Ketua Perusuh
Anda tahu apakah itu Sesumpah? Sesumpah adalah sejenis binatang reptilia seperti cicak yang boleh bertukar warna mengikut keadaan sekitarnya demi untuk keselamatan dan kepentingannya. Binatang sesumpah ini sebenarnya tidaklah boleh melakukan “sumpah” terhadap mana-mana binatang atau manusia lain walaupun namanya hampir sama dengan perkataan “sumpah”. Malah sesumpah tidak mempunyai kuasa untuk menyumpah sepertimana yang ada pada “Sang Kelembai” (satu makhluk lagenda yang kononnya ujud didalam hutan di Semenanjung Tanah Melayu ini satu masa dahulu).
Oleh yang demikian, apakah agaknya kena mengena perkataan “Sumpah” dengan binatang “Sesumpah”? Bukalah minda dan buat pemerhatian anda sendiri.
Akhir-akhir ini, kita boleh lihat budaya bersumpah (terutamanya sumpah mubahalah) seperti mengucapkan kalimat “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” digunakan dengan mudah oleh banyak pihak. Malah kita boleh pula melihat episod sumpah ini dilakukan dimedia elektronik terutamanya di televisyen. Orang-orang seperti Ezzam Mohd Noor, Anwar Ibrahim, Lokman Noor Adam, Saiful Bukhari Azlan, Najib Tun Razak, Syed Abdul Rahman Al Habshi (Konsul Jeneral Mongolia di Malaysia), dan yang terkini adalah Tajol Rosli (bekas Menteri Besar Perak Darul Ridzuan) pun menggunakan sumpah sebagai bahan untuk menguatkan hujah mereka.
Persoalannya disini, adakah mereka ini dan anda faham akan kesan dan akibat daripada membuat sumpah “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” ini. Sumpah yang bersandarkan kepada kalimat ini tidak boleh ditarik balik dengan mudah (walaupun boleh bertaubat dan membayar kifarah). Ini kerana hanya Allah S.W.T sahaja yang boleh memperkenankan penarikan kembali sumpah ini. Yang pastinya ianya bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan dan digunakan sewenang-wenangnya.
Jika berterusan budaya bersumpah ini dilakukan, maka dikhuatiri akan menyebabkan tidak akan ada orang yang akan percaya akan keberkesanan dan kehebatan sumpah “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” ini. Oleh itu saya amat tidak menggalakkan penggunaan sumpah ini dengan sewenang-wenangnya.
Semalam di TV3, saya menonton berita yang memaparkan bahawa Tajol Rosli bersumpah menggunakan kalimat “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” dengan sewenang-wenangnya dan kemudian beliau ketawa gembira ketika bersumpah. Ini jelas menunjukkan bahawa pada diri beliau bahawa kalimat “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” ini boleh dipermainkan. Sikap tidak serius beliau ketika melafazkan kalimat sumpah “Wallahi, Wabillahi, Wata’llahi” amatlah saya kesali.
Inilah yang ditonjolkan oleh Tajol Rosli (yang kononnya tinggi juga ilmu agamanya), maka pada pandangan peribadi saya, ilmu agama yang beliau ada mungkin hanya setaraf dengan budak Tadika KEMAS sahaja. Begitu cetek ilmu agama yang beliau ada. Penat sungguh ibubapanya mendidik beliau dengan pengetahuan agama.
Akhir kata, malulah sedikit kepada binatang sesumpah yang tidak pernah sekalipun melafazkan “sumpah”
http://ketuaperusuh.wordpress.com/2008/08/24/sumpah-sesumpah/

1 comment:
Bro,
Apa yg trjadi ni memang kurang menyenangkan..tp apo nak dikato,..heheh..itu la sikap politician especially UMNO.. depa nak buat sebagai trend lak..bro Saiful tu lain le sbb itu antara maruah dia yg nak di pertahankan..DS Najib pun sbb dia byk sgt kena accused tp sepatutnya dia ikut proses undang2 to clear nama dia, main dgn by E ni dia rasa dats d best time,..heheh.. harap2 jgn la kita main2 dgn sumpah ni kan apa takut silap haribulan kita sumpah kita tak buat walhal kita terbabit secara tak langsung dan sumpah tu mungkin makan diri kita..wallahhualam..
SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!
Post a Comment