Monday, September 8, 2008

BPR PERLU SIASAT PUNCA DANA BNBBC MAKAN ANGIN KELUAR NEGARA

Mula-mulanya saya dengar ahli BNBBC nak makan angin ke Australia atau New Zeland. Kata saya, eloklah kerana mereka boleh jimat duit tidur di istana Patrick Lim di Perth. Hari ni, dengar kabar beritanya, ahli BNBBC pergi pula ke Taiwan dan Macau.

Ini trip apa? Trip main judi di kasino ke? Inilah bahana bila pengerusi BNBBC diberikan kepada bukan UMNO. Ada peluang makan angin, tong-sua jadi destinasi pertama dan utama! Ini bukan kenyataan rasis. Tapi, tak fikir ke yang ahli BNBBC pun ramai yang Islam dan tengah jalani ibadat puasa?

Anaiya betul ahli BNBBC yang Islam. Dalam bulan puasa macam ni pergi melancong ke Taiwan dan Macau. Jahanam. Makan mestinya susah. Toleh kanan ada bak, toleh kiri ada celeng. Lantaklah kau orang. Inilah nasib bertuankan pemimpin lemah, tempang dan kurang bijak.

Apa pun, kisah BNBBC pergi makan ni memang satu lagi kisah pelik di zaman penerintahan Abdullah Badawi. Tiba-tiba je seluruh Ahli Parlimen BN yang menganggotai Kelab Penyokong BN Parlimen Malaysia (BNBBC) dibawa pergi makan angin keluar negara?

Anehnya betul. Kenapa pergi makan angin serentak dan ramai-ramai? Ini tak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen Malaysia. Sebelum ni, kalau ada rombongan Ahli Parlimen keluar negara, mereka pergi dalam kumpulan kecil, antara empat atau lima orang, untuk hadiri mesyuarat tahunan Ahli-Ahli Parlimen ASEAN (AIPO), Persatuan Parlimen Komonwel (CPA), Kesatuan Parlimen Antarabangsa (IPU), Persidangan Agung PBB (UNGA) dan lain-lainnya. Rombongan ini juga tidak hanya terhad kepada Ahli Parlimen BN, malahan termasuk Ahli Parlimen pembangkang.

Misterinya kali ini, sapa tanggung lawatan BNBBC ini? Lazimnya, kalau Ahli Parlimen keluar negara untuk CPA atau IPU, perjalanan mereka ditanggung oleh pertubuhan berkenaan. Kalau AIPO, ia ditanggung oleh Parlimen Malaysia?

Kali ni, sapa tanggung perjalanan BNBBC pergi makan angin? Parlimen Malaysia? Kalau Parlimen Malaysia, maknanya BNBBC pergi makan angin guna duit rakyat, guna duit pembayar cukai. Masuk akal ke perkara ini boleh diizinkan oleh kerajaan Abdullah?

Kalau Parlimen Malaysia tak tanggung perjalanan dan makan minum BNBBC, sapa tanggung? Presidennya, Datuk Seri Ting King Sing memang jutawan. Tapi, kalau dia tanggung semua, apa habuan balik kerajaan kepadanya? Kalau dia kaut belanja tu daripada sumbangan swasta, apa habuan balik kepada pihak swasta berkenaan? Jangan sampai jual maruah bangsa atau gadai kedaulatan negara semata-mata kerana BNBBC nak makan angin!

Satu lagi perkara aneh pasal BNBBC ni ialah, kenapa rancangan makan angin ni dibuat secara mengejut? Kenapa di buat dalam bulan puasa? Kenapa daripada 7 hingga 16 September 2008? Kenapa sampai Abdullah dan Najib sendiri pertahankan cerita BNBBC keluar negara ni? Adakah apa-apa udang di sebalik batu?

Kepada Abdullah atau Najib, elok kita beritahu satu hal. Sedarlah, rakyat bukan bodoh. Jadi, jangan perbodohkan diri anda untuk memperbodohkan rakyat. Kepada Abdullah dan Najib, anda kena jelaskan duit sapa digunakan untuk BNBBC keluar negara? Kalau duit rakyat, apa rasionalnya? Kalau duit BNBBC, mana kelab tu banyak sangat duit? Kalau duit pengerusinya, mana manusia tu kaut duit berjuta ringgit? Kalau setiap ahli bayar tambang, penginapan dan makan minum sendiri, berapa sangatlah elaun Ahli Parlimen untuk mampu menanggung semua ini secara sendirian berhad? Kalau duit tu tajaan swasta, siapa mereka dan apa pulangannya?

Pendek kata, Abdullah dan Najib jangan cuba bodohkan rakyat. Sekali boleh. Dua kali pun boleh. Tapi, kalau dan setiap kali rakyat nak dibodohkan, tentu rakyat akan berontak untuk menjengkal muka pemimpin besar mereka. Kalau dah kena jengkal muka pun tak sedar diri lagi, rakyat akan bangkit menyingkirkan pemimpin besar ini keluar daripada kerusi mereka dalam kerajaan.

Memang perbuatan rakyat menyingkirkan pemimpin besar negara tak pernah berlaku di Malaysia. Ini bukan budaya kita. Tapi, jangan kata ianya mustahil akan berlaku kalau Abdullah dan Najib dah melampau sangat nak bodoh-bodohkan rakyat pada setiap waktu!

Oleh itu, jom kita gesa BPR siasat kisah cuti-cuti BNBBC ini. BPR kena beritahu rakyat jelata, dari mana BNBBC dapat dana untuk trip tersebut. Harap jelaskan kepada rakyat dengan jelas dan secara terperinci. BPR juga kena beritahu rakyat jelata akan matlamat dan manfaat lawatan itu. Waktu yang sewajarnya didedikasikan Ahli Parlimen kepada rakyat tak wajar dibazirkan kerana sesuatu muslihat politik Abdullah dan Najib! - http://politica-net.blogspot.com/

4 comments:

KY said...

Saya sokong, lapor jangan tak lapor kepada BPR, kenapa nak pergi semua, nanti siapa nak jaga Negara, tinggal Pak Lah dan Najib. Kesian lah mereka tu semua nak kena jawab, BNBBC sedap makan angin, atau makan bak...RAKYAT BUKAN BODOH. Rakyat mohon supaya kaedah menjawab soalan kepada masalah BN secara yang lebih professional.Bukan cara 16 Sept. PKR nak ambil alih tiba-tiba je BNBBC nak melawat sambil belajar, itu bukan teknik manjawab yang baik tak kan itu pun BN tak ade idea. DUNIA DAH MAJU...kata BH

Green Malay said...

Agreed with you all...quite confuse with this weird scenario (or should i say phenomena)...

Lawatan sambil belajar? Taiwan dan Macau? Di bulan Ramadhan? Semua ahli BNBBC?

Apa crita ni? Kalau pegi umrah sempena Ramadhan mungkin nampak logik sikit...

Haiyaa...ini olang aa...mikin manyak sussah ooo..

GreenMalay

politica said...

Saudara Dag dan Green Malay

Terima kasih. Bayangkan ahli-ahli Parlimen Islam menghayati Ramadhan di Taiwan, Kah Kah kah...

Tadi saya bareu balik dari majlis terawih di rumah Anwar Ibrahim. Dia kata antara yang pergi tu akan kembali dan join PKR. Mustahil?

bat8 said...

Sdra semua

Memang kelakar tul MP Islam sambut ramadhan kat taiwan ni. Agak-agak camne le depa ni berbuka dan bersahur ekk.

Camne dengan terawih? Pasal terawih ni aku tak heran sangat sebab fuad zarkasi bleh jadi iman, dulu dia dok dalam PAS. Cuma berapa ramai yang pi terawih.....hahahaha

bat8