Monday, September 15, 2008

SARKAS MEDIA: DI ZAMAN ABDULLAH SOAL POKOK JADI SOAL REMEH

Saya perhatikan stail Abdullah Badawi pimpin Malaysia dengan menggunakan strategi sarkas media. Maksudnya, Abdullah gunakan akhbar perdana dalam kongkongannya secara maksimum untuk menutup kelemahan, kepincangan, pembohongan dan pendustaannya.

Akhbar-akhbar ini akan sorok dan benam semua berita yang pedas dan panas yang mengkritik Abdullah. Tapi, pada hari-hari berikutnya, akhbar ni akan siarkan secara besar-besaran seluruh komen yang membidas insan yang buat kenyataan panas dan pedas dalam kritikannya terhadap Abdullah.

Insan yang kritik Abdullah ni akan dihentam, dihenyak, dibelasah, ditunjal dan diinjak-injak secara semberono oleh kumpulan pembodek dan pengampu Abdullah. Proses ni berjalan berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan. Habis komen, ada ulasan berita oleh wartawan. Lepas tu intelek Melayu setengah masak pun diminta menulis artikel. Kalau tak pun ada pula talk show di TV yang jemput ahli panel yang bangang-bangan untuk sokong Abdullah.

Strategi sarkas media ni kononnya nak lonjakkan imej Abdullah setelah kena kritik. Tapi, kelompok bangang yang memberikan nasihat strategi media kepada Abdullah ni lupa bahawa strategi dia orang ni sebenarnya senjata yang makan tuan.

Contohnya, ambil sarkas media yang Abdullah wujudkan untuk belasah Tun Dr Mahathir daripada pertengahan 2006 sampai 2007. Hari-hari Tun Mahathir kena hentam habisa-habisan. Khairy yang berhingus pun turut hentam Tun Mahathir.

Tapi, apa dah jadi? Bukankah sarkas media tu sebenarnya telah menghakis keyakinan rakyat kepada Abdullah? Bukankah sarkas media tu menyumbang kepada kehilangan keyakinan rakyat kepada BN dan UMNO? Bukankah begitu?

Hari ni sarkas media muncul lagi. Hari-hari Muhyiddin kena hentam, kena belasah, kena hayun, kena balun pasal dia persoalkan formula peralihan kuasa untuk mempertahankan survival Abdullah dalam UMNO dan kerajaan.

Apa yang perlu kita insafi daripada sarkas media macam ni ialah: soal pokok atau kritikan Tun Mahathir terhadap Abdullah pada 2006-2007 ditenggelamkan kebenarannya oleh media perdana. Sebaliknya, tindakan Tun Mahathir buat kritikan itu pula dijadikan isu dan dibesar-besarkan sampai rakyat meluat dan jelak.

Hari ni pun sama. Apa yang Muhyiddin cakap pasal peralihan kuasa adalah soal penting dan benar. Tapi, kebenaran kenyataan ini ditenggelamkan oleh akhbar perdana. Sebaliknya, muncullah suara-suara pembodek sokong bawa rebah macam Zaid Ibrahim, Azalina the lessy, Alwi Che Mat kaki polishe telor dan ramai lagi. Yakinlah bahawa suara macam ni akan berpanjangan sampai Abdullah rasa Muhyiddin dan hancur jadi debu.

Apa yang Abdullah lakukan menerusi sarkas media ni adalah strategi yang digunakan oleh Presiden Bush dokongan zionis dalam menghalalkan perang anti-teror di Afghanistan, Iraq, Indonesia dan Filipina. Hari-hari umat dunia dibohongi dan ditipu oleh Bush. Hari-hari warga dunia disumbat dengan maklumat palsu. Akhirnya, fokus dan tumpuan ini menyakinkan sesetengah warga dunia. Bila mereka insaf yang mereka ditipu, dah terlambat, nasi dah jadi bubur, dunia Islam dah ranap, umat Islam dah dihina dan diperbodohkan.

Malaysia di era Abdullah pun kita saksikan strategi sarkas media macam Bush ni. Pasal apa? Pasal penasihat media kepada Abdullah pun katanya dapat nasihat dari kumpulan yang menasihati Presiden Bush. Kalau tak pun mereka dinasihati oleh proksi-proksi zionis dari Singapura.

Kesannya, isu utama yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir dan kali ini oleh Muhyiddin, dilesapkan kebenarannya oleh media perdana. Kesannya, Tun Mahathir dan Muhyiddin yang menegakkan kebenaran akan jadi macam orang salah dan musuh kepada agama, bangsa dan tanahair. Kesannya, rakyat jadi fed-up dan kebencian mereka terhadap Abdullah tambah meluap-luap!

Kesannya juga, isu pokok jadi isu ranting, remeh dan tidak diberikan penyelesaian. Dan, isu ranting yang dijadikan isu pokok menerusi sarkas media ini pula makin menggawatkan suasana. Ikut cara mana dan rasional mana pun, sarkas media ciptaan zionis yang diamalkan di era Abdullah ni merosakkan semua pihak yang jadi sasaran.

Tengok aje lah niat Tun Mahathir nak betulkan Abdullah. Dalam hal ni, Tun Mahathir teruk kena belasah dan Abdullah pula tidak dikoreksikan. Akibatnya, rakyat marah dan BN pun dihukum menerusi PRU 12.

Jadi, bukankah niat sarkas media ni nak hancurkan Malaysia seluruhnya? Tidakkah Abdullah insaf akan hal macam ni? Salahkah kalau saya bangkitkan soal macam ni? Dosakah Tun Mahathir bersuara untuk mengkoreksikan kesilapan dan kesalahan Abdullah? Dosakah Muhyiddin meluahkan perasaan rakyat jelata untuk menginsafkan Abdullah yang dibelenggu sindrom bunian?

Dengan pertanyaan-pertanyaan di atas, tidak bodohkah penasihat Abdullah yang menasihati Abdullah supaya sekali lagi gunakan strategi sarkas media dalam menangkis kebenaran yang terkandung di sebalik kenyataan Muhyiddin mengenai peralihan kuasa? Jadi, adakah kita nak sokong kebodohan seperti ini? Tidak wajarkah kebodohan ini ditentang habis-habisan? – http://politica-net.blogspot.com/

3 comments:

Unknown said...

Tuan Politica.

Blog anda menarik sekali. Apa anda tulis pun menarik dan betul. Memang zaman ni banyak pemimpin dunia yang lemah semua jenis Presiden Bush yang sentiasa menipu dan berdusta demi kuasa yang didalangi zionis. Kalau Dolah Badawi pun macam Bush, sorrylah, kita kena buat sesuatu...

Unknown said...

Brother

Media Circus? Yes it is the right word. Abdullah memang suka sarkas media. Dia suka badot-badot dia belasah sapa saja yang kritik dia. Bukan pasal kritik tu salah tapi pasal kritikan tu bisa kepada dia. Sampai bila Dolah dan badot-badotnya perlu bodohkan kita semua untuk gagalkan perjuangan tegakkan kebenaran dan keadilan????????

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Saya turut bersama-sama sdr. azam menyetujui bahawa Blog POLITICA amat relevan dgn suasana masa kini dan menemui selera kebanyakan rakyat Malaysia.

Sesungguhnya kebelakangan ini kita lihat pihak kerajaan bukan sahaja mensarkaskan pihak-pihak media bahkan turut dilacurkan agensi-agensi kerajaan termasuk pihak-pihak keselamatan. Amalan salahguna kuasa ini amat ketara dan membimbangkan.

Lantaran itu, sebilangan besar rakyat telah beralih arah mendapatkan maklumat dan berita kepada akhbar-akhbar alternatif, begitu juga gelombang peralehan kepada parti-parti alternatif PAKATAN RAKYAT. Justeru pihak kerajaan tidak boleh salahkan rakyat kerana itulah pilihan rakyat terbanyak sebenarnya.

Sesungguhnya, Rakyat terbanyak sudah hilang selera dengan juadah-juadah yang kerajaan hidangkan kerana ia dilihat penuh dengan kepalsuan dan subhah.

Ciri-ciri yang diamalkan pihak kerajaan bersifat munafik dan menghakiskan kepercayaan rakyat.

Rakyat penuh yakin bahawa kerajaan BN tidak mampu membawa Malaysia kearah negara yang CEMERLANG DAN TERBILANG bahkan keyakin itu terarah kepada PAKATAN RAKYAT.

HANYA KEPADA ALLAH SAHAJA KITA MOHON AMPUN DAN PENGHARAPAN.