Monday, September 1, 2008

LEBIH BANYAK BANNER IKLAN DARIPADA JALUR GEMILANG DI PUTRAJAYA

Pagi tadi saya ke Seremban dan sesudah itu pulang ke kampung di Johor. Pada sebelah malam saya sekeluarga makan di Putrajaya. Saya sedih kerana sambutan merdeka ke-51 memang jelas hambar dan sepi.

Jika kibaran Jalur Gemilang adalah indikator kepada kegembiraan rakyat jelata di hari sambutan kemerdekaan, maka sambutan tahun ini adalah yang amat menyedihkan.

Jika kurangnya Jalur Gemilang di Seremban dan di hometown saya sendiri amat menjolok mata, kibaran Jalur Gemilang di Putrajaya amat menusuk hati.

Kita boleh kira berapa banyak Jalor Gemilang di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutun ini. Hakikatnya, lebih banyak iklan daripada Jalur Gemilang tergantung di jalan-jalan utama di Putrajaya.

Mengapa jadi begini? Adakah ini tandanya rakyat jelata berkabung di atas kedegilan Abdullah Badawi meletakkan jawatan PM dengan segera? - http://politica-net.blogspot.com/

3 comments:

nalapambu said...

bukan berkabung, berjimat, jangan membazir wang.

makanan lebih perlu dari jalur gemilang.

Mr ROMPERS said...

salam..

kita boleh tengok pemimpin sekarang mana ada bagi ingatan atau statement mintak rakyat kibar bendera masa hari kebangsaan?? lihat pemimpin terdahulu sebulan sebelum nk sambut hari merdeka dah buat persiapan dan seru rakyat kibar jalur gemilang..pemimpin sekarang ni berjuang atas kepentingan peribadi bukan kepentingan rakyat dan negara.

politica said...

Nalapambu dan Rompers

Terima kasih. Inilah hakikatnya negara kita yang nampaknya sedang menuju kehancurannya jika tidak diselamatkan dengan segera.