Seronok betul tengok drama Mat Taib @ Mike Tyson nak dapatkan pencalonan kerusi Timbalan Presiden UMNO. Senang cakap, dia tengah jual lelong dirinya sendiri.
Pagi tadi terkial-kial dia iklankan dirinya menerusi Bernama TV. Dia kata, dia tidur di rumah Orang Asli. Dia kata macam-macam nak suruh orang kasi dia pencalonan.
Inikah jenis pemimpin yang kita nak tonjolkan di abad ke-21 ni? Fikirannya lapok. Yang dia ingat, dengan duit dia yang berjuta-juta ringgit, dia boleh beli sokongan semua warga UMNO. Dia ingat kita ni semua bebal dan baghal. Tapi, tak apalah. Kalau ada warga UMNO nak sokong Mat Taib, sokonglah.
Mat Taib memang baik. Dia peramah. Tapi dia juga tidak cekap. Bila dia jadi Ketua Penerangan UMNO, apa dia buat? Asyik-asyik panggil warga besar UMNO pergi PWTC untuk dengar Abdullah Badawi merapu. Soal-soal strategik parti mana dia peduli?
Ketua Penerangan adalah jawatan penting. Perlu jelaskan banyak perkara kepada warga akar umbi. Dia kena jelaskan macam-macam hal supaya keyakinan anggota UMNO kepada parti dan kepimpinannya dipulihkan. Orang macam ni nak jadi pemimpin nombor dua UMNO di abad ke-21? Sorrylah brother. Makin teruklah “sakit tua” UMNO kalau dia jadi Timbalan Presidennya. – http://politica-net.blogspot.com

2 comments:
Logiknya carilah baru"Freshblood". Dia ni adalah pemimpin yang dah lapok. Kalau rumah tunggu roboh jer.
Lagi pun dia ni apa yang boleh diharapkan. Baru jaga negeri dah larikan duit. Larikan anak raja. Kalau dia jaga negara lagi banyak dia boleh larikan.
Sdra Mountdweller
Terima kasih
Post a Comment