Dear Sir. Cukuplah. Tak payah flip-flop lagi. Tak payah dolak-dalik lagi. Kalau dah set nak berundur, undurlah segera. Tak payah main politik lagi. Tak payah dengar cakap Kamaluddin. Tak payah dengar cakap Khairy. Tak payah dengar khutbah Alwi Che Mat. Tak payah ikut telunjuk Annuar Musa. Semua orang ni tak mau anda berhenti bukan demi agama, bangsa dan negara. Tapi demi kepentingan tembolok mereka sendiri!
Anda mungkin tak dapat maklum balas dari akar umbi. (Semalam ada NGO kecam orang lain yang sering gunakan perkataan akar umbi. Piii dah!!! Semua NGO ni askar upahan belaka. Mereka cakap ikut hidung aje.) Hari-hari, rakyat jelata akar umbi bengang pasal anda. Mereka tanya, bila anda nak berhenti. Bila?
Abdullah Badawi. La ni, dengar-dengar ceritanya, anda nak postpone lagi mesyuarat UMNO bahagian dan Perhimpunan Agung UMNO sampai pertengahan tahun 2009. Ini keputusan gila. Keputusan ni akan undang nahas aje. Kalau anda buat tindakan ni, UMNO akan lebih cepat bungkus. Ya, bungkus…
Anda nak tau pasal apa? Ya, kalau anda postpone mesyuarat UMNO bahagian dan PAU sampai pertengahan 2009, pasti akan ada “pemberontakan” warga UMNO akar umbi. Kalau mereka tak pelengkup anda dan keluarga serta konco-konco anda menerusi cara-cara berperlembagaan, mereka akan keluar UMNO secara beramai-ramai. Exodus. Bila ini terjadi, you are to be blamed. Anda akan dipersalahkan sepenuhnya!!
Abdullah Badawi. Ada satu cerita lagi. Katanya anda nak undur jadi Presiden UMNO tapi nak terus pegang lagi jawatan PM sampai urusan anda semua selesai? Ini idea baik. Tapi ini juga ironik. Bila dah tak mau jadi Presiden UMNO, buat apa nak jadi PM? Pasal anda nak bersihkan semua fail kotor pasal diri anda dan kroni-kroni anda? Pasal nak bereskan kontrak-kontrak yang belum beres untuk kroni-kroni anda? Pasal rahsia-rahsia negara belum selesai dipindahkan ke dalam pen-drive mungkin untuk dijajakan kepada the highest bidder? Pasal apa? (Sebenarnya hari ni dah ada banyak pen-drive pasal diri anda sendiri dalam simpanan negara!)
Lepas tu ada satu lagi berita. Katanya anda nak terus pertahankan kerusi Presiden UMNO dan terus jadi PM ikut jadual peralihan kuasa 2010. Betul ke? Kalau gitu, eloklah. Tapi, politik anda akan mati ikut cara natural death. Nama baik anda akan disalib oleh UMNO-UMNO bahagian. Eloklah tu!!!
Abdullah Badawi. Eloklah anda ikut gelombang dunia mutakhir. PM Israel resign. PM Thailand resign. PM Jepun resign. Kalau anda ikut gelombang ini, sejarah akan mencatatkan anda sebagai PM Malaysia yang sanggup berkorban demi kepentingan agama (bukan Islam Hadhari), bangsa dan tanahair. Tapi, kalau anda tak mau berhenti sekarang, sooner or later anda pasti akan diberhentikan menerusi proses demokrasi atau tindakan indirect warga UMNO akar umbi.
Anda ingat bila harga minyak turun 10 sen satu liter, itu satu angpau lumayan kepada rakyat jelata dan mereka akan berhenti daripada mendesak anda berundur diri? Fikirlah. Nak balik ke Perlis dari KL pakai kereta, minyak aje tak mati $100. Tol berapa? Turun harga minyak 10 sen satu liter, berapa banyak kita boleh selamatkan wang kita? Big deal!!!
Ini kisah lagi serius. Dengar desas-desus, cuti anggota keselamatan sudah dibekukan untuk menghadapi kemungkinan Hindraf berdemonstrasi besar-besaran waktu hari raya ni. Betul ke cerita ini? Betul ke hari ini dah ada sekumpulan orang yang diimport untuk bantu huru-harakan negara kita? Dan betul ke, bila ni berlaku anda dikatakan akan isytihar dharurat dan negara pun diperintah oleh NOC dengan anda sebagai pengarah operasinya?
Kepada saya ini cerita karut. Tapi, cerita karut inilah yang sedang tersebar luas dan kononnya membabitkan salah seorang manusia di sekeliling pinggang anda. Harap cerita karut ni memang karut. Tapi, kalau tak karut, harap anda perbetulkan segera. Nafikan segera.
Abdullah Badawi. Kalau anda dah nak berhenti, berhentilah secara bermaruah dan sukarela. Persetankan nasihat Alwi, KJ atau Kamaluddin. Persetankan pujuk rayu Annuar Musa. Persetankan kata-kata Shahidan Kassim the lalang par excellance. Persetankan ugutan Kalimullah atau gembala-gembalanya. Persetankan mereka semua.
Tahun ni tak payah lagi anda buat rumah terbuka Aidilfitri di PWTC di mana tetamunya hanya beribu-ribu pekerja Bangla, Mynmar dan Indon aje. Tak payah buang duit rakyat. Tak payah bodohkan kami semua kononnya tetamu anda adalah warga tempatan yang beratus ribu jumlahnya. Tak payah!!! Abdullah Badawi Sir. Selamat bersara dan selamat hari raya. – http://politica-net.blogspot.com/

6 comments:
"Persetankan kata-kata Shahidan Kassim the lalang par excellance."
So sad.
The Malays esp those in UMNO can't blame the Chinese for oppressing them, hence being left behind, etc.
It's quite clear that the Malays are sabotaging themselves.
Jed Yoong. R u really a newly born baby? Anyway, I can agree more with you. Tq.
Salam Bro Politica,
Heheheheh...betoi tu kata bro, Plah ni memang spesis manusia paling pelik & dahsyat perangai dan ego dia,.. koi lama koi nampak jelas raut riak, takbur & bongkak pada Plah skang ni,..sedih sungguh kalo dia pikiaq UMNO tak leh paksa dia turun tapi rakyat mampu dan boleh secara Civil Disobedience,..apo nak dikato,..kalo jadi camtu lagi hina rasa nya jd manusia bernama PLah ini,..takkan nak gadai maruah PLah sampai begitu sekali PLah,..sedaq lah tumpang ada last kopek, takut nanti lari dok Australia pun tak leh sbb semua org kat situ nanti pandang hina kat PLah,..d Most Idiotic Moron of a Prime Minister d Malaysian had ever have,..heheh..wat else can I say,..(,")
p.s. bro,..PLah ni Android apa ka,..heheh,..apo nak dikato..(,")
Diharapkan Pak Lah tak sambung jadi President UMNO sehingga 1 Jun, 2100.
Hi Zubli
Tq for visiting Politica. U know me and I know u 2. Salam perjuangan dan selamat hari raya.
Disebalik beberapa kelemahan pimpinan Pak Lah, ada juga perubahan-perubahan yang beliau telah lakukan.
Salah satunya, di bawah kepimpinan Pak Lah, rakyat lebih bebas bersuara dan mengkritik berbanding zaman Mahathir yang lebih bersifat autokratik.
Pak Lah juga mempunyai azam yang kuat untuk memperbaiki kekalutan dan campurtangan politik dalam badan perundangan dan kehakiman, juga pasukan polis.
Pak Lah juga ingin menghapuskan rasuah yang membawa imej buruk kepada negara.
Pak Lah juga telah menekankan sektor pertanian dan pengeluaran makanan yang sangat realistik dalam menghadapi inflasi dan kenaikan harga barang keperluan.
Tetapi sayangnya Pak Lah tidak dapat menjadi pemimpin yang berkesan di mana cita-cita dan impiannnya tidak dapat dilaksanakan dengan cepat dan kurang menampakkan hasil.
Pak Lah dikatakan terlalu dipengaruhi oleh nasihat dan pandangan keluarga.
Pak Lah dilihat banyak tidak mengkotakan apa yang dikata. Imejnya semakin tercalar bila tindakan dan keputusan yang diambilnya banyak berlawanan dan bertentangan dengan sifat baik dan bersihnya.
Saya tak tahu gelaran 'Bapa' apa yang bakal diberikan oleh rakyat Malaysia kepada Pak Lah selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri nanti.
Bapa Kemerdekaan untuk Tengku, Bapa Pembangunan untuk Tun Razak, Bapa Perpaduan untuk Tun Hussein, Bapa Malaysia Moden untuk Tun Mahathir.
Adakah Pak Lah hanya sekadar 'Bapa Mertua KJ'?
Post a Comment