Tuesday, December 16, 2008

TUDUHAN RASUAH POLITIK: BPR NAK SIASAT TAPI DISEKAT?

Singkatan perkataan BPR ni apa ertinya? Badan Pencegah Rasua atau Badan Pelindung Rasuah? Kalau BPR ertinya Badan Pencegah Rasuah, BPR kenalah kerja kuat banteras rasuah. Kalau ada aduan mengenai dakwaan rasuah, BPR kenalah siasat aduan tu. Jangan siasat main-main. Siasat betul-betul.

Hari ni kita memang kurang pasti BPR ni Badan Pencegah Rasuah atau Badan Pelindung Rasuah. Sebabnya, ada salah seorang calon Timbalan Presiden UMNO dikatakan sudah dibabitkan dengan hampir 400 dakwaan rasuah. Dakwaan ini dipercayai sudah pun dilaporkan kepada BPR. Tapi, kata yang punya cerita, BPR langsung tidak bertindak. Betul ke ni? Kalau betul, kenapa jadi bengini?

Ikut ceritanya, BPR memang dah ready nak siasat seluruh dakwaan yang dah dilaporkan kepadanya. Malangnya, ada orang besar dikatakan halang BPR jangan siasat seluruh dakwaan itu. Betul ke ni? Kalau betul, kenapa jadi begini? Kalau betul, sapa agaknya orang besar yang powerful tu? Sapa?

Kesian betul pegawai BPR. Orang mana tau BPR nak siasat dakwaan-dakwaan tu tapi BPR kena halang dek seorang orang besar? Yang kita orang tau, BPR lah yang tak mau siasat. Rupa-rupanya dak. Yang halang siasatan rupa-rupanya orang besar.

Dan, betul ke orang besar yang halang BPR buat siasatan tu berkata bahawa siasatan cuma boleh dilakukan kalau ada saksi ketiga tampil buat keterangan.

Bukan ke syarat macam ni syarat bodoh? Dalam kegiatan rasuah, cuma ada si pemberi dan si penerima. Kalau ada orang ketiga selain si pemberi dan si penerima rasuah, orang ketiga tu pun boleh jadi saksi kepada pihak si pemberi atau saksi kepada pihak si penerima. Maknanya, orang ketiga tu pun turut bersubahat dalam jenayah rasuah yang sama.

Jadi, apa punya bangang orang besar tu kata, siasatan hanya boleh dilakukan oleh BPR jika ada orang ketiga yang sanggup jadi saksi? Tapi, tak mungkinkah syarat bangang ini disengajakan untuk menggagalkan BPR lakukan siasatan? Tak mungkinkah begitu?

Kalau ginilah bentuk kisahnya, jahanamlah UMNO. Pemimpin yang dah ada hampir 400 laporan mengenai dakwaan rasuah pun masih nak dilindungi oleh pembesarnya. Apa hebatnya orang yang ada dakwaan rasuah ni? Sebab dia pandai bodek dan angkat telor? Sebab dia ni boleh dijadikan perkakas oleh pihak-pihak tertentu? Sebab dia ni orang harapan pembesar terbabit?

His.. Rosak-rosak. Habis rosak binasalah UMNO kalau ada manusia rasuah seperti ni. Habis jahanamlah UMNO kalau ada pembesarnya nak lindungi kaki rasuah macam ni.

Lantaklah. Kita orang apa nak peduli lagi? Kita orang dah puas cakap pasal rasuah. Tapi ada lagi pembesar UMNO yang nak lindungi kaki rasuah.

Inilah kepura-puraan. Inilah kemunafikan. Inilah tanda-tanda kehancuran UMNO. Kita orang semua apa boleh buat? Tunggu dan lihat?

Tapi, dalam kita kata apa kita boleh buat, harap-harap pihak yang dah buat laporan kepada BPR mengenai calon Timbalan Presiden UMNO berkenaan, teruskanlah tindakan anda.

Kalau dah buat laporan dan BPR dihalang untuk lakukan siasatan, sebarkanlah salinan laporan anda kepada BPR tu kepada semua pihak berkenaan.

Taborkanlah salinan laporan tu kepada bloggers, kepada akhbar-akhbar nyamok atau kepada semua pemimpin UMNO. Lepas tu, kita sama-sama tengok dan tunggu apa akan terjadi. – http://politica-net.blogspot.com

4 comments:

keris panjang said...

siapa pembesar tu? aku doakan biarlah dia dimasukkan ALLAH SWT ke dalam nuraka jahannam nnt..
mudah2an juga ALLAH bg dia balasan cash kat dunia ni lg..

aku boleh agak siapa kedua2 individu tu..

abdrahim kassim said...

Pedulikan UMNO ni. Parti yang dah berpenyakit. Cari parti lain je. Bukan UMNO je parti orang Melayu. Pastikan PRU 13 nanti UMNO tak ada lagi.-http://rahimkassim.blogspot.com/

.@blogger.com said...

Saya pasti laporan itu ada asasnya. Dan saya pasti juga ini lah caranya kepimpinan UMNO. Mereka kata mereka mendengar suara rakyat tetapi sebenarnya mereka tidak pernah mendengar apa-apa dari akarumbi. Mereka berada didalam gua dan hanya mendengar suara mereka sendiri. UMNO menuju jahanam kerana pemimpin umno yang jahanam.
http://yangkita.blogspot.com
http://braveheart-blogger.blogspot.com

politica said...

Para surfers, terima kasih.

Saya siarkan berita ini sebab memang ada asasnya. Sendiri teka sendiri taulah.