Tuesday, September 23, 2008

PUAK ABDULLAH AKAN MAIN KOTOR UNTUK DAPATKAN PENCALONAN?

Abdullah Badawi berdolak-dalik lagi. Dia ni tak pernah straight. Hari ni cakap lain. Esok cakap lain. Lusa cakap lain. Tulat pun cakap lain. Kedolak-dalikan ini jelas dalam sehari dua kebelakangan ini. Khususnya mengenai formula peralihan kuasa.

Macam mana pemimpin yang asyik menukar kenyataan dan pendirian ni nak dikekalkan mengepalai UMNO dan Kerajaan? Pening kita semua dibuatnya!

Dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO 18 September 2008, Abdullah lunyai kena bedal beberapa ahli MT pasal peralihan kuasa. Katanya, dia sampai menitiskan air mata. Lepas tu dia pun buat kenyataan yang membayangkan dia akan mempercepatkan proses peralihan kuasa itu.

Kini Abdullah berubah lagu lagi. Difahamkan, dia ubah pendirian setelah didesak oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, supaya jangan berundur. Hebat betul budak ni ya!

Hari ni UMNO Kelantan kononnya dengan sebulat suara akan calonkan Abdullah sebagai Presiden UMNO. Kenyataan yang dibuat oleh Annuar Musa ni tak boleh dipercayai.

Macam mana boleh sebulat suara kalau Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh, tidak hadir di mesyuarat itu? Macam mana boleh sebulat suara kalau seluruh cawangan UMNO dalam bahagian Guan Musang sudah memutuskan untuk mencalonkan Razaleigh sebagai calon Presiden UMNO? Macam mana boleh sebulat suara kalau sudah ada beberapa cawangan di lain-lain bahagian di Kelantan sudah mendesak bahagian masing-masing untuk mencalonkan Razaleigh, bukannya Abdullah sebagai Presiden UMNO?

Siapa yang nak dibodohkan oleh Annuar dalam hal ini? Siapa yang cuba membohongi seluruh warga UMNO dalam hal ini? Wajarkah pembohongan seperti ini diterima bulat-bulat?

UMNO Pulau Pinang pun dah buat statement kononnya akan sebulat suara calonkan Abdullah sebagai Presiden. Tak apalah. Pulau Pinang negeri Abdullah. Dia pun ketua perhubungan UMNO negeri tersebut. Tapi, betul ke Datuk Ahmad Ismail dan Bahagian Bukit Bendera juga akan calonkan Abdullah?

Sekarang, siap sedialah. Wang beratus juta ringgit mungkin akan dicurahkan kepada sesiapa sahaja yang sudi mencalonkan semula Abdullah sebagai Presiden UMNO Malaysia dalam perwakilan bahagian mulai 10 Oktober 2008.

Tapi, kalau seseorang ketua bahagian tu ada fail BPR, maka fail BPR itulah yang akan dijadikan senjata untuk ugut supaya bahagian terbabit mencalonkan Abdullah.

Kita tengok aje sejauh mana game ini akan dimainkan oleh kelompok Abdullah – guna duit untuk dapatkan pencalonan atau guna ugutan untuk dapat pencalonan. Abdullah dalam keadaan tertekan. Pastinya kelompok dia akan buat apa saja untuk mengekalkan kuasanya! – http://politica-net.blogspot.com

2 comments:

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Selamat bertemu kembali selepas beberapa hari tidak bersua.

Senario peralihan kuasa dalam parti asobiah kian parah. Retak menunggu belah.

Seandainya rakyat teramai dapat menilai kredibiliti DS Abdullah yang sebenarnya, masakan ahli-ahli UMNO tidak tahu apakah sifat keperibadian yang dimiliki IMAM HADARI itu.

1. Bila bercakap selalunya bohong.
2. Bila berjanji selalunya mungkir.
3. Dulu kerap jadi IMAM taraweh, kini hanya anjur majlis berbuka sahaja. Dah tak nampak jadi IMAM. Mungkin makmum dah lari.

SEMOGA ALLAH SELAMATKAN NEGARA MALAYSIA DAN CUCURI RAHMAT DAN HIDAYAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA.

dariana said...

Salam Ramadhan Kareem.
Frasa 'Peralihan Kuasa' menjadi maudhu' cakap2 sejak PakLah sebut nak lakukannya kepada Najib lebih sebelum Ramdhan lalu... tarikh Jun 2010 menjadi pilihannya, kemudian Rafidah juga sebut benda sama trhadap jawatan KW UMNO kepada Shahrizat, tgh tahun 2009.
1. macam jawatan tu makbapak mereka punya..monarki ala Umno.
2. tiada lagi demokrasi yg dilaung2 oleh mereka sendiri.
3. bisu setengah org2 Umno, hanya 2-3 orang yg berketak ttg cara peralihan itu.
4. cakap tak serupa bikin.dusta jadi amalan.
5. tamak kuasa, tapi takut berdepan dgn pertandingan sesama sendiri.
6. KJ dikatakan menasihati PakLah..punya kuasa mengatasi org lain.
ITULAH RUMUSAN RINGKAS SAYA TTG FENOMENA PAKLAH-AHLI2 UMNOnya.

SEMOGA YG BENAR AKAN NYATA,YANG BATIL AKAN NYATA. PAKLAH TAK RELEVAN LAGi...!!!