Sunday, August 24, 2008

SUMPAH DAN SUMPAH-SUMPAH


Kisah manusia bersumpah kini hebat dan menarik. Semalam, Najib pun dah bersumpah. Mengapa tiba-tiba je TPM kita bersumpah? Nak ikut trend anak muda yang bersumpah baru-baru ni? Nak kutuk Anwar Ibrahim yang kononnya tak berani bersumpah? Nak paksa Khairy supaya bersumpah? Atau, nak paksa Abdullah Badawi turut bersumpah atas macam-macam hal mengenai dirinya dan keluarganya?

Masa kecil-kecil dulu emak saya marah kalau saya bersumpah yang saya tidak itu atau saya tidak ini. Katanya, kalau salah, cakap salah. Kalau tidak, cakap tidak. Berani kerana benar, takut kerana kalah. Buat apa nak sumpah itu dan sumpah ini? Pasal kita bersalah? Pasal nak kena makan sumpah? Pasal nak jadi sumpah-sumpah?

Tau tak apa dia sumpah-sumpah? Tu, binatang jenis cicak yang pandai terbang tu! Binatang ni boleh tukar warna sekujur badannya. Kalau dia hinggap di rimbunan daun hijau, warna badannya jadi hijau. Kalau dia sedang merambat di batang kayu, warna badannya macam warna batang kayu. Kalau dia di atas tanah, warna badannya ikut warna tanah.

Kenapa macam tu? Sebab binatang ni nak hidup, nak selamatkan nyawa dia dari dibunuh oleh mana-mana pihak yang nak bunuh dia - binatang liar lain ke, anak-anak nakal yang hanya nak bunuh dia cara suka-suka ke, orang yang dengki dia ke!! Macam-macam sebabnya. Pokoknya, sumpah-sumpah begitu feelnya pasal dia nak hidup.

Jadi, kalau sapa nak bersumpah demi Allah, bersumpahlah. Itu hak masing-masing. Kita kena hormat. Tapi, jangan jadi macam mengkarung atau sumpah-sumpah yang tukar warna badannya semata-mata kerana nak hidup!!!

No comments: