Sekarang ni banyak pihak katanya tengah asah parang tajam-tajam. Pihak-pihak ni tengah in the mood nak sembelih Najib Razak. Mereka nak sembelih Najib kerana kononnya Najib jadi penghalang besar kepada seorang anak muda yang bercita-cita besar nak jadi Perdana Menteri Malaysia menjelang umur 40 tahun.
Tak payah kita pecahkan kepala kita nak meneka siapa anak muda ni. Kita semua dah tau siapa dia. Syed Hussein Al-Attas dan Yahya Ismail dah tulis buku pasal kisah ni. Bezanya, Syed Hussein @ Pak Habib dengar khabarnya jadi jutawan bila dia tulis buku mengisahkan anak muda yang nak jadi PM ni. Tapi, Yahya Ismail terus kais pagi makan pagi kerana dia menentang usaha anak muda berkenaan.
Ikut ramalan beberapa sahabat wartawan, satu daripada pihak yang sedang mengasah parang dan nak menyembelih Najib adalah sebuah portal berita internet tempatan. Dengar ceritanya, portal berita ni ada kait-mengait dengan beberapa individu yang memang kebelakangan ni asyik dok menibai Najib atas macam-macam tuduhan.
Anehnya, kenapa kebelakangan ni portal berita internet ni nampak sangat macam nak hirup darah Najib puas-puas? Pasal apa? Pasal portal ni dah tukar taukey? Atau, taukeynya masih sama, tapi taukey tu pulak berkonspirasi dengan pihak dalam UMNO yang dahagakan darah Najib? Begitu?
Apa Najib nak buat dengan perkembangan ni? Duduk diam dan peluk tubuh? Analisa impak perkembangan ni sebelum bertindak dan menyerang? Atau, serahkan segala-galanya kepada qada’ dan qadar Allah SWT?
Sekarang ni Najib ada lima bulan lagi sebelum UMNO endorse kedudukannya sebagai Presiden parti. Dalam lima bulan, banyak perkembangan boleh berlaku. Kes Altantuya belum diketahui penghujung ceritanya? Kisah Eurocopter mungkin berlarutan. Kisah-kisah baru mungkin akan dihebah dan dihebohkan. Cerita pembelian kereta kebal katanya akan menyusul tak lama lagi. Kisah pembelian beberapa peralatan dan kelengkapan ketenteraan juga dikatakan akan didedahkan.
Ada pendapat mengatakan, kalau betullah ada usaha nak sembelih Najib menerusi apa yang kononnya dikatakan sebagai penyalahguaan kuasa, Najib pun boleh bongkar dan selongkar fail-fail di Kementerian Kewangan membabitkan apa jua skandal yang kononnya membabitkan sesetengah pihak.
Kalau gitu, kosong:kosonglah kedudukannya. Seri, dan apa yang sedang mula didayausahakan untuk menyembelih Najib sekarang ni mungkin akan berhenti tak lama lagi. Tapi, macam mana kalau pihak yang dahagakan darah Najib ni ada banyak set parang? Lepas satu parangnya tumpul, dia ganti dengan parang lain yang lebih tajam?
Satu lagi, macam mana kalau pihak ni tak gunakan parang, tapi gunakan money power. Dengar ceritanya berguni-guni duit akan ditabur untuk mengupah banyak pihak membunuh politik Najib menerusi UMNO dan menerusi pendedahan apa yang dikatakan kononnya sebagai skandal Najib?
Jib, Jib! Pening kepala kita semua memikirkan perkembangan ni. Kalau ikutkan hati, biarlah semua lingkup. Tapi, bila mengenangkan jasa-jasa Tun Razak, tak sampai hati pulak nak dibiarkan Najib terkontang-kanting sendirian!
Kalau gitu, apa harus kita buat? Nak cuci persepsi negatif ni bukannya mudah. Lagi pun, usaha ni tak boleh dibetulkan dengan sekelip mata. Sekali lagi, apa yang harus kita buat? – http://politica-net.blogspot.com

1 comment:
Bermuhasabah diri sendiri dan redhai pada Allah. Kalau kita guna teori tunding jarin kepada orang lain menggunakan jari telunjuk, maka 3 jari akan menerjah pada diri kita sendiri manakala ibu jari menunjukkan bahawa Allah memerhati dan menilai kita sendiri
Kepada pendekar dan hulubalang yang mengidam darah Najib,hentikanlah, kuatkah ummah,muhasabah diri dan ingat kepada Allah, sekiranya Najib banyak skandal biar Allah tunjukkan balasan padanya bukan dengan hulubalang dan pendekar yang membongkar rahsianya. Pendekar dan hulubalang ni pun tak ubah seperti pak turut atau hulubalang upahan je, kalau mati,mati katak,kalau dapat habuan pun adala satu dua projek yang dapat, jadi bila direnungkan balik, apabila hulubalang dapat projek, itu bukan dinamakan penyalahgunaan kuasa oleh puak puak yang ingin najib jatuh. kesimpulannya 2x 5 sahaja.
Wallahuallam.
Post a Comment