama semua calon yang nak membursakan diri masing-masing. Para perwakilan yang nak melacurkan perjuangan masing-masing boleh bertumpu ke bursa tersebut.
Contohnya, kalaulah Ali Rustam dan Mohamad Taib dapat kuota tanding Timbalan Presiden, bursa politik wang itu bolehlah paparkan jumlah habuan yang mereka nak berikan kepada para perwakilan yang nak undi mereka. KJ pun boleh buat macam ni juga. Habuan KJ kali ni mesti paling tinggi. Orang kata, dia ada berbillion ringgit untuk ditabur.
Orang akan kata, ini idea gila. Apa peduli? Politik wang pun amalan gila. Melacurkan status perwakilan seseorang warga UMNO pun gila juga. Jadi semua dah gila – gila pangkat, gila habuan.
Jadi apa salahnya diwujudkan bursa politik wang untuk PAU kali ni? Apa nak susah-susah buat tender terbuka, tender tertutup atau negotiated tender. Buatlah terang-terang. Buatlah biar semua orang tau UMNO hari ini memang penuh dengan orang gila.
Di bursa tu boleh juga dipaparkan seluruh skandal mana-mana calon yang ada skandal. Lagi banyak skandal lagi mahal habuan mereka kepada perwakilan. Apa guna tabor skandal orang lain secara sembunyi-sembunyi, secara curi-curi? Buatlah secara open, secara terbuka.
Jangan takut dan jangan bimbang. Jangan peduli BPR kerana orang kata, BPR pun rasuah. Jangan takut apa-apa. Persetankan etika UMNO. Persetankan cita-cita perjuangan UMNO. Yang penting, apa yang dihajatkan, dapat. Apa yang dicita-citakan, berjaya. Matlamat menghalalkan cara!
Begitulah cetusan idea gila saya kali ini. Saya buat cetusan ni pasal saya muak, saya meluat, saya benci dan saya tidak termampu untuk membanteras seluruh kebejatan UMNO – rasuah politik, sabotaj dan fitnah – di waktu PAU. – http://politica-net.blogspot.com/

6 comments:
HA HA HA HA HA HA HA HA HA HA
Maybe should just legalise "corruption" like the U.S. of A by forming legit lobby groups.
At least it's regulated and "terbuka". ;)
Kepada BPR dan konco-konconya, saya mecadangkan BPR peka dan memasang strategi untuk memerangkap kesemua kumpulan G7 semasa PAU bersidang. Kerahlah seramai mungkin demi untuk memerangkap G7 ni dan juga kepada calon-calon bertanding serta agen-agen yang telah dipasang untuk memberi tongkolan wang yang menggunakan kaedah menyelit dari bawah pintu bilik hotel, mencampak kedalam kereta yang bercermin gelap yang lalu menerusi lobi PWTC,kemasukan ke akaun dan juga projek projek pembangunan. Kepada BPR saya mencadangkan pasanglah seramai mungkin spy-spy disekitar PWTC dan juga hotel-hotel yang menjadi tumpuan calon bertanding. Tolong ekori kemana sahaja KJ dan konco-konconya bergerak unuk melemparkan tongkolan RM.
saya amay setuju cetusan idea kali ni..memang saya pun dah amek amek meluat dengan umno nih..setan dan hantu berburu betullah ..orang2 yang terlibat orang yang memunahkan umno ni..saya masih ingat semasa arwah bapa saya dahulu..beliau amat komited dengan perjuanagan party dan selalu tak berduit kerana perjuanagn ikhlasnya itu..tetapi atas keikhlasan dan setianya dia kepada party..orang2 umno juga telah memijakkan dia dan dia telah tidak dihargai lagi sebagaimana apa yg berlaku sekarang kepada tun mahathir yang kita sanjungi..umno ni kalau tak berubah sudah pasti akan hancur dan tampuk pemerintahan akan dipegang oleh "orang asing", maka anak cucu cicit kita akan merempat di tanah air sendiri..
kj dan paklah dan kuncu2nya yang lain tidak pernah sedar akan hal ini demi mengejar dan melayan nafsu serakah mereka untuk berkuasa walaupun mereka tahu mereka tidak layak...!
kj ni tembak ye..senang cerita atau mana2 orang yang pandai santau2 tu//haaa santaukan yer..sampai bila pun dia ni takkan akan sedar dan insaf sehinggalah anak cucu dia nanti jadi peminta sedekahj kat rembau tu..haa baghu die tahu..eeiii saya [pun amat meluat dan menyampah tull...gampang semua2 oghang ni..
akhir kalam..samalah kita berdoa supaya allah memberikan hidayat kepada perwakilan dan kepada sesiapa yang terpilih jadi pemimpin nanti..aminn..
Salam Tuan,
saya setuju sangat politik wang ini amalan gila yang mneyebabkan ramai dalam kalangan pemimpin pelapis umno terkubur dan menjadi kuih lapis...
Jed, Add, Essey dan Perfect Water.
Terima kasih. Semoga semua pihak tersindir dan bertindak.
Essey: Harap kirim satu lagi komen kepada posting ini untuk menyatakan bahawa apa yang anda katakan mengenai KJ tu hanya cetusan marah dan kecewa dan bukannya satu perbuatan yang sebenarnya anda nak lakukan. Ini untuk melindungi diri anda dan saya.
Betul kata jed yoong, 'legalize' saja penggunaan duit dalam pertandingan parti politik khasnya dalam perebutan jawatan. Minta siapa nak bertanding 'declare' berapa banyak dia peruntukkan untuk menggerakkan jentera pengurusan kempen, pengiklanan kempen dan jamuan2 makan malam. DAn akhirnya kena 'declare' juga mana dia dapat peruntukkan tersebut, samada duit yang dikumpulkan sendiri atau jual tanah,bangunan atau apa saja asetnya; atau dari 'donation' yang sumbernya jelas. Penerima juga kena tandatangan setiap sen yang mereka terima. Kena lantik beberapa Juruodit bebas utk buat forensik akaun. Laporan itu hantar ke BPR/umum atau ahli2 UMNO utk tindakan selanjutnya dan boleh guna akta wang haram sekiranya terdapat kecurigaan sumber. Banyak la kerja BPR utk digunakan buka kerja pemantaun utk sesebuah parti politik seperti UMNO ini....
Post a Comment