Tuesday, October 28, 2008

POLITIK WANG, BPR DAN DEBAT SIASAH

KJ memang kreatif dan manipulatif. Kini dia mula bertaring semula. Maklumlah dah dapat kuota yang diperlukan untuk tanding Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kini dia juga nak perangkap Mukhriz Mahathir supaya berdebat secara terbuka. Kononnya untuk huraikan manifesto perjuangan masing-masing.

Perlukah debat ni? Nak ikut trend Amerika Syarikat? Buat habis masa je. Manifesto perjuangan UMNO kan ada dalam perlembagaan parti. Baca betul-betul dan hayati betul. Jangan nak melelong pasal nak tunjuk lagak. Kalau kita ikut perlembagaan UMNO, kita tak lari dari asas perjuangan kita yang sebenar-benarnya.

Pokoknya, orang kenal sapa KJ, Mukhriz dan Khir Toyo. Orang kenal KJ menantu Abdullah Badawi, Mukhriz anak Tun Mahathr dan Khir pernah beri hadiah penyapu kepada salah seorang pegawai kerajaan di Selangor. Ketiga-tiganya hebat dan ada rekod masing-masing.

Tapi KJ ni nampak agresif dan bongkak. Katanya, jumlah pencalonan tak akan mencerminkan undi yang akan diperolehi. Memang betul. Tapi bezanya mungkin tak besar kalau tak ada pihak tabor duit dan tabor fitnah. Bukankah begitu?

Antara ketiga-tiganya, KJ yang paling kuat pengaruh dan kuasa wang ringgitnya. KJ ada NST dan lain-lain media perdana. KJ ada portal berita The Malaysian Insider, ada Bernama, ada RTM dan TV 3. Duit? Masya Allah! Tak payah ceritalah. Berbakul-bakul. Tak cukup sumber dalam negeri, orang kata, ada sumber luar negara.

Jadi, daripada buang masa berdebat, baik masing-masing calon buat iklan dalam paper yang mereka tak amalkan rasuah politik dan mendesak BPR pantau pergerakan mereka setiap masa.

Tapi ada pepatah Melayu mengatakan, jong pecah, yu kenyang. Waktu nilah para perwakilan akan ugut calon untuk dapatkan habuan. Tak layan salah. Nak layan, lagi salah.

Lantas BPR pun kenalah pantau semua perwakilan, Akaun bank mereka dan sms mereka wajar dipantau. Ini memang tidak demokratik. Tapi inilah saja jalan nak selamatkan UMNO. Setuju tak anda semua? – http://politica-net.blogspot.com

4 comments:

add said...

1.Saya amat bersetuju debat terbuka anjuran Kera Jalang (KJ) tak perlu diadakan.
2.Pihak BPR berhentilah seketika menyiasat kes yang ada sekarang, atau beri penekanan hanya 10% sahaja, tetapi seharusnya mengerakkan semua pegawai mengintai calon dan perwakilan mulai dari sekarang dari semua sudut termasuklah saudara terhampir, berbincanglah dengan bahagian ICT,bank dan segala jenis transaksi.
3.saya percaya sekiranya BPR melakukan ini maka Malaysia tidak akan tergadai oleh KERA JANTAN / KERA JALANG /KERA JALANAN sekor ni.

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Dari pengamatan Pak Brahim, anak muda Khairy Jamaluddin ni memang ada potensi sebagai seorang pemimpin.

Ini adalah kerana beliau mempunyai keberanian, kepandaian, kecerdikan, kemampuan disamping rupa paras yang baik.

Ia akan lebih cantik jika beliau memiliki akhlak dan akidah seperti diajar Rasulullah saw.

Insyaallah... segala-galanya adalah didalam perkiraan Allah azza wajalla, wallahhuaklam.

keris panjang said...

Cakap byk jer buat ape..berdoalah moga2 perwakilan pemuda tidak akan menjual diri demi habuan dunia..ingatlah firman ALLAH setiap daging yg tumbuh hasil dari punca haram nerakalah tempatnya..Pilihlah orang yg ada kewibawaan,bukan pak lahap. Kita nk pilih org yg akan jd penyambung lidah pemuda,penyambung lidah bangsa..kriteria jujur,berani,
berwibawa,berwawasan mesti ada..

politica said...

Add, Pak Brahim dan Keris Panjang.

Komen anda amat dihargai. Terima kasih.