Wednesday, August 27, 2008

NAJIB KENA DESAK ABDULLAH BERHENTI

Rakyat dan jelak, rakyat dah muak. Rakyat jelak dan muak kepada Abdullah Badawi, bukan kepada UMNO, bukan kepada BN. Malangnya UMNO dan BN jadi mangsa rakyat. Sebab tu BN kalah di Permatang Pauh.

Kalau Anwar Ibrahim dapat majoriti undi yang besar di Permatang Pauh, ini bukan sebab PKR, PR atau Anwar sendiri lebih kuat dari Abdullah, UMNO dan BN.

Semua ini kerana Abdullah. Rakyat dah hantar signal minta dia berhenti selepas PRU 12, dia tak mau berhenti. Dia ikut je nasihat menantunya yang nak jadi PM bila sampai umur 40 tahun. Akibatnya, UMNO dan BN yang jadi sasaran kekecewaan rakyat.

Tapi, yang paling malang sekali dalam hal ni adalah Najib. Lepas ni pengampu Abdullah pasti akan blame Najib. Itu tak kena, ini tak kena, semua serba tak kena. Lepas tu, pengampu Abdullah pun akan cakap, Najib ni memang bukan material PM. Lebih baik lantik Syed Hamid anak singa UMNO yang dah jadi macam tikus, jadi PM. Kalau ikut cakap Abdullah di JB kelmarin dulu, mungkin elok juga lantik Azalina jadi PM.

Kalau saya jadi Najib, waktu press conference semalam, patut dia desak Abdullah letak jawatan PM dan Presiden UMNO. Bila lagi nak tunjuk jantan?

Waktu lepas PRU 12 dulu Najib patut dah desak Abdullah letak jawatan. Kalau waktu tu dia buat macam tu, selamat UMNO, selamat BN, selamat Malaysia, selamat kita semua.

Pasal Najib dah sia-siakan peluang keemasan tu, kali ni jom kita pakat-pakat provoke Najib biar desak Abdullah berhenti sebelum 31 Ogos 2008. Kalau tak, sambutan Merdeka kali ni macam tu lah.. Muram sakan macam ada orang meninggal dunia.

Apa lagi Jib. Takut sapa? Khairy? Alamak. Pasal budak tu lintang pukang kat Permatang Pauh lah BN kalah. Kalau dia tak ada, tentu majoriti PKR kecik sikit…

So, macam mana Jib? Setuju tak? Desak Abdullah berhenti jadi PM. Kalau you berani buat ni, gerenti nama you naik melonjak-lonjak. Tak payah tunggu 2010 nak jadi PM.

Cakap ni bukannya merapu meraban. Banyak orang cakap macam ni. Apa nak gentleman lagi? Abdullah tu bukan gentleman. Dia tak nak you, tau tak? Tapi bila orang cakap dengan you, you tak percaya. Muka you naik merah kerana terbakar, tapi mulut you kata, biarlah Abdullah terus berkuasa!!!

OK. Ini serius. You have already lost one golden window of opportunity to get rid of Abdullah – immediately after the 12th GE. People said, you were useless. You are not. So, please prove it this time. Abdullah really has to make an immediate exit from power. And, we are counting on you to lead the move to pressure Abdullah.

You get it right Sir? The people truly want you to urgently pressure Abdullah to vacate the corridor of power in Putrajaya.

Mudah-mudahan Najib akan baca tulisan ni. Mudah-mudahan Abdullah juga begitu. Biar dua-duanya faham hati nurani sebenar kita semua!

3 comments:

anakbuah said...

Bro,

PakLah undur tapi pengganti beliau Najib? Sdr cuba nak laga2kan kedua2nyakah atau betul2 harap Najib naik jadi PM?

Saya lain la Bro. PakLah lembik dan Najib pulak biawak hidup (sama mcm Khairy) yg bacul. Kedua2nya mesti berambus!

zeme said...

Salam saudara,

Kalau saya, saya lagi suka desak Pak Lah dan Najib berhenti kedua-duanya serentak. Saya tidak mahu negara tercinta yang 4 hari lagi akan menyambut merdeka dipimpin oleh pemimpin yang bersarang dengan permasalahan. Permasalahan yang bersarang itu akan terus memukat rakyat secara total. Saya lagi impikan kita mengangkat pemimpin yang benar² bersih, tulus dari segi insaniah dan juga ilmiah. Sekiranya ahli-ahli UMNO sayangkan parti, angkatlah gandingan pemimpin bersih Ku Li dan Muhyiddin menerajui bahtera bernama Malaysia.

Wasalam.

politica said...

Saudaraku Anakbuah dan Zeme

Terima kasih berkunjung ke Politica.

Kepada pandangan anda berdua pasal Najib, saya rasa Najib boleh ganti Abdullah. Itu pun saya ada reservation pasal mem dia. Tapi saya juga terbuka seperti anda untuk fikirkan TR, TSMY atau Rais Yatim.

Macam saya cakap, kita orang UMNO kena tunjuk jantan. Kalau tak jahanam kita semua.

Politica.