Thursday, September 4, 2008

KITA TABIK RAIS YATIM

Hari ini kita tabik Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Beliau mendesak Majlis Tertinggi (MT) UMNO melakukan “sesuatu yang drastik” bagi membendung UMNO supaya tidak ranap.

Rais membuat desakan itu kerana beliau cukup bimbang dengan gejala “penggunaan wang yang berleluasa dan keterlaluan untuk melobi pencalonan, rasuah melibatkan tangkapan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan pergaduhan besar sesama ahli hanya kerana mengejar jawatan.”

Apa yang Rais cakap, memang tepat dan betul. Apa yang Rais cakap, patut menggugah Abdullah Badawi dari mimpinya bahawa UMNO tetap kuat. Apa yang Rais cakap, patut menyindir semua warga UMNO yang terjebak dengan kemungkaran siasah.

Tapi, mana boleh Rais dengan Muhyiddin Yassin saja yang asyik meleter dan membebel pasal nak kukuhkan UMNO? Yang lain mana? Presiden UMNO mana?

Dia orang ni semua tak sedar lagikah yang UMNO dah nak lengkup? Kata Rais, mungkin ranap? Kenapa pembesar nombor satu UMNO asyik nak bagi muka kat si sepet dan lain-lainnya?

Sedarkah mereka yang si sepet dah mula mesyuarat rahsia-rahsia, nak keluar BN? Semua ini berlaku pasal UMNO lemah. Pemimpin besar UMNO asyik terlena. Warga bawahannya ramai yang mabuk kuasa.

Mereka mabuk kuasa pasal nak beli golf set, nak main golf sama DO, nak lobi projek Kelas F, nak dapat duit untuk ditabur bila nak jadi pemimpin UMNO.

Keutamaan seperti ini akan hancurkan UMNO. Rakyat bawahan terabai, jadi kecewa dan kemudiannya memberontak menerusi peti undi. Sapa nak kita salahkan?

Macam saya tulis semalam, apa nak jadi pada UMNO ni? Kenapa Abdullah Badawi buat tak hirau? Kenapa dia tak mau berhenti bila orang dah minta dia berhenti? Sampai bila kita nak berjuang macam ni? Sampai bila? – http://politica-net.blogspot.com

2 comments:

lamandau said...

Macam mana orang lain nak leter seperti Rais dan TS Muhyidin, mereka semuanya mungkin terlibat dg politik wang untuk kekal berkuasa!! Presiden sendiri pun kalau dilihat secara taktikal, terlibat sama 9dalam siri perjumpaan dgn ahli diaturkan olih JASA). Jadi buatlah siapa yang berani, kalau tak di cekup BPR beruntunglah. Tetapi harap2 jangan ada pemimpin yang cuba menggunakan BPRuntuk mengalah lawan mereka!!!

politica said...

Lamandau

Terima kasih semoga komen anda menginsafkan para pembesar UMNO yang kita sayangi.