Wednesday, September 17, 2008

OTAK KHAIRY JENIS YANG MANA?

Kita perlu tabik orang bijak, orang pandai, orang geliga otak. Tapi hati-hati bila kita nak tabik orang-orang jenis ni. Kadang-kadang mereka nampak bijak, nampak pandai, nampak bergeliga, tapi otak dia orang rupa-rupanya kat kepala lutut. Orang macam ni yang bikin dunia jadi celaru, jadi haru-biru. Orang macam ni hanya jaga tembolok masing-masing. Asalkan dia kenyang, orang lain peduli apa.

Kat Malaysia tak kurang jumlah orang macam ni. Kat keliling Abdullah Badawi pun ada. Mereka menyalak dan melolong bila Abdullah Badawi kena kritik secara ikhlas dan jujur.

Tapi, saya tak pasti sama ada menantu Abdullah yang nama Khairy tu jenis manusia yang otaknya di kepala lutut. Tentu sekali dia tidak. Dia lulusan Oxford. Dia pandai niaga. Dia bijak main politik. Dia nak jadi Perdana Menteri bila umum cecah 40 tahun.

Sebab tu jangan kita longgokkan budak pintar ni dengan golongan orang bijak yang berkepala otak di kepala lutut. Jangan buat gitu. Salah! Budak pintar ni terkenal sangat kepintarannnya kebelakangan ini.

Contoh kepintarannya terbaru sekali adalah kenyataannya di Sabah dua hari yang lalu. Ikut Utusan Malaysia, dia bersyarah di Sabah yang Muhyiddin Yassin dah langgar prinsip sebagai salah seorang menteri Kabinet.

Kata budak pintar ni, Muhyiddin patut pegang tanggungjawab secara bersama menyokong kepimpinan Abdullah. Bukannya mendesak Abdullah lakukan peralihan kuasa lebih awal.

Kerana budak pintar ni memang otaknya tak di kepala lutut, dia pun berkata: ''Dalam mana-mana kerajaan, mesti ada prinsip tanggungjawab bersama, apabila seorang menteri tidak ada keyakinan kepada Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan maka dia sudah melanggar tanggungjawab bersama. Sama ada dia perlu meletak jawatan atau tidak, itu terserah kepada Tan Sri Muhyiddin berfikir apa yang terbaik untuk dirinya sendiri."

Tapi, fikir punya fikir, budak pintar ni sapa dia? Datang dari lorong mana atau lubuk mana? Dia ni betul ke layak nak tegur menteri. Baru berapa tahun dia dalam UMNO? Benarkah dia pernah guna jalan bengkok untuk beli saham ECM Libra? Benar tak dia ni asyik kong-kali-kong dengan sesetengah kuasa dan elemen asing? Dia memang kerusi Parlimen Rembau cara menang jantan atau menang cara betina? Orang macam ni layak ke jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Dia ni ada nilai tak kalau dia tak pegang sijil nikah dia dengan anak Abdullah?

Sahabat-sahabat, kita memang kena salute orang bijak, orang pandai, orang geliga otak. Tapi, hati-hati yang otak dia orang di kepala lutut. Lebih waspada lagi bila orang yang otak di kepala lutut tu lulusan top university luar negara!

Khairy jangan bimbang. You tak masuk kumpulan ni sebab otak you bukan di kepala lutut. You lebih istimewa. Otak you kat mana ya? Tak apalah.. You special breed. Otak you di …………. lantaklah kat mana pun, tapi tak di tempat lazimnya!!!!

5 comments:

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Selamat bersua. Izinkan pak brahim berikan pandangan berhubung dengan politikus muda nergara yang kian popular itu. Beliau bukan sahaja di lahirkan, dibesarkan dan belajar di luar negara bahkan beliau adalah juga menantu PM Malaysia.

Dalam usia yang masih muda beliau telah berada sebaris dengan ahli-ahli perniagaan dan tokoh-tokoh yang terkenal. Itulah kurniaan ALLAH swt. kepada beliau.

Apa yang pak brahim doakan dan harapkan supaya dengan kurniaan ALLAH yang amat bernilai itu, hendaknya beliau menafaatkan segala amalnya kejalan ALLAH agar menjadi amalan yang soleh dan berkat.

ALLAH JADIKAN MANUSIA ITU SEBAGAI PEMIMPIN DI DUNIA INI DAN ADALAH BERTANGGUNGJAWAB KEATAS KEPIMPINAN NEREKA.

Singh Is Kinng said...

Mr Politica,

Definitely agree, his brain is not located in his knee cap. Khairy was born with a dick in his head and a brain in his pants, another sad product of Darwin's evolution.

Thus, his actions and decisions must first satisfy his lust for power and his greed for money.

Mr ROMPERS said...

salam..

aku rasa otak si khairy ni memang geliga tapi geliga yang jenis sudin beli dalam filem p.ramlee bujang lapok tu la..lain yg hajat lain yg dapat then lastly kena campak dalam longkang..itula letaknya otak si khairy ni..bercakap macam pejuang umno yang dah penah angkat keris atau senjata pertahankan negara! piiiiraaahhh mabukkk...

Zahar said...

as salaamu alaikum,

Soalan yang pertama, ada otak ke takde? Kedua kena tanya, pernah guna atau belum? Kemudian baru boleh tanya, dimana otak itu? :)

politica said...

Pak Brahim, Piggy Singh, Rompers, Zahar

Terima kasih