Wednesday, September 24, 2008

PELBAGAI KISAH MERAPU PASAL ABDULLAH….

Betul ke Abdullah Badawi tukar fikiran? Tak jadi nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO? Semua gara-gara desakan menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah?

Kalau betullah kisah ni, teruklah kita semua. Apa taknya? Ketua Negara dan Presiden UMNO dikontrol oleh dua anak muda yang buta sejarah, tapi bernafsu buas – si menantu buas nafsu politiknya, si anak lelaki buas nafsu perniagaannya. Macam ni, lingkup kita, lingkup!

Tapi, apa pasal para pemimpin UMNO takut nak bertindak? Pasal nak jaga tembolok masing-masing? Takut periuk nasi melayang? Takut bintang di dada gugur ke bumi?

Cubalah korek-korek cerita oil-for-food. Katanya, cerita ni membahayakan Abdullah. Hari ni kononnya dah ada banyak dossier pasal hal ni. Saya tak mau tulis habis-habisan kat sini pasal bahaya. Tapi, kononnya cerita ni lebih besar daripada apa yang kita ketahui setakat ni. Ia dikatakan sampai membabitkan sumbangan kepada sebuah negara yang sangat-sangat memusuhi umat Islam. Betul tidaknya kisah ni, Allah sahaja yang maha mengetahuinya.

Lepas tu, katanya ada kisah membabitkan Projek Jambatan Bengkok dan Pulau Batu Puteh. Kisah ni pun panas dan kontrovrsi. Katanya, Khairy tau akan hal ni. Katanya, inilah senjata Khairy untuk mengongkong bapak mertuanya. Katanya, sebab itulah Abdullah terpaksa tunduk dan ikut sahaja kehendak serta telunjuk Khairy.

Lepas tu, korek-koreklah cerita sekumpulan manusia di sekeliling Abdullah yang kebelakangan ini kononnya nak kuasai MISC, syarikat perkapalan Malaysia. Kerana terlalu gelojoh, kumpulan ini dipercayai sampai sanggup melakukan sesuatu yang tidak terduga oleh pemikiran kita sebagai rakyat biasa.

Cerita ni pun panas dan juga amat bahaya. Kononnya, ia membabitkan satu kuasa asing yang berjiran dengan kita. Katanya, ia juga membabitkan tindakan-tindakan tertentu yang kemudiannya ditudingkan kepada kumpulan teroris antarabangsa yang tertentu sebagai pengangkaranya. Sama ada kisah ini betul atau palsu, sukar untuk dipastikan. Tapi, hari ini memang dah ada pihak di Malaysia yang tau mengenainya.

Ada pengkomen di blog ini mengatakan saya tulis ikut emosi dan persepsi yang cetek. Katalah apa nak kata. Saya tulis berasaskan maklumat yang sampai kepada saya. Percaya tak percaya, terserahlah. Tapi, begitulah kata maklumat yang dikirimkan kepada saya.

Akhirnya adalah kisah botol yang bertimbun-timbun di belakang kediaman Abdullah yang lama dekat Istana Negara. Saya tidak tergamak menghuraikan cerita botol-botol ni. Tapi, antara botol-botol tu, ada tiga jenis yang istimewa.

Demikian kisah Abdullah dan keluarganya. Nak tau lebih lanjut, korek-koreklah sendiri. Benarkah kehidupan pemimpin yang melonjakkan imejnya menerusi pelantar Islam Hadhari ni betul-betul bersih, lurus dan benar? Yang pasti, kini sudah ada pelbagai data negatif mengenai pemimpin ini dalam simpanan seorang Hamba Allah di Malaysia. Data-data ini sangat kontroversi dan penuh skandal! – http://politica-net.blogspot.com/

8 comments:

Conspiracy Theorist said...

Bro Politica,

Keep it up,..expose lagi,..heheh..selat Melaka sekarang pun kita dah tak control apa nak hairan lagi,...apo nak dikato,..(,")

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li..insyaallah!!

Singh Is Kinng said...

Mr Politica,

Terlalu banyak kepentingan peribadi yang menyebabkan Dollah berkeras hati mempertahan jawatan presiden parti.

Pak Lah tak sanggup melihat kerakusan anaknya Kamaludin melapah harta Khazanah terbongkar.

Pak Lah tak sanggup melihat Khairy hilang pengaruh, dan akhirnya terpaksa menjual nasi kandar di Perth. IS THE RESTAURANT STILL THERE?

Pak Lah tak sanggup melihat dirinya sebagai a failed prime minister, lalu cuba membaiki apa yang perlu, macam tikus membaiki labu.

Dan mungkin juga Dollah belum lagi temui Shafie dan Ghazali kerana sibuk dok layan Khairy dan Kali. Harapnya Dollah akan rebah tersungkur di tangan Ku Li.

Bahtar Mujid said...

Dengar khabar menangis dimesyuarat MT...tak malu ke? Biasa nya orang tak malu ni tiada iman..tapi kata imam hadari......subahanallah

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Sdr. POLITICA,

Pak Brahim lihat nukilan sdr. bukanlah kisah-kisah merapu pasal DS Abdullah dan anak-anak.

Sesungguhnya bagi Pak Brahim kisah-kisah itu biasa di dengar dan sudah menjadi cerita rakyat, malah disertakan dengan bukti-bukti dan gambar-gambar.

Yang benar tetap kelihatan benar walaupun di lemparkan dengan belbagai fitnah, mehnah dan tohmahan, dan yang tercemar dan najis itu tetap kelihatan kotor walaupun di salut dengan kosmatik. Itu kehendak alam, walaupun diberi gelaran MR. CLEAN....

politica said...

Saudara C-Theorist, P-Singh, Bahtar Majid dan Pak Brahim.

Semoga perjuangan kita direstui Allah SWT jua. Selamat Hari Raya Maaf Lahir batin.

Musallam said...

Salam,

Dalam budaya UMNO memang tidak ada tradisi pemimpin meninggalkan jawatannya dengan mudah.

Pemimpin UMNO mungkin hanya mahu meninggalkan jawatan kalau sudah sakit teruk atau mati.

Untuk meninggalkan jawatan secara sukarela memang payah.

Sekarang terpulanglah kepada "rakyat" (maksudnya ahli biasa UMNO) yang ada kuasa untuk menaikkan atau menurunkan pemimpin, untuk mengambil sesuatu tindakan.

Mengikut Perlembagaan UMNO, ahli UMNO (ahli biasa) sebenarnya ada "kuasa".

Agaknya kini sudahlah sampainya mereka menggunakan "hak" dan "kuasa" mereka.

politica said...

Saudara Tun Jeram

Tun Mahathir adalah satu-satunya pemimpin UMNO yang berundur secara sukarela dan dalam tempoh yang singkat tanpa sebarang tekanan. Walau terdapat desakan supaya beliau teruskan kepimpinannya, Tun Mahathir terus dengan pengunduran diri dari kerajaan dan UMNO.

atokuitmck said...

Salam,

Tuan boleh dedahkan kenapa secara tiba2 selepas pembatalan projek jambatan bengkok, WPI pula diwujudkan. siapa yg buat proposal besar tue dlm masa singkat??