Thursday, September 18, 2008

PERTAHANKANLAH RAHSIA PERTAHANAN DAN KETENTERAAN NEGARA

Bila Abdullah Badawi kuasai MINDEF, banyak kemungkinan boleh terjadi. Ini kerana segelintir manusia di sekeliling Abdullah adalah malaun besar yang sanggup buat apa saja untuk kaut duit - gadai kedaulatan negara, tak apa; gadai rahsia negara, tak apa; gadai rahsia pertahanan dan ketenteraan negara pun tak apa!

Memang ada rakyat Malaysia yang insaf dan sedar akan kemungkinan bahaya bila MINDEF dikuasai sepenuhnya oleh Abdullah. Tapi mereka hanya menumpu kepada kemungkinan soal kontrek bawah MINDEF yang berbillion ringgit akan dibolot oleh malaun-malaun besar di sekeliling Abdullah.

Kita jangan lupa. Bahayanya adalah membabitkan perkara yang lebih besar, lebih kritikal, lebih strategik dan lebih penting. Bahaya ini membabitkan kemungkinan rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara dibocorkan atau dijual kepada pihak musuh, termasuk seekor todak di selatan tanahair.

Mustahil perkara ini tidak berlaku. Kalau Iskandar Malaysia yang dikenalpasti sebagai kawasan yang mengandungi rizab air bawah tanah terbesar di dunia pun boleh di kuasai oleh Singapura di zaman Abdullah, sapa boleh gerenti jangkaan-jangkaan di atas tak boleh berlaku?

Tulisan ini bukan berniat menghasut. Tapi berniat menginsafkan rakyat Malaysia seluruhnya akan bahaya di depan tangga bila MINDEF bertukar tangan dari Najib kepada Abdullah.

Soal kontrek MINDEF soal kacang putih. Sapa nak bolot kontrek ni dia punya pasal. Tapi, soal rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara adalah soal besar dan soal strategik. Terutama sekali bila todak di selatan kita sama mentalitinya dengan Israel dan jadi proksi zionis paling utama di Asia Tenggara.

Memang Abdullah tak mungkin buat semua perkara yang akan menjejaskan pertahanan negara. Beliau seorang patriot. Tapi, malaun-malaun di sekeliling Abdullah macam mana? Kita percaya ke dia orang ni? Kita tak cemburu ke dengan kemungkinan-kemungkinan yang boleh dilakukan oleh kumpulan ini? Hendak-hendaknya bila kita dengar banyak cerita yang Abdullah di kelilingi oleh segelintir malaun yang sudah dikuasai oleh pihak asing!

Satu contoh. Di bawah MINDEF ada bahagian yang dikenali sebagai Military Intelligence atau Perisikan Tentera. Maklumat-maklumat yang dikutip oleh Militrary Intelligence dipercayai lebih autoratatif dari yang lain-lainnya. Apa jadi kalau maklumat-maklumat ini dibocorkan kepada pihak asing, bukan oleh pihak perisikan tentera, tetapi oleh malaun-malaun yang menguasai Abdullah?

Satu lagi contoh. Amerika Syarikat (AS) dalam abad ke-21 ini telah mengisytiharkan untuk menjadikan Asia Tenggara sebagai wilayah tumpuan ketenteraan mereka. AS bercita-cita membuka pangkalan tenteranya di semua lokasi stategik di wilayah ini.

AS mahu kuasai Selat Melaka. AS mahu kuasai Laut Cina Selatan. AS mahu lalulan laut dari Timur Tengah ke Timur Jauh dalam kekuasaan mereka. AS mahu laluan tangki-tangki minyak mereka dari Asia Barat ke Asia Timur dalam cengkaman mereka. Malaysia jadi littoral state atau negara pesisir utama kepada kedua-dua perairan ini.

Bagaimana kalau MINDEF setuju mengizinkan AS buka pengkalannya di pantai Barat Semenanjung untuk kuasai Selat Melaka? Bagaimana kalau AS buka pengkalannya di pantai Timur Semenanjung untuk kuasai Laut Cina Selatan? Bagaimana kalau AS buka pengkalannya di pantai Sabah untuk kuasai perairan Laut Sulu? Bagaimana?

Kita kena insaf, selama ini AS dah cuba, tapi gagal. Tapi, macam mana kalau waktu Abdullah kuasai MINDEF perkara ini berlaku? Macam mana?

Pihak yang buta hati boleh kata tulisan ini emosional. Tulisan ini didedikasikan kepada keselamatan negara tercinta. Kalau ia disifatkan sebagai emosional, katalah. Sebenarnya, emosi yang tulen dan abadilah yang mencetuskan patriotisme yang tulen lagi abadi.

Kalau tulisan yang didedikasikan kepada hakikat keselamatan tanahair ini dikatakan emosi dan menghasut, apa boleh buat? Tapi, kalau hakikat ini tidak dibicarakan sekarang, terimalah akibatnya kalau negara tercinta ini kelak dijajah secara ketenteraan, walaupun secara tidak langsung, akibat wujudnya malaun-malaun yang mengelilingi pemimpin yang buta hati!

Saya amat yakin bahawa para perwira kita di MINDEF sekali-kali tidak akan mengkompromikan rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara kepada sesiapa. Oleh itu, besarlah harapan rakyat Malaysia supaya MINDEF yang dulu akan kekal seperti dulu.

Bagaimanapun, waspadalah dengan kemaraan malaun-malaun yang akan jadi musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan atau musuh dalam selimut ini. Kalau mereka nak bolot seluruh projek dan kontrek MINDEF berilah. Tapi, kalau mereka nak kuasai rahsia pertahanan, ketahanan dan ketenteraan negara, tumpaskanlah mereka dengan serta merta. – http://politica-net.blogspot.com/

9 comments:

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Artikal ini juga menarik perhatian pak brahim.

Pendapat pak brahim dalam hal pertukaran portfolio antara DS Abdullah dgn DS Najib kelmarin dilihat sebagai suatu proses peralihan dan bersifat sementara.

Ini adalah untuk memberi ruang kepada DS Abdullah bertenang dan berehat sebelum tiba masa bersara dalam waktu yang terdekat ini.

Hakikatnya DS Najib akan terus memantau Kem. Pertahanan dan tetenteraan negara akan terus terpelihara dibawah panji-panji Raja-Raja. Cuma adalah sedikit cubaan untuk menggunakan pasukan angkatan tentera dalam kepentingan politik, namun dilihat tidak kesampaian.

Nasihat pak brahim, memang benar Negara sekarang dalam keadaan amat gawat. Iklim tidak sihat menyerang NEGARA dan keadaan dilihat hilang kawalan. Krisis keyakinan sudah sampai kekemuncaknya. Semua pihak, baik rakyat maupun pelabur menuntut perubahan pemerintahan dilakukan dengan kadar segera demi kebaikan dan masa depan semua pihak.

Hari ini... langkah DS Abdullah rakyat boleh terima.. dan langkah seterusnya esok.. RAKYAT DAN NEGARA MAHUKAN PR MELANGKAH KA PUTRAJAYA DEMI KEAAMANAN DAN KEMAKMURAN NEGARA. MENUJU KEERA MALAYSIA YANG AMAN, MAKMUR, MAJU DAN BERDAULAT.

mimbarUMNO said...

Salam,
Setiap perbuatan mesti ada agenda,inikan pulak pasal politik.Paklah ada agenda tersendiri anatara yang positif atau negatif.Teman bersyukur sekiranya langkan beliau itu positif,tapi takut yang negatif.Yang positifnya mungkin dia berasa dia tak layak pegang ekonomi(sebab dia bukan pelajar ekonomi macam aku!!)dan membuatkan ekonomi kita jatuh meleset serta memberi kuasa kepada najib.Ia juga salah satu proses peralihan kuasa yang dia cadangkan lah agaknya.Takpelah kalau macam tu,orang tua tu dah sedar diri.Tapi yang takutnya,negatif nya dia tengah duk kumpul general2 kat mindef tu untuk kepentingan diri dia n famili dia.Yang anwar pulak tunggu masa je menantikan SUPAYA kerajaan menahan dia untuk apa jua alasan(cthnya:-menggugat ketenteraman awam)supaya orang dapat lupe lah propaganda 16hb dia tu.Anwar si mangkuk yang buat ekonomi kita merudum pulak bolehlah tepuk tangan bila dah kene tangkap,dan dia boleh kata kerajaan sekarang menghalang dia dari menubuhkan kerajaan.Inilah yang aku predict boleh berlaku.Diorang ni pulak macam joker yang pakai topi bercabang pulak aku tengok.Yang memalukan pulak,semua diorang ni M.E.L.A.Y.U!!!mana letaknya maruah mereka bila kutuk sama sendiri?aku yang bukan 100% bukan MELAYU pun malu.Apa salah nya kita duk berbincang tangani masalah,banyak masalah sebenarnya Malaysia ni.Rakyat duk menderita kat bawah nun.Diorang ni pulak dahlah minyak free,kereta free,makan free,rumah free siap dapat gaji lagi itupun tak reti2 nak buat kerja!Mana rakyat tak marah.Teman dah fed-up dah dengan situasi macam ni.Diorang duk senang,rakyat duk susah.Kalaulah ada proksi2 Paklah n Anwar baca mesej teman ni,alhamdullilah p lah bagitau kat diorang.Ini bukan pendapat aku seorang ni pendapat yang aku kumpul dari rakan-rakan aku yang lain.Kami risau,bimbang masa depan anak-anak kami tergadai.Diorang apa kisah,duit banyak,jika kekacauan berlaku,duk p lari ke luar negara!betul tak?

kedaikopi said...

tak pe jangan anwar jadi pm sudahla lagi senang pihak us runding dengan anwar

Sutera Timur said...

Logik juga komen hang ni ....Tapi apa yang saya muskilkan ni kenapa pula dollah nak bertukar-tukar jawatan .Sebenarnya rakyat tak suruh tukar jawatan tetapi LETAK JAWATAN . dia ni faham ke tak bahasa melayu,merudum selalu BURSA SAHAM kita.Masih nak main silap mata,dan permainkan hasrat rakyat untuk perbetulkan iklim ekonomi dan politik negara...apa nak jadi ...tak tahula.......

politica said...

Pak Brahim, Mimbarumno, Kedaikopi, Sutera Timur, terima kasih. Komen anda dihargai.

adibeta said...

A'Kum..memang panjang lebar komen..namun semua adalah berdasarkan andaian semata-mata.Namun bagi ana perkara yg lebih besar dan perlu difikirkan secara berakal,berakhlak, rasional dan ditapis dengan ilmu dan iman ialah:

1-Kenapa DSAI tak sempat tunggu PRU ke 13. kenapa begitu tergesa-gesa.

2.Kenapa pihak AMERIKA begitu mengambil berat dan membela DSAI sedangkan tak peduli langsung perkembangan politik di Thailand, Indonesia, Filipina dll.

3.Sejak merdeka hingga kini DAP tak pernah menyokong apa jua yang berkaitan dengan kepentingan ISLAM dan Melayu. Namun kini mereka bukan setakat menyokong tetapi menjulang DSAI.

4.PAS menyatakan adalah tidak bermoral BN membeli ADUN di sabah dulu dan adalah menjadi kesalahan besar juga mengkhianti rakyat bila UMNO berura-ura mengambil alih Kelantan dulu.Maknanya proses pengambilalihan secara tengah jalan adalah satu kesalahan dan perlu ditentang. SOALNYA apa beza dgn keadaan sekarang...mengapakan dicipta pelbagai alasan. MATLAMAT TIDAK MENGHALAKAN CARA..Adakah PAS sudah berubah dan sanggup melakukan perkara yg berdosa asalkan tercapai cita-cita. Kalau cara BN dianggap salah kenapa PAS melakukannya juga.Kalau BN bersalah,tidak bermoral kerana melakukannya maka PAS 2 Kali bersalah dan tidak bermoral kerana tahu salah tapi buat juga.

..Perbuatan Mencuri tetap berdosa walaupun bertujuaan menolong orang miskin ataupun kerana kita kelaparan...

4.Kita tak tahu apa yg akan berlaku esok namun sejarah boleh dijadikan pengajaran dan iktibar.Dlm sejarah tamaddun dunia tidak ada kerajaan yg dapat memerintah dgn aman,rakyat hidup sentosa jika pemerintah diambil secara tengah jalan. Pakistan, Iraq, Thailand adalah contoh terdekat.Adakah kita bergerak untuk membawa negara kita ke arah tersebut...

5.HAKIKATNYA BN cukup mejoriti mentadbir negara..kenapa ini tidak difahami...Andainya ada ADR BN menyertai Pakatan Rakyat.. adakah itu kemahuan rakyat yang memilih mereka.RAKYAT TELAH MEMEMILIH BN UNTUK TERUS MEMERINTAH..fahamilah dan hormatilah

...................adibeta

adibeta said...

tak sah dok susah-susah fikir fasal pm tukar jawatan dan kaitkan pula dgn amerika. boneka amerika depan mata, nok ambil alih kerajaan tu perlu pakat fikir dan tolak..zalim-zalim bn pun tak ado yg berkait mesra dgn yahudi tu...nok bentuk kerajaan tungulah pru ke 13..dok tergesa-gesa tu kerana rakyat atau ada agenda yg tersebunyi..yg DAP sokong semacam aje.DAP dlm sejarahnya tak akan dan tak pernah menyokong apa yg di bawa utk kepenting ISLAM dan MELAYU..pasal ni semua rakyat kena fikir dan faham...ADIBETA

adibeta said...

sdr political dan saudara yg lain..nampaknya pihak anda beri ulasan untuk artikel dan komen berdasarkan prespesi ataupun andaian semata-mata.Prespesi atau andaian tidak boleh dijadikan bukti untuk diskusi ilmu, kalaulah kita menganggap blok ini majlis ilmu.Ana cuba gabungkan andaian dan fakta utk beberapa pertanyaan di bawah...renung dan fikirlah.....

1.Kenapakah DSAI begitu tergesa-gesa untuk menjadi PM.Kenapakah tak sempat tunggu sehingga PRU ke 13?

2.Mengapakah Amerika begitu mengambil berat perkembangan politik di Malaysia.Kenapakah perhatian sebegini tidak ditujukan kepada negara-negara lain spt Thailand,Indonesia,Filipina ?

3.Dalam sejarah politik Amerika,orang yang disokong adalah insan yang sebulu dengannya.Maksudnya orang itu adalah jenis manusia yg akan melaksanakan segala dasar mereka.Contohnya apa yg berlaku di Afganistan,Pakistan,Iraq,Kuwit dll.Adakah spesies manusia ini sudah ada di Malaysia?

4.Mereka yang pior ISLAM dan bersifat liat untuk menerima segala dasar mereka akan cuba dijatuhkan dengan pelbagai cara.Contohnya Saddam Hussin di Iraq, Muammar Ghadafi di Libya,Osama Laden, Presiden Iran dll Mengapakah Amerika begitu mengambil berat persoalan seorang manusia di negara kita.

5.Sepanjang sejarah peradaban manusia, tidak ada sebuah negarapun yang terus aman, rakyat sentosa jika pemerintahan di ambil secara tengah jalan,mengenepikan pilihan rakyat, membentuk kerajaan yang 'miskin'sokongan.Lihat apa yang berlaku di pakistan, Thailand,Iraq dll.Apakah usaha kita ke arah kemusnahan negara ?Jika ada negara yang terus aman , semakin ke hadapan diambil secara 'rampasan kuasa' SILA SENARAIKAN !!!!!!

6.Dari zaman kemerdekaan sehinggalah sebelum PRU ke 12, DAP tidak pernah menyokong seorang pemimpin melayu yang memperjuangkan ISLAM dan MELAYU.Sekarang DAP bukan setakat menyokong namun menganggap DSAI pemimpin kudus dan utama.MENGAPA ??

7.BN dianggap melakukan kesalahan besar,tidak bermoral dan beretika,rasuah dan kroupsi bila mengambil alih pemerintahan di Sabah drp PBS dan cuba di Kelantan.Namun sekarang PAS menyokong dan mencipta pelbagai alasan untuk menghalalkannya.APA beza dulu dan sekarang ? Adakah Matlamat Menghalalkan Cara ?

Jika BN dikatakan 'teruk,dasyhat'
dan 'berdosa'melakukannya, Adakah PAS akan 'ok, baik, sempurna' dan 'tidak berdosa ?'

Jika BN melakukan satu kesalahan..maka PAS melakukan dua kesalahan iaitu tahu tapi buat juga.

Jika ada ADR BN melompat ke Pakatan Rakyat, adakah menggambarkan kehendak rakyat di kawasan mereka.Jika ADR dan ADUN yang melompat ke BN pernah dihukum makan gaji HARAM kerana mengkhianti pilihan pengundi, Adakah hukum akan bertukar kepada HALAL?

Hakikatnya BN masih mendapat sokongan majoriti rakyat. Fahamilah dan hormatilah..
...................ADIBETA

dariana said...

salam.
perubahan atau reform ke arah yang baik, lebih baik disegerakan ketika dilihat peluang sudah ada. bukan menangguk di air keruh, tapi kebejatan yg berlaku kini di samping penipuan, rasuah, kronisma, maksiat,jenayah dll yg berlaluasa Ana rasa tak payah tunggu lama2. PRU13 nanti hanya amalan demokrasi negara tetapi apapun boleh terjadi sebelum /ketika PRU itu.
Pembangkang suruh undur, mantan PM suruh undur, org2 kuat UMNO sendiri pun suruh undur dan tak setuju plak dgn peralihan kuasa.. buat liat apa lagi??
Ada org kata nasib PakLah baik sebab bukan di Thailand, Japun, Indonesia, India @ Pakistan Dll, jika tidak akan terjadi hal yg pernah terjadi di negara2 itu.
Tapi.. kita tunggu agenda seterusnya oleh PakLah yg suka buat keputusan mendadak ni!tarikh PRU mendadak, naik minyak mendadak, turun minyak 15 sen mendadak, bagitahu peralihan kuasa mendadak (tapi lambat lagi),bertukar kementerian dgn Jib juga mendadak; apa lagi di hadapan??