Wednesday, October 8, 2008

BOLEH TAK SAYA TANDING JAWATAN PRESIDEN UMNO?

Macam mana kalau saya tawarkan diri tanding jawatan Presiden UMNO? Tak kiralah lawan sapa. Kalau Abdullah Badawi nak terus pertahankan jawatannya, saya akan terejah Abdullah. Kalau Najib Razak yang tanding kerusi tu, maknanya saya akan berentap dengan Najib.

Saya tanya sahabat-sahabat saya soalan di atas. Kata mereka, go for it! Tandinglah! La ni ni pun dah banyak muka tengek nak tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Jadi, satu lagi muka tengek nak tanding jawatan Presiden UMNO mesti muka tengek ni jadi famous!

Sebenarnya, saya dah ukur baju kat badan saya sendiri. Saya juga dah belek muka saya kat cermin puas-puas. Eh.. layak juga saya tanding jawatan Presiden UMNO. Saya ahli UMNO. Saya ada nafsu nak jadi orang besar. Saya pun kepingin nak berkuasa dan menggunakan kuasa untuk diri dan keluarga saya macam Presiden UMNO hari ni!

Alamak. Ini cita-cita gila. Terlalu amat sangat gila. Tapi, kata sahabat-sahabat saya, kalau Zahid Hamidi boleh tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, apa salahnya saya tanding jawatan Presiden UMNO? Kalau Jazlan Mohamad Rahmat yang berhingus pun boleh tawarkan diri untuk tanding kerusi Timbalan Presiden UMNO, apa salahnya saya yang dah tua bangka ni tanding jawatan Presiden UMNO?

Gila, gila, gila. Tapi, biarpun gila, rasional sahabat-sahabat saya ni memang tak salah. Dalam demokrasi sapa sahaja boleh tanding apa jua jawatan. Syaratnya, dia ahli yang bayar yuran. Tapi rasional macam ni boleh jadikan UMNO diketawakan orang!

Tapi, peduli apa? Apa pedulikan orang? Kalau kita ada nafsu, tandinglah! Lagi ramai yang tanding, lagi meriah. Biar haru-biru. Biar bercelaru habis. Biar kita semua jadi gila!!!!

Ala. Abdullah tu lagi tak betul, kata sahabat-sahabat saya. Apa taknya? Orang dah suruh dia berhenti, dia nak tanding lagi. Orang dah sumpah seranah dia hari-hari, pun dia masih tebal muka. Orang dah tak mau dia, dah tak yakin lagi dengan dia, tapi dia nak lagi jadi Presiden UMNO!

Kalau Abdullah macam tu, saya tak mau jadi macam tu. Saya ahli UMNO yang rasional. Saya ahli UMNO yang pandai ukur baju kat badan sendiri. Muka saya tak tebal macam kulit babi. Saya ada conscience. Saya berpijak di alam realiti. Saya tak gila kuasa. Saya tak tergamak nak gunakan kuasa untuk gadai maruah perjuangan UMNO.

Itulah jawab saya kepada sahabat-sahabat saya. Mereka ketawakan saya. Lepas tu mereka bertanya, berapa ramai orang UMNO macam saya? Mereka kata lagi, kalau ramai orang UMNO macam saya, tak wujudlah Zahid Hamidi atau Jazlan!

Tak kisahlah. Saya adalah saya - bukan Abdullah, bukan Zahid, bukan Jazlan. Abdullah, Zahid dan Jazlan loaded. Saya papa kedana. Abdullah, Zahid dan Jazlan ada sponsors. Saya loneranger!

Jadi, lantaklah kau oranglah wahai pemimpin UMNO. Orang UMNO macam saya ni akan terus berada di sideline dan tengok je sandiwara kau orang semua. Tapi, ingat, UMNO bukan tempat untuk badot, boneka atau dalang. UMNO adalah wadah perjuangan untuk agama, bangsa dan tanahair. Jangan sesiapa gunakan UMNO untuk diri sendiri! – http://politica-net,blogspot.com/

No comments: