Sunday, December 21, 2008

BIARLAH BULAN BICARA

Hari ini ramai orang Terengganu seronok dan gembira. Orang UMNO seronok. Orang PAS gembira. Orang PKR pun sama juga. Mereka seronok dan mereka gembira pasal Wan Farid Wan Salleh jadi calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.

Orang UMNO seronok, katanya sebab yakin Farid boleh menang besar. Orang PAS gembira, katanya pasal Mat Sabu boleh sapu bersih. Orang PKR pun sama seronok dan gembira, kononnya kerana kemenangan Mat Sabu boleh jamin Anwar Ibrahim kuasai Parlimen Malaysia.

Tapi, kalau semua parti seronok dan gembira, sapa yang akan duka nestapa? Sapa yang akan kecundang di Kuala Terengganu? Sapa yang akan gigit jari dan kempunan nak duduk dalam Dewan Rakyat?

Untuk membahkan keseronokan dan kegembiraan ini, saya poskan di sini lagu Broery Marantika berjodol Biarlah Bulan Bicara. Lagu ini didedikasikan khas kepada Abdullah Badawi, Khairy Jamaluddin dan Farid, dengan ucapan semoga hayatilah senikatanya dengan sedalam-dalamnya.

Kalau Najib Razak, Ahmad Said dan Idris Jusoh nak ikut sama menikmati senikata lagu ini pun tak apa. Dengarlah dan hayatilah.

Kalau ada para pengundi dalam Parlimen Kuala Terengganu yang nak curi-curi menikmati lagu ni pun silakan. Tapi ingat, bila merenung bulan di langit, jangan lupakan rumput di bumi!

Kepada jentera BN, saya harap haramkan lagu ini dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu mulai esok sampai waktu mengundi. Kalau tak, manalah tau Mat Sabu akan kempen dan kata, lagu biarlah bulan bicara ini adalah lagu untuk mendorong seluruh pengundi memangkah PAS dalam PRK kali ini.

BIARLAH BULAN BICARA

Nyanyian Broery Marantika

bulan sabit yang jatuh di pelataran
bintang redup tanpa cahaya gemintang
langkah tanpa arah
sesat di jalan yang terang
aku yang terlena dibuai pelukan dosa

ingin pulang membalut luka hatimu
ku pun tahu betapa pedih batinmu
beri kesempatan atau jatuhkan hukuman
andai maaf pun tak kau berikan

air mata tulus jatuh di sudut bibirmu
tak terlintas dendam di bening mata indahmu
aku yang merasa sangat berdosa padamu
masih pantaskah mendampingimu

biarlah bulan bicara sendiri
biarlah bintang kan menjadi saksi
tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti
cukup derita sampai di sini

http://politica-net.blogspot.com

2 comments:

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Pergi ke Bulan Naik Roket

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari depan. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada satu majlis di Kuala Terengganu,pada Sabtu lalu.

Berdasarkan keputusan dalam Pilihanraya umum Mac 2008 yang lalu pertandingan ini dijangka lebih sengit daripada Pilihanraya kecil Permatang Pauh. Kalau Pilihanraya kecil Permatang Pauh kita boleh agak keputusannya semasa hari penamaan calon lagi tapi bagi Pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu agak berlainan sedikit.

Datuk Razali Ismail (BN-UMNO)= 32 562
Mohamad Sabu (PAS)= 31 934
Maimun Yusof (BEBAS)= 685
Undi Rosak = 931
Majoriti = 628

Berdasarkan statistik di atas tidak ada siapa yang boleh mendabik dada. Sehingga POLITICA menulis dalam blognya http://politica-net.blogspot.com 'Hari ini ramai orang Terengganu seronok dan gembira. Orang UMNO seronok. Orang PAS gembira. Orang PKR pun sama juga. Mereka seronok dan mereka gembira pasal Wan Farid Wan Salleh jadi calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.'

Semua parti rasa seronok kerana majoriti kemenangan BN yang kecil. Semua yakin nak tarik undi Mak cik Maimon sebanyak 685. Semua sibuk nak mengajar memangkah sampai pandai kepada 931 undi yang dulunya dipangkah rosak. Itu pun kalau tak ada calon BEBAS masuk gelanggang.

Disebabkan saya jauh daripada Kuala Terengganu, saya tidak tahu apakah isu tempatan yang dibangkitan di Kuala Terengganu. Kalau adapun mungkin isu-isu Pilihanraya umum 2008 yang lalu yang tak 'sejuk-sejuk'. Isu layanan polis melayan demontrasi di Kuala Terengganu mungkin ada parutnya lagi. Isu Royalti Minyak Terengganu, Piala Monsoon, pembangunan-pembangunan yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat Terengganu dan isu -isu tempatan lain mungkin relevan lagi berkumandang di corong-corong ceramah sepanjang kempen nanti.

Tetapi isu besar kalau difikirkan di peringkat negara bagaimana pula? Seperti kata POLITICA dalam blognya 'Orang UMNO seronok, katanya sebab yakin Farid boleh menang besar. Orang PAS gembira, katanya pasal Mat Sabu boleh sapu bersih. Orang PKR pun sama seronok dan gembira, kononnya kerana kemenangan Mat Sabu boleh jamin Anwar Ibrahim kuasai Parlimen Malaysia.'

Pengundi Kuala Terengganu seramai 80 325 orang (PRU ke12)perlu juga duduk di tepi Pantai Batu Buruk berfikir sejenak tentang Kerajaan Pusat kita. Sebab yang menang akan ke Parlimen. Dalam keadaan kuasa politik Melayu yang semakin tipis, masih mampukah kita menyerahkan P 36 ini kepada Pakatan Rakyat (PR) yang orang Kuala Terengganu sendiri tahu benar tentang kebiadapan, kecabulan, kurang ajar, tidak sedar diri, sombong, bongkak mereka terutama DAP yang anti Melayu dan Islam.

Cina MCA dan GERAKAN celupar juga. Mereka jadi macam itu sebab mereka lihat Melayu lemah. Pemimpin Melayu berpecah. Mereka ambil kesempatan. Mereka kalah teruk dalam pilihanraya lepas sebab itu mereka 'meroyan' atau 'gila talak' tak sudah-sudah. Tetapi bila Melayu dan UMNO kuat nanti terhegeh-hegeh lah puak-puak tu.

Saya tidak hendak ulas banyak tentang PAS. Cuma saya minta orang Kuala Terengganu fikirkan tentang slogan pembentukan 'negara Islam' bagaimana boleh bertukar kepada slogan pembentukan sebuah 'negara kebajikan'. Kalau POLITICA suka menyanyi lagu 'Biarlah Bulan Bicara' nyanyian Broery Marantika , saya pulak suka dengar P.Ramlee menyanyi lagu 'Engkau Laksana Bulan':

Engkau laksana bulan
Tinggal di atas kayangan
Hatiku dah kau tawan
Hidupku tak keruan

Mengapaku diseksa
Mengapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Oh...oh...oh...oh..

Kau tinggalkan diriku
Oh Tuhanku mengapakah
Kau bezakan hidupku
Oh Tuhanku mengapakah
Manusia begitu

Mengapa ku diseksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Oh...oh...oh...oh...

Kau tinggalkan diriku
Oh Tuhanku mengapakah
Jadi miskin hidupku
Oh Tuhankuu mengapakah
Sangat buruk nasibku

Mengapaku diseksa
Kenapa kita bersua
Berjumpa dan bercinta
Tetapi menderita

Lagu: P Ramlee
Senikata: Jamil Sulong
Penyanyi: P Ramlee
Filem: Penarik Beca

Amir Hamzah
Batu Pahat

politica said...

Saudara Amir Hamzah

Terima kasih atas kiriman komen. Saya paparkan ulasan saya mengenainya di muka utama Politica.

Selalu-selalulah kirim berita politik johor kepada Politica.