Sunday, December 28, 2008

SERTA MERTA BATALKAN PENSWASTAAN IJN – RAKYAT

Dah, jangan buat-buat pekak, jangan buat-buat bodoh. Penswastaan IJN is a no go deal – satu usaha yang dibangkang keras oleh rakyat jelata.

Rakyat Malaysia dah bersuara dan terus bersuara. Tak putus-putus. Di mana-mana saja. Mereka bangkang penswastaan IJN. Verdict atau keputusan mereka – batalkan penswastaan IJN dengan serta merta.

Suara rakyat adalah suara keramat. Dalam PRU13 nanti, suara mereka cukup penting. Dalam hal IJN ni, dah ada yang kata, kalau IJN terus diwastakan, dalam PRU13 nanti, mereka akan lupakan BN.

Lantas, batalkanlah penswastaan IJN ni serta merta. Ini bukan kerana rakyat menang dan kerajan kecundang. Ini kerana rakyat mahu kerajaan buktikan yang kerajaan benar-benar prihatin dan sensitif kepada suara rakyat.

Kalau tak, banyak lagi akan dibongkar. Setakat ni pun banyak pihak dah tau apa kata-kata Dr. Izzani sewaktu mesyuarat pengurusan IJN dua-tiga hari lalu. Dr. Izzani ni dikatakan bertindak sebagai pendorong IJN diswastakan. Sapa dia ni? Adakah dia ni proksi menantu Abdullah Ahmad yang secara kebetulan berbua-bual mesra dengan Izzani di lobi IJN tempoh hari?

Kita juga dapat info, baki saham IJN 49 peratus yang kononnya akan dipegang sepenuhnya oleh IJN kalau penswastaan ini terjadi, bukan solid untuk IJN sahaja. Sebaliknya akan diagih-agihkan sedikit sepada sesetengah pihak sebagai beneficiary atau penerimanya. Jangan sapa-sapa cuba nafikan ura-ura ini.

Oleh itu, sebelum rakyat bersuara dan bertindak lebih serius lagi dengan pembongkaran demi pembongkaran perkara tak betul di sebalik ura-ura penswastaan ini, lebih elok batalkan penswastaan ini dengan serta merta. – http://politica-net.blogspot.com

2 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Susah sangat ke nak batalkan projek penswastaan IJN ni, walaupun rakyat dah bersetuju ianya tak perlu dibincangkan lagi. Baik di celah-celah hutan batu maupun di ceruk-ceruk kampung dah kepoh pasal IJN ni.

Tambahan lagi orang-orang yang pernah mendapat jasa daripada IJN. Ada nostalgia manis dan terima kasih yang tak terucap bahawa IJN banyak menabur bakti kepada mereka yang tak dapat nak berubat sampai ke luar negeri.

IJN bukan sahaja banyak berjasa kepada kakitangan kerajaan malah para peniaga, petani, nelayan dan sesiapa saja yang memerlukan perkhidmatan 'membaik pulih' jantung mereka.

Kalau dah diswastakan, jawabnya mereka yang bakal- bakal penyakit jantung siapkan aje kain kapan, kapur barus dan keranda. Mana ada duit nak 'repair' di luar negeri. Bil IJN tentunya melambung tinggi. Janji sekarang macam 'Tanam tebu di tepi bibir'. Siapa yang nak percaya janji Sime Darby tu. Belum dapat, dah dapat habislah kita kena sembelih.

JADI SAYA SOKONG PENSWASTAAN IJN DIBATALKAN SERTA-MERTA.

Amir Hamzah
Batu Pahat.

Nik Amir. said...

1 ada dua perkara dalam hal ini.swasta nak khidmat berkualiti atau nak kutip royalti untuk nak bertanding jawatan dalam UMNO.
2.Demo ni kalau boleh tak payah lah nk swastakan IJN...swastakan sahaja UMNO lagi baik.