Blogger Ketua Perusuh telah membuat satu posting dengan tajuk Inilah Masanya. Saya pinjam dan sunting posting tersebut dan memfokuskannya kepada kisah pelobi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dikatakan menggunakan dana Singapura untuk mendapatkan sokongan bagi mengekalkan kuasanya sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Adakah ini benar? – http://politica-net.blogspot.com/
Posting Ketua Perusuh mengenai perkara berkenaan adalah seperti berikut:
Ramai dikalangan akar umbi mungkin tidak mengetahui bahawa gerakan untuk memastikan Abdullah menang besar dan kekal di tampuk kuasa telah pun digerakkan seawal bulan Februari 2008. Khabarnya, kini gerakan itu sedang memasuki fasa ketiga di mana imbuhan-imbuhan sedang diagih-agihkan kepada cawangan dan bahagian yang terlibat.
Nilai imbuhan yang diberikan kali ini agak besar - menjangkau lebih lima angka bagi setiap penerima. Imbuhan kali ini nampaknya tidak mampu dikesan oleh Jawatankuasa Disiplin UMNO kerana ianya beredar di akaun luar negara. Bagi para pelobi, nilai imbuhan ini adalah kecil berbanding dengan jika Abdullah dapat terus mengekalkan kuasa memerintah. Secara tepat, peralihan kuasa ini mungkin tidak akan terjadi kerana ramai pelobi telah mengeluarkan dana yang besar untuk memastikan Abdullah kekal.
Bagi para pelobi Abdullah, bantuan kewangan untuk memastikan imbuhan boleh terus disediakan dan tidak perlu digusarkan kerana ianya telah dan akan disalurkan melalui beberapa entiti yang telah ditugaskan. Dalang di sebalik penyediaan dana ini adalah dari Singapura.
Hasil maklumat di pihak akar umbi, peratusan ahli UMNO yang menolak Abdullah Ahmad Badawi kini mencecah 60 peratus. Namun peratusan ini boleh berubah sebelum Persidangan UMNO yang akan datang. Mengikut kajian para pelobi, Abdullah akan berjaya menurunkan peratusan ini kepada sekitar 40 peratus – 45 peratus dengan kemampuan dana yang sedia ada. Namun dengan tambahan dana imbuhan untuk kegunaan lobi, kemungkinan peratusan ini akan kekal di bawah 30 peratus adalah lebih tinggi.
Jadi jika Abdullah ingin terus membuktikan bahawa beliau masih realistik dalam memimpin UMNO, beliau perlulah mengambil tindakan proaktif dalam usaha lobi disegenap peringkat. Masanya semakin singkat dan masih perlu menyekat Najib Razak, Tengku Razaleigh dan Muhyiddin Yassin dari merentap tampuk kekuasaan beliau.
Jika Abdullah tidak dapat mengekalkan kuasa, bagaimana pula Singapura ingin mendapat laba? Najib dan Razaleigh bukan proksi Singapura. - Ketua Perusuh, Bekas Felo Kanan, Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa - ISIS
http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/09/23/inilah-masanya/

4 comments:
Salam..
Demi Allah & Rasul, setiap kejahatan akan tetap mendapat pembalasan.
Setiap kesalahan dengan Allah, Allah yg akan maafkan
Setiap kesalahan kepada manusia, manusia tersebut yang akan maafkan.
jadi bertaubatlah kepada Allah & buatlah kebaikan kepada sesama manusia.
Ketepikan kepentingan PERIBADI.
Muhasabah diri, bertaubatlah sebelum maut tiba-tiba menjemput.
Semoga ALLAH SWT., lindungi NEGARA dari bencana yang lebih dahsyat.
Musuh negara sememangnya mahukan kepimpinan Negara Malaysia terdiri dari proksi-proksi mereka. Pemimpin yang lemah dan boleh di cucuk hidung.
Kepada wakil-wakil rakyat dari UMNO, segeralah insaf bahawa YB-YB semua dilantik untuk membela RAKYAT dan menjaga NEGARA bukanya melindungi pemimpin-pemimpin yang korup dan tidak amanah.
Segeralah beralih dan berhijrah bersama-sama PAKATAN RAKYAT untuk membentuk sebuah KERAJAAN YANG ADIL DAN BERMARUAH. JANGAN BINASAKAN NEGARA KERANA SAYANG DAN TAKSUBKAN UMNO.
RAKYAT MENGHARAPKAN SEBUAH KERAJAAN YANG MELETAKKAN KEPENTINGAN AGAMA NEGARA DAN RAKYAT DI TEMPAT YANG TINGGI DAN DIUTAMAKAN.
Kalau benarlah apa kata ketua perusuh nie, memang patut hukum pancung jer Pak Lah dan kuncu2nya.
Dasar perakus dunia!!!
Atokuitmck, Pak Brahim, Anak Johor.
Saya yakin maklumat Ketua Perusuh ni benar kerana beliau pun bukan sebarang orang.
Selamat Hari Raya
Post a Comment