Saturday, September 27, 2008

ABDULLAH PERINTAH MALAYSIA JADI BANANA REPUBLIC?

Abdullah Badawi memang tebal kulit dan keras kepala. Rakyat dah kata, berundurlah dengan segera. Dia tak mau dengar. Nak terus berkuasa sampai Mac 2009. Dalam tempoh lima bulan macam-macam boleh jadi. UMNO boleh jadi tonggang-langgang. Negara boleh jadi porak-peranda. Dia sendiri boleh jadi kecundang dan terbongkang.

Abdullah ingat, dia tu hebat macam Tun Mahathir Mohamad. Mahathir yang hebat pun cuma bagi notis empat bulan aje untuk bersara dari kerajaan dan parti. Itu pun bersara bukan atas desakan rakyat jelata. Bersara secara sukarela – waktu rakyat masih mahu Mahathir teruskan lagi kepimpinannya ke arah kecemerlangan agama, bangsa dan tanahair.

Abdullah? Rakyat dah bagi dia notis suruh dia berhenti sejak PRU 12 pada Mac 2008. Sekarang dah lima bulan. Abdullah masih tak sedar diri yang rakyat jelata dah fed-up habis terhadap dirinya. Rakyat dah hilang keyakinan. Rakyat dah tak percaya apa yang dia cakap. Rakyat dah tak peduli apa yang dia nak buat. Rakyat cuma mau Abdullah segera berundur supaya negara ini dipimpin oleh orang baru.

Kalaulah Abdullah berundur pada Mac 2009, ini bermakna dia hanya nak berhenti jadi PM dan Presiden UMNO setahun sesudah PRU 12. Dalam setahun ni Malaysia tak ada apa-apa pun perubahan melainkan dibuai dan dihayun oleh rentak politik gila Abdullah. Rentak politik gila ni pun bukannya ciptaan Abdullah sendiri. Tapi Abdullah diprogramkan bergerak dan bertindak mengikut rentak politik gila yang digubah oleh menantunya, Khairy Jamaluddin, dan anak lelakinya, Kamaluddin Abdullah. Si Khairy ni pula menggubah rentak politik gila ni ikut nota yang disediakan oleh pihak-pihak luaran. Tak jahanam kita semua dibuatnya kalau keadaan ni berlarutan?

Dengan Abdullah, kita susah nak percaya sedikit habuk pun kata-katanya. Kini dia bayangkan akan berhenti Mac 2009. Boleh gerenti ke dia akan berhenti pada tempoh itu? Macam mana kalau esok atau lusa Khairy dan geng luarnya buat sesuatu helah sehingga tak izinkan Abdullah berhenti?

OK. Abdullah kata dia akan umum dalam seminggu dua ni, sama ada dia akan bertanding Presiden UMNO atau tidak. Macam mana kalau dalam seminggu dua ni Khairy desak Abdullah atau ugut Abdullah supaya terus bertanding Presiden UMNO? Apa kesudahannya kemelut politik Malaysia kalau Abdullah kata dia nak kekalkan jawatan Presiden UMNO?

Sepatutnya memang kita kena respect Abdullah bila dia cakap dia akan berhenti pada Mac 2009. Sepatutnya memang begitu. Tapi, kerana Abdullah dah banyak kali dolak-dalik dan flip-flop, apa gerenti yang ada pada kita untuk mempercayai kata-kata itu?

Dalam seminggu ni pasti orang-orang Abdullah akan mencongak dan mengira. Kalau Abdullah akan terus tanding kerusi Presiden UMNO, berapa banyak ongkos yang diperlukan? Ongkos tu dari mana akan diperolehinya? Lembu mana yang akan disembelih untuk keluar ongkos itu? Untuk beli sokongan bahagian-bahagian, macam mana ongkos itu nak dibahagi-bahagikan?

Sekaligus, orang-orang Abdullah juga akan mencongak dan mengira. Sapa yang boleh dibeli dengan pangkat dan jawatan? Sapa yang boleh dibeli dengan wang ringgit? Sapa yang boleh berikan sokongan kepada Abdullah setelah diugut dan diancam?

Lantas, dalam seminggu ni tentu orang-orang Abdullah sibuk menghimpun ongkos dan sibuk menggali fail. Mereka juga akan sibuk mengenalpasti mana lagi kementerian atau agensi yang boleh melantik jawatan penasihat untuk diberikan kepada pihak yang nak dibeli sokongannya.

Bayangkan betapa kotor jadinya politik bila Abdullah bertindak hanya atas nasihat, desakan dan ugutan pihak-pihak di sekelilingnya. Betapa rumit jadinya politik tanahair bila tindakan Abdullah ditentukan oleh pihak kedua dan ketiga?

Inilah kisahnya Abdullah. Rakyat jelata asyik dihidangkan dengan teka-teki, lepas satu, satu lagi, tanpa kesudahan yang muktamad. Akibatnya, Malaysia kini dalam keadaan penuh kebimbangan dan ketidaktentuan. Benar juga kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah, Malaysia hari ini seolah-olah dah jadi Banana Republik - Republik Pisang - yang sinonim dengan kemunduran, kecelaruan, ketidakstabilan, keporak-perandaan dan kesengsaraan.

Rakyat Malaysia pasti tidak reda dengan status Banana Republic ini. Makanya, lebih cepat Abdullah berundur, lebih eloklah untuk kita semua. Lebih cepat Abdullah berundur, lebih mudahlah kita semua bergabung tenaga dan bergabung minda untuk memperkasakan semula negara tercinta ini! – http://politica-net.blogspot.com

5 comments:

Conspiracy Theorist said...

Salam Bro,

Nampak gayanya masaalah akan menjadi lebih rumit dgn penangguhan GA ke March,..duh..awat dia juai org(MT) dok beli lagi arr,..heheh..apo nak dikato,..(,") abeh tu kita nak tunggu dan tengok gak ka atau nak mula satu 'movement' sebagai rakyat yg sayang kan agama, bangsa n tanah air? Gue nampak aksi PLah ni tak berkesudahan,..mungkin akan menjadi trlalu lambat kira di biarkan...wat else can I say,..heheh..(",)

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWaR & PLah!! SAY WELCOME TO FUTURE PM TGK RAZALEIGH aka Ku Li..insyaallah!!

zoe44 said...

Mengapa Pak Lah melantik Tiki Lafe untuk menjawat jawatan National Service Training Council chairman? Tak bolehkah jawatan ini diberikan kepada para professional yang ada kaitan dalam bidang ketenteraan seperti Jenderal jenderal bersara yang lebih berpengalaman dari mana-mana ahli parlimen??? Ini adalah subjek pembangunan minda remaja, pembentukan disiplin dan hala tuju remaja masakini. Pak Lah dan semua hantu kerajaan, hentikanlah ajenda politik kamu dan serahkan National Service tu kepada pihak yang bukan dari kalangan ahli politik. PM yang punya pemikiran yang cetek dan dengkal, tolonglah hentikan kerja mempolitikkan segala-galanya.


Tiki Lafe to take over from Lee as NS chairman


KUALA LUMPUR: Mas Gading MP Datuk Dr Tiki Lafe is to take over from Tan Sri Lee Lam Thye as the new National Service Training Council chairman.

Defence Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said the appointment would come into effect on Oct 1.

Lee, who has held the position for five years, decided to not seek reappointment as chairman to a three-year term, and retired earlier this June.

He had described the job in the NS council as the toughest and the most challenging public service job.

Lee said this was largely because it had to do with managing nation building and human capital development within a time-frame of three months involving more than 100,000 trainees, trainers, camp commandants and their support staff.

Sutera Timur said...

Saudara politica,

Benar apa yg saudara luahkan?Negara kita dah jadi caca-marba. Urusan yg patut didulukan tak dihiraukan, sebaliknya dia hanya tahu mencongak masa lama mana lagi dia ingin berkuasa.Rasanya rakyat pun dah tak ada mood nak sambut raya dlm keadaan negara yg tidak menentu,dgn harga barg yg tak nampak akan turun wlp minyak turun..itulah sebabnya jangan sesuka hati nak naikkan harga minyak ...tengok bahananya sekarg,tak ada siapa hirau nak turunkan harga barg.Patutnya kalau minyak nak naik pun janganlah tinggi sangat.Rasanya kalau naik sikit-sikit rakyat taklah terbeban sangat.Kerajaan dah tak ada kuasa nampaknya.Dia tak susah kerana dah kaya dan tak terjejas....kita semua ni lah yg kena tanggung semua masalah ini...dollah tak terfikir ke semua ini ...atau ..sengaja ...nak susah kan rakyat ..semua...jangan biarkan permasalahan ini berlanjutan ..takut kalau rakyat dah marah ....susah negara nanti......

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Pak Brahim pernah sebut bahawa DS Abdullah sebagai buah durian hantu. Ketegaq dan liat nak luruh lantaran buah dan pokonya tak beri apa-apa menafaat kepada manusia. Bahkan kalau pokok durian hantu ini hidup maka pokok ini akan membesar dan mengambil tempat yang luas sehingga pokok-pokok kecil di bawahnya akan mati tidak dapat cahaya yang cukup.

Pokok ini hanya menjadi sarang burung hantu dan burung gagak.

Untuk tumbangkan pokok durian hantu yang besar dan gagah ini perlu dilaksanakan dengan secara bermaufakat dan berhemah. Sudah tentu memerlukan sedikit masa.

1. Rakyat telah takek sekeliling batang pokok dalam PRU Mac lalu.

2. Rakyat telah bubuh racun pada bahagian yang ditakek dahulu pada PRK Permatang Pauh.

3. Pakatan Rakyat telah hantar surat supaya persidangan parlimen diadakan segera kerana bilangan ahli parlimen sebelah PR sudah mencukupi mengambil alih kerajaan.

4. Pokok BEBAL ini sudah kian reput dan hampir tumbang dikerjakan oleh ahli-ahli UMNO sendiri dalam keputusan MAJLIS TERTINGGI.

SELAMAT MENYAMBUT EID FITR AL-MUBARAK, MAAF DZAHIR BATIN.

politica said...

Pak Brahim yang dihormati,

Analogi pokok durian hantu ini amat menarik. Saya akan pinjam analogi ini dalam tulisan saya di masa akan datang. Terima kasih.

Salam takzim dan selamat hari raya.