Sunday, September 14, 2008

PEMBODEK-PEMBODEK ABDULLAH MULA BERSUARA BELASAH MUHYIDDIN

Semalam Zaid Ibrahim, kaki bodek Abdullah Badawi nombor satu (ganti NazriAziz), bersuara minta Muhyiddin Yassin berhenti sebagai Menteri. Rakyat jelata harap Abdullah Badawi ikut cakap Zaid ni.. Biar kita tengok sama ada Abdullah Badawi ni betul-betul anak jantan…

Hari ini ramai lagi kaki bodek Abdullah Badawi bantai Muhyiddin kerana meluahkan suara warga UMNO akar umbi mengenai formula peralihan kuasa. Sampai kemek Muhyiddin dibuatnya.

Hebat. Memang cukup hebat pembodek-pembodek ni. Mereka boleh ganti Muhyiddin jadi menteri kanan. Oleh itu saya cadangkan Zaid dan pembodek-pembodek lainnya buat senarai menteri yang perlu dipecat oleh Abdullah Badawi kerana persoalkan formula peralihan kuasa yang tak masuk akal.

Saya cadangkan Zaid hantar senarai terperinci orang-orang ni kepada Abdullah Badawi untuk dipecat seberapa segera. Selain Muhyiddin, mereka adalah Naijb Razak, Rais Yatim dan Hishammuddin Hussein. TPM dan dua menteri ni pun semalam cakap yang formula peralihan kuasa perlu ditentukan oleh peringkat bahagian UMNO. Suara mereka samalah macam suara Muhyiddin - cuma kurang direct dan kurang ada uumph..

Saya cabar Zaid hantar sensarai empat menteri ni cepat-cepat pada Abdullah Badawi. Lepas tu suruh Abdullah Badawi rombak kabinetnya di mana Zaid jadi TPM, Azalina the Lessy jadi Menteri MITI, dan lain-lainnya.

Kemudian kita tengok sapa yang akan jahanam dan sapa yang akan terlungkup. Kita tengok kuasa rakyat, kuasa akar umbi bertindak. Kita tengok….

Kepada Abdullah, apa tunggu lagi? Buatlah. Pecatlah menteri-menteri ni macam anda gantung Datuk Ahmad Ismail tanpa usul periksa. Kalau kali ni anda nak lantik menantu anda jadi menteri penuh pun orang tak peduli lagi kerana rakyat dah tau, tak lama lagi pun anda sendiri akan tergolek… http://politica-net.blogspot.com

8 comments:

Singh Is Kinng said...

Mr Politica Sir,

Keadaan ni senang saja untuk diintepretasi. The unseen hands akan beri arahan: Korang nak jaga periuk nasi kenalah buat bising publicly bagi sokongan tak berbelah bagi untuk al-tidori.

Too bad UMNO has a lot of these mutants, a sad product of Darwin's evolution went wrong. The most deformed ones are Norza, Saziman, Ismail Sabri and of course Zaid Ibrahim.

Cheers.

Gagak di Rimba said...

Salam,

Dalam politik Melayu, "Jebat" tidak ramai, kerana "Jebat" dianggap "penderhaka" dan perlu berani menghadapi risiko yang tinggi.

"Tuah" memang ramai, kerana "Tuah" akan disayangi oleh "Raja", dan mungkin dapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan.

Dalam UMNO pun demikian, sejak dulu hingga sekarang: ramai "Tuah" yang merupakan pengampu dan pembodek, yang lebih memikirkan kepentingan dan kedudukan masing-masing.

Masalahnya adakah sikap "Tuah" ini baik untuk kepentingan parti dan bangsa Melayu?

Conspiracy Theorist said...

Salam Bro,

Betoi bro, TIME WILL TELL,..heheh.. bro ANWar & Plah bakal menjadi sejarah...heheh..wat can I say..insyaallah,..(",)..waallahualam..

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK
RAZALEIGH aka Ku Li..insyaallah!!

politica said...

Saudara Piggy Sngh: once again thanks man. Yes UMNO memang banyak mulut busuk. About the unseen hands, people always think they are kj's or kali's. I am of the opinion, the unseen hands are mostly foreigners'. What do you think?

Gagak Di rimba: Betul Jebat tak ramai dan tuah memang bersepah. Soalnya, konsep jebat dan tuah ni kadang-kadang ditentukan ikut ukuran peribadi dan bukannya ukuran kepentingan negara.

Conspiracy Theorist: bro what can I say? So your choice is TR. I am open for as long as he is not the al-tidori.. On conditions though ... he has to sign a mou with the rakyat jelata...

Mr ROMPERS said...

Puak2 dolah badawi ni akan pertahankan kedudukan mereka selagi boleh...sebab tu mereka bermatian2 nk pertahankan dolah badawi ni..mereka bimbang kalau dolah badawi turun mereka akan kehilangan pangkat dan kedudukan sekaligus kepentingan perut mereka turut terjejas, kalau otai2 yang menyuarakan pendapat mereka pasal peralihan kuasa ni dipecat, kita akan melihat puak2 anwar n family, kit siang n family dan lain2 puak pembangkang akan bersorak kegembiraan kerana telah menang dalam perang saraf sekaligus merealitikan impian ANWAR menubuhkan kerajaan baru yg bergelar kerajaan "pintu belakang" atau kerajaan "tonggeng". hahahahahaha..........

Singh Is Kinng said...

Mr Politica Sir,

I have some thought in my mind, it may sound scary but just a personal opinion, with no substantial evidence.

Whatever actions or decisions made by Dollah are always in favour to Anwar. For instance, raising petrol price opens the window of opportunity for Anwari to gain more of public popularity.

Anwar's drama also returns the favour to Dollah as well. Permatang Pauh election had actually succeeded to shift the focus of UMNO people from targeting Dollah as the culprit that brought UMNO to its knee.

Khairy's loud mouth during Permatang Pauh campaign also swung the vote to Anwar's side, and Khairy must have already known the impact of his stupid act.

The dark force behind the unseen hands may be foreigners, using sleepy Dollah, greedy Khairy and insanely ambitious Anwari to cater for their agenda. Hence these three useless figures may be together.

If this happens to have some truth, it will be the scariest nightmare Malaysians can't afford to dream for, because it is like a pact of Sauron and Darth Vader.

But again it is just an opinion.

politica said...

Rompers N Piggy Singh, Tq.

Rompers: very wild idea. But posisible and not wrong.

Piggy: Also a wild theory but not impossible to come true.

Bye!!!

mimbarUMNO said...

Salam politica,
Ni semua keje orang2 jahanam macam anwar n kj yang nak lingkupkan UMNO sebenarnya.Diorang ni pun bukan pejuang UMNO yang sejati,membela nasib rakyat,tapi membela nasib sendiri je.Ditambah pulak dengan barua seperti zaid,nazri(dah diam ckit),saziman n norza yang tak habis-habis menghentam orang untuk angkat ego abdullah.Yang abdullah pulak tak sedar diri,kalau rakyat dah tak suka,letak je jawatan,takdaklah pasaran saham jatuh,ekonomi kita meleset(as a Bac. in Econ graduate),ketenteraman tergugat etc.Kalaulah UMNO buat pemilihan secara pilihanraya,setiap ahli di pelusuk negara kene mengundi,agaknyalah,abdullah kalah teruk dan semua barua2nya pun akan terlungkup(lagi teruk dari terlingkup) kene timbus ngan koridor pembangunan yang di war2 kan!!Kalulah aku diberi peluang untuk berdebat dengan mereka2 ni secara terbuka seperti rancangan debat antara pemimpin2 yang lalu,aku amat bersyukur kerana sepatutnya debat adalah antara rakyat dan pemimpin bukan pemimpin dengan pemimpin,kerana hasil debat akan berlegar terhadap agenda mereka sahaja seperti yang berlaku sebelum ini.Biar rakyat sendiri menyoal pemimpin dengan soalan sendiri biar rakyat puas hati.Takguna bagi email di warkahuntukpm kerana segalanya tiada berjawab!Biar rakyat dikumpulkan dan diberi peluang untuk bertanya sendiri kepada abdullah apa sahaja soalan melainkan soalan peribadi.dengan cara itu,apa sahaja yang terbuku di hati rakyat dapat disampaikan dan abdullah bolehlah cleankan apa2 yang kotor yg dikatakan fitnah bg dia.Selepas itu jangan lah pulak lepas dapat aduan daripada rakyat,abdullah p tidok,laporan tu buang kat fail bulat atau kat bawah meja.Buatlah something macam keadaan pengangkutan awam di Malaysia.Dulu teman dapaat tahu,bila kerajaan naikkan harge minyak rm0.30,subsidi minya berjumlah rm30billion akan digunakan untuk dasar pengangkutan awam untuk menaik taraf pengangkutan awam?tapi.....apa dah jadik?abdullah...jawab lah!