Sunday, August 31, 2008

KEMERDEKAAN NEGARA DAN KEBANGKITAN RAKYAT


Saya tulis posting ini sewaktu angkasa dinihari Putrajaya bermandikan cahaya aneka rona. Dentam-dentum bunyinya. Sungguh mempesona warna-warnanya. Beribu-ribu mata yang menyaksikannya pun khayal, terleka dan terlupa bahawa tanahairnya sedang tergadai dan menuju kehancurannya.

Lantas aku pun berbisik sendirian. Bagaimana agaknya jika ledakan bunga api itu ditukar menjadi ledakan suara rakyat yang menuntut Abdullah Badawi berhenti sebagai PM dengan serta-merta?

Apa gunanya kita terpesona dengan kewarna-warnian bunga api itu jika sempena 51 tahun kemerdekaan negara ini Abdullah Badawi masih bemaharajalela?

Relakah kita menerima Abdullah Badawi yang tidak lagi peduli akan masa depan dan kesejahteraan kita semua? Relakah kita mempunyai PM yang dikuasai oleh anak dan menantunya? Relakah kita melihat negara ini tergadai kedaulatannya? Relakah kita mendiamkan diri dan lihat sahaja kehancuran kita semua?

Bagaimana kalau mulai hari ini – 31 0gos 2008 – kita bangkit, kita bersuara dan kita tuntut Abdullah pergi dengan segera? Kita gunakan apa jua kuasa yang ada di tangan kita. Kita ada kuasa politik, kita ada kuasa rakyat, kita ada kuasa Raja. Seluruh kuasa inilah yang memberikan mandat kepada Abdullah Badawi untuk berkuasa.

Ayuh sama-sama kita fikirkan pendekatan yang terbaik, berhemah dan berkesaan untuk mendorong Abdullah berundur segera. Fikirkanlah hal ini sewaktu kita mencari keredhaan Allah SWT di sepanjang Bulan Puasa. – http://politica-net.blogspot.com

No comments: