Tuesday, September 9, 2008

MEMBICARAKAN KEBENARAN PUN SALAH?

Kesian betul Datuk Ahmad Ismail, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Pulau Pinang. Dia cakap yang benar, salah. Kalau dia tak cakap benar, lagi salah besar. Jadi semua serba salah. Kalau macam ni benaganlah warga UMNO dibuatnya. Apa taknya? Cakap benar pun Presiden UMNO anggap salah!

Apa dah jadi ni? UMNO dah ditimpa bala ke? Kalau tak, macam mana Presiden UMNO pun bagai tak sedar yang Timbalan Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang (Timbalan kepada Presiden UMNO di peringkat UMNO Negeri) dan seluruh Ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang kini berdiri teguh bersama Ahmad kerana mereka yakin Ahmad bercakap benar.

Susah nak dirasionalkan pendirian Presiden UMNO mutakhir ini. Nak dikatakan dia dah lupa sejarah atau buta sejarah, tentu salah. Tapi, kalau dia tak buta sejarah atau lupa sejarah, kenapa orang yang cakap pasal sejarah pun nak disalahkan?

Inilah UMNO kita hari ni. Bercelaru macam pendirian dan pemikiran Presidennya. Kan lebih elok kalau Presiden UMNO dengar sikit cakap warga UMNO. Kan lebih elok kalau dia berhenti serta merta hari ini supaya UMNO tak jadi bubur! – http://politica-net.blogspot.com/

9 comments:

Salman Madani said...

Salam,

Mungkin Presiden UMNO tidak lupa sejarah dan tidak buta sejarah. Tapi dia tidak berani mempertahankan kebenaran.Sebab itu ketua bahagian UMNO yang menyatakan kebenaran pula dianggap sebagai "orang yang bersalah".

politica said...

Saudara Salman

Terima kasih dan salam hormat. Sama-samalah kita perjuangkan tanahair ini biar selamat dan sejahtera.

Sutera Timur said...

Hari ini rasa macam bukan duduk kat MALAYSIA je.Nampaknya duduk di tanah air sendiri pun belum tentu selamat .Kalau dah jadi macam Palestin atau Singapura guana gamaknya kita orang Melayu.Masa tu baru nak sedar kot...ini lah kalau dapat pemimpin yg lemah dan senang diperkotak katikkan oleh mereka yang ingin amabil kesempatan.Nampak Dollah macam kena ugut dengan Parti Gerakan dan MCA......

mimbarUMNO said...

Salam,
Presiden UMNO memang dah lupa sejarah dan buta sejarah,tengoklah Ijazah apa dia pegang?berapa CGPA nya?apa yang dia tahu tentang sejarah?yang ditahu tahu,tunduk pada desakan,tak pandai buat keputusan,tanpa fikir panjang,dan yang paling penting,dia tak tahu apa2 pun.Cuba tanya dia pentadbiran negara secara terperinci dengan spontan,cthnya pasal bajet lepas,dia tahu tak apa yg dia bentangkan di parlimen?Inikan pula pasal maruah bangsa Melayu,lagilah dia tak tahu nak menilai dari sudut yang lebih signifikan dan lembaran kondusif.
Datuk Ahmad Ismail telah dijatuhkan hukuman oleh presiden UMNO sebelum pihak Polis mendapati beliau bersalah dan kertas siasatan masih berlegar di tangan pegawai penyiasat,maka dengan itu seharusnya Datuk Ahmad Ismail tidak perlulah dihukum sebegitu rupa.Ramai lagi 'orang-orang' terutama pemimpin pembangkang berbangsa selain Melayu yang sering mengusik sensitiviti orang Melayu,tetapi mengapa mereka tidak diambil tindakan pun.Teman sejak semalam cukup panas hati dengan isu ini dan teman percaya orang Melayu lain pun sependapat dengan teman.Teman bukan rasis dan tidak sukakan keadaan huru hara tapi teman nak kaum lain sedar yang kita takkan tunduk dengan kaum lain,mereka kene sedar yang hakikat sebenar MElAYU lah yang kuat memperjuangkan Kemerdekaan Tanah Melayu dulu!Pak Lah tahu apa?

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

TOK MAT JADI KAMBING HITAM...TAK PA LAH.TAPI KERANA TOK MAT BUKIT BENDERA MAKA GERAKAN DLL KENA JUGA AMBIL DISIPLIN KAT AHLINYA YANG PERKAUMAN. MAKA SEMUA MESTI IKUT PERLEMBAGAAN. HAK ISTIMEWA DAN DEB TAK LEH PERTIKAI... SEBAB ITU ADALAH HAK ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA DALAM PERLEMBAGAAN. KATA UMNO PARTI PERKAUMAN PUN DIKIRA SALAH... BOLEH DI ISA KAN.

Mr ROMPERS said...

dier nak jaga hati semua pihak bro...sbb tu la kena jadik kambing itam...kau tgk ape tindakan balas Pak Lah? aku sokomg tindakan dier ISA kan sape2 yg putar belit cerita dgn timbulkan hal2 perkauman ni. Syabas!

politica said...

Sutera Timur, Mimbarumno, OTAI, Rompers. Tq geng kerana sudi lawati Politica.

Apa yang u all komenkan di atas memang benar. Hari ni kita semua rasa serba salah. Saya sendiri kadang-kadang rasa macam nak lari dari Malaysia dan hidup dalam kembara. Tapi apa boleh buat, mak dah tua, duit tak ada, semua tak ada.


Yang hairannya Abdullah cakap semalam yang dia nak tumpu menjaga kestabilan politik di negara ini. Soalnya, Abdullah ni sedar tak dalam era dia mana ada kestabilan politik!!!

C u again geng n salam!!!!

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Dah beberapa bulan pak brahim tak layari internet kerana perkhidmatan streamyx dirumah ditamatkan, nak jimat belanja harian. Maklumlah kos sara hidup mencanak. pak brahim pesara, tiada sumber pendapatan lagi, kenalah berjimat.

Namun atas desakan dan ihsan anak, streamyx di sambungkan semula. Alhamdulillah.. Inilah sebuah kebenaran..

POLITIKA, SEBUAH BLOG ALTERNATIF YANG AMAT BAIK.. SYABASH.. TERUSKAN USAHA MURNI MENJANA MINDA RAKYAT MALAYSIA LEBIH BERTAMADUN DAN BERMARUAH.

Disini izinkan pak brahim tumpang komen tentang 'membicarakan kebenaran pun salah' dimana isu sensetif ini lahir diketika kempen PRK Parlemen Ptg Pauh yang bersejarah itu.

Sebagai pengundi dan pemerhati di Ptg Pauh, pak brahim lihat parti2 yg bertanding mempunyai stratigi dan plan-plan tindakan disusun rapi untuk memenangi hati pengundi. Justeru setiap tindakan melalui proses musyawarah dikalangan kepimpinan dan pengatur stretigi.

Dalam hal kes Datok Ahmad Ismail, pak brahim fikir tentulah tindakan yang beliau ambil itu adalah hasil dpd plan tindakan yang telah dipersetujui bersama.

Ini memandangkan bahawa tindakan beliau disokong oleh kesemua ketua bahagian UMNO P. Pinang kecuali DS Abdullah sahaja yang membisu menyembunyikan sesuatu.

Dalam hal ini jika sesuatu tindakan hendak di ambil, ia seharusnya dikenakan kepada kesemua ketua-ketua bahagian dan bukanya hanya kepada Datok Ahmad Ismail sorang. Pak Brahim fikir tindakan MT UMNO terhadap Datok Ahmad tidak adil dan yang lebih tidak adalah membangkitkan soal perkauman dalam kempen pilihanraya demi memancing undi. 'ALLAH MENJADIKAN MANUSIA BERBAGAI KAUM DAN RUPA PARAS DAN WARNA KULIT UNTUK MENUNJUKKAN KEBESARA ALLAH MAHA PENCIPTA' bukannya untuk di politikkan.

politica said...

Pak Brahim. Salam takzim. Hai, sedih juga rasa hati saya bila Pak Brahim kata Pak Brahim orang pencen. Tak apa.. Saya respek Pak Brahim cukup-cukup kerana dah pencen pun masih ingat soal agama, bangsa dan tanahair.

Pasal Datuk Ahmad Ismail. Saua setuju. Sebenarnya seluruh badan perhubungan UMNO Pulau Pinang dah undai tak percaya kepada Dollah bila dia orang semua sokong Ahmad Ismail. Ini pun Dollah tak sedar... malangnya bangsa Melayu ya Pak Brahim... Moga-moga kita semua insaf dan two-car dollah ni cepat-cepat.