Pak Habib atau Syed Hussein Al-Attas, seorang penulis politik yang digeruni. Kali ini dia belasah menantu Abdullah Badawi menerusi lamanwebnya. Katanya, KJ ni macam Lord of the lomang (maharaja lemang). Sebab dia nak jadi lemang, mertuanya dijadikan slave of the lomang (buluh pembetung lemang). Maka panas dan menggelupurlah Abdullah diganggang dan dibakar semata-mata untuk menghasilkan lemang yang akan jadi hidangan kita semua.
Analogi Pak Habib ni tajam. Lebih tajam dari sembilu buluh. Lebih tajam dari keris dan lembing. Apa taknya. Pertalian buluh dan lemang bukan sama seperti aur dan tebing. Pertalian buluh dan lemang mempunyai kesan destruktif. Pertalian aur dengan tebing mempunyai impak yang konstruktif.
Kita ambil analogi buluh dengan lemang ni dalam senario siasah Malaysia mutakhir. Abdullah jadi buluh, KJ jadi lemang. Sebab KJ nak jadi lemang, Abdullah kena jadi buluh yang diganggang. Sebab lemang nak dimakan oleh kita semua, buluhnya terpaksa dibelah. Bila buluh dibelah, lemang pun jadi lembik, melentok lesu. Sebab lemang buluh binasa. Sebab KJ Abdullah terbongkang!
Kini KJ adalah lemang dan Abdullah adalah buluh. Angkara KJ Abdullah dibenci ramai. Akibat Abdullah dibenci ramai, kerajaan dan UMNO terumbang-ambing.
Jadi, kalau KJ tidak memilih dirinya jadi lemang, tentunya Abdullah tidak jadi buluh yang kena ganggang, kena bakar dan kena belah. Tapi, sebab KJ dah jadi lemang, dia sendiri pun akan jadi lemah dan lesu dan dibaham oleh para manusia dan binatang yang merindui kelazatan lemang. Inilah kesan destruktif KJ selaku lord of the lomang dan Abdullah yang jadi slave of the lomang!
Tapi, kerana itulah destini hidup pilihan Abdullah dan KJ, maka sapa punya salah jika rakyat jelata kini mengganggang, membakar dan membelah Abdullah dalam konteks siasah Malaysia? Oleh kerana Abdullah begitu nasibnya, siapa pula yang akan mempertahankan KJ bila beliau jadi lemah dan melentok lesu untuk dibaham oleh manusia dan binatang?
Demikianlah riwayatnya KJ dan Abdulah. KJ jadi lord of the lomang, Abdullah jadi slave of the lomang. Kedua-duanya sedang menuju zaman kehancuran masing-masing atas pilihan diri mereka sendiri. Padan muka kau orang berdua! – http://politica-net.blogspot.com/

3 comments:
Ada juga lomang yang jadi hitam terbakar pasal api paneh sangat.
Lemang dan buluh. Tajam, sungguh tajam bidalannya.
Kesian! Memang Abdullah menjadi mangsa disebabkan lemang menjadi habuan yang cukup lazat. Sekiranya tidak ada lemang buluh tidak akan binasa.
Dah nasib. Lemang jadi ta** buluh jadi baja.
Saudara Zahar dan Mountdweller,
Inilah bentuknya politik Malaysia. Pemimpin tingginya jadi buluh pembetung lemang.
Tapi ada juga pepatah cina mengatakan bahawa buluh yang lurus selalu kena tebang dulu, buat galah, buat penyidai kain dsbnya, sedangkan buluh bengkok terus hidup bermaharajalela....
Post a Comment