Friday, August 29, 2008

ABDULLAH CAKAP ORANG CEMUH, MUHYIDDIN CAKAP ORANG TERIMA….

Sejak PRU12 Muhyiddin Yassin nampaknya bersuara berbeza dari bosnya Abdullah Badawi. Bos dia nampak sangat macam tak kisah dengan kekalahan BN. Muhyiddin pula jelas menyuarakan sesuatu yang relevan dengan kekalahan itu. Suara Abdullah dipertikai oleh rakyat. Suara Muhyiddin sesuai dengan citarasa ramai.

Semalam pun Abdullah cakap lain, Muhyiddin cakap lain, pasal impak PRK Permatang Pauh. Cakap Abdullah orang cemuh. Cakap Muhyiddin orang terima.

Perkembangan macam ni menyebabkan Muhyiddin macam kena gam oleh orang kuat Abdullah dan sesetengah media massa. Kadang-kadang berita menantu Abdullah lebih besar dari berita Muhyiddin. Nasib badan. Inilah antara dugaan bila seseorang memperkatakan kebenaran!

Hari ini ada desas-desus, Muhyiddin nak jumpa empat mata dengan Abdullah. Tunggu punya tunggu, sampai dah lebih dua bulan, Muhyiddin belum lagi dapat jumpa bosnya. Kalau ini sahih, kesian betul!

Baru-baru ni Muhyiddin kata, dia tak nak tanding mana-mana jawatan lebih tinggi dalam UMNO. Katanya, dia cuma nak pertahankan jawatannya sekarang – Naib Presiden UMNO. Dalam hal ni pun peluang Muhyddin masih touch-n-go. Proksi Abdullah dan menantunya tentu ramai yang nak lanyak Muhyiddin.

Banyak pihak terkilan dengan kenyataan Muhyiddin. Ada yang marah dia, ada yang tempelak dia, ada yang sindir dia. Habis nak buat macam mana? Najib dah termakan gula-gula peralihan kuasa hidangan Abdullah. Kalau Muhyiddin langgar Najib, orang kata kurang ajar. Kalau Muhyiddin langgar Abdullah, orang kata, lagi kurang ajar besar. Serba salah Muhyiddin!

Tapi nampaknya UMNO akar umbi tak peduli. Ada gula-gula peralihan kuasa atau tidak, banyak juga cawangan UMNO dah desak bahagian masing-masing yang mereka mahu Abdullah disingkir. Mereka mahu Najib jadi Presiden UMNO, Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.

Sesetengah cawangan mahukan Tengku Razaleigh Hamzah jadi Presiden UMNO dan Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.

Ini semua menunjukkan UMNO cawangan berani gunakan kuasa dalam Perlembagaan UMNO. Tapi, mereka juga cemas kalau-kalau usul mereka tu tak sampai ke mana – dibakulkansampahkan oleh bahagian masing-masing.

Rasa-rasanya ada lagi harapan untuk orang UMNO bertindak. Mereka boleh gunakan mesyuarat perwakilan bahagian mulai Oktober 2008, untuk bangkang pencalonan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO. Ini diizinkan oleh perlembagaan parti.

Nak takut apa? Ini hak ahli UMNO. Kalau Presiden dah tak boleh memperkasakan parti, buat apa dia nak jadi presiden lagi? Kalau UMNO bawah pimpinan dia hari ni kucar-kacir, buat apa nak pilih pemimpin yang jadikan UMNO lebih kucar-kacir lagi?

Tapi, Najib nampaknya susah nak diketengahkan. Nama dia susah nampaknya nak diterima oleh sesetengah orang UMNO. Itu terserahlah. Kalau tak mau Najib, Muhyiddin ada, Tengku Razaleigh ada, Rais Yatim ada, sapa-sapa lagi pun boleh dicalonkan, asalkan bukan Khairy!

Kalau orang UMNO dah tak mau Abdullah, kenalah kerja dari sekarang. Tapi godaan dan cobaannya banyak. Para pendukung Abdullah, luik cak bo liaw lo! Jadi, jangan izinkan diri dirasuah dengan duit yang menimpa-nimpa. Kalau dia orang bagi, ambik! Lepas tu, cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR terdekat dan buat laporan sejelas-jelasnya.

Ingat ni. Raya dah nak dekat. Jangan gelap mata, jangan lemah iman. Orang bagi duit ambik! Tapi jangan buat belanja beli bunga api ke, beli langsir baru ke, beli karpet baru ke.. Cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR!

Kalau semua orang UMNO berani buat macam ni, harapan Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh atau Rais untuk naik agak cerah. Kalau tak, bersyarahlah sampai berbuih mulut, walhasil balik asallah jawabnya! Abdullah akan terus berkuasa, UMNO jadi lebih celaru, kita semua hidup sengsara! - http://politica-net.blogspot.com

2 comments:

Unggal said...

Saya harap Muhyiddin tidak memalukan nama arwah bapak dia - guru agama saya. Saya percaya orang UMNO Johor tidak akan melepaskan peluang untuk anak Johor jadi PM.
Sekali lagi saya cabar Muhyiddin bertanding Presidensi UMNO...!!.. Kalau rakyat PPauh boleh sokong Anwar, so can Johorians..!! Tapi kalau orang Johor dah di beli macam jual WI dan BPutih aje.... maka nampak gaya saya terpaksa pencen dan menetap di negara orang sebab Johor, tempat kelahiran saya dah dijual...!!

politica said...

Saudara Unggal

Insya Allah kita akan yakinkan Muhyiddin bertanding.

Saya pun macam anda, kalau negara sendiri dah lunyai digadai, baiklah kita menumpang teduh di tempat lain.

Salam takzim buat anda sekeluarga dan selamat menjalankan ibadat puasa.