Thursday, November 6, 2008

POLITIK KJ-AR SENDIRIAN BERHAD

Budak yang nama Khairy Jamaluddin (KJ) ni sapa dia? Terhegeh ke sana, terhegeh ke sini, berlagak macam dialah Tengku Makhota UMNO. Naik mual kita dibuatnya.

Hari ni budak mentah ni gila nak jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dia jadi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia pun menang pondan. Dia menang tak bertanding pasal mertua dia turunkan wahyu supaya budak mabuk ini kuasa tidak ditandingi.

Banyak warga UMNO kata, jahanam UMNO kalau budak ni jadi Ketua Pemuda. Negara kita mungkin digadai. Rahsia negara mungkin dikomersilkan.

Apa tidaknya. Warga UMNO tak buta mata dan tak pekak telinga. Mulai 2004 banyak kisah budak ni diketahui umum. Dia kuasa di sebalik takhta Abdullah. Dia ada link dengan kuasa asing. Dia menentukan sapa patut jadi calon PRU12. Dia di sebalik ECM Libra. Dia di sebalik NST. Dia banyak duit untuk ditabur.

Budak ni juga antara punca kejatuhan Abdullah dan porak-perandanya UMNO hari ini. Dia main mata dengan Hindraf. Dia kenyit mata dengan Singapura. Senaraikanlah apa saja masalah yang kita hadapi sekarang, nama budak ni tentu terbabit.

Hari ni banyak warga UMNO merungut. Budak mentah ni ada banyak taktik nak bunuh politik Najib Razak dan Muhyiddin Yassin. Dia nak Ali Rustam (AR) jadi Timbalan Presiden UMNO. Sebabnya kerana AR boleh dijadikan kuda dia. AR juga dah pandai kenyit-kenyit mata dengan Singapura. Budak mentah dan AR ni dah satu regu. Mereka tubuhkan POLITIK KJ-AR SENDIRIAN BERHAD dengan sebahagian sahamnya di kuasai orang luar.

Tapi, walaupun gelagat budak gila kuasa ni macam pelesit, dia tetap ada pengikut. Orang ikut dia kerana duitnya berguni-guni. Orang ikut dia pasal dia menantu Abdullah. Orang ikut dia kerana mahu harta dan takhta.

Majoriti warga Pemuda UMNO bukan tak tau akan hal ini. Mereka tau. Tapi, ada Pemuda UMNO ikut budak ni pasal mereka nak cari jalan pintas ke gerbang kuasa. Sebab itu mereka pun ikut jadi gila kuasa macam budak mentah ini.

Tanpa memihak kepada Mukhriz Mahathir atau Khir Toyo, tanyalah diri sendiri. Layakkah budak gila kuasa ni jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Tidakkah budak macam ni boleh bawa sial kepada UMNO yang sedang mahu diperkasakan semula? – http://politica-net.blogspot.com/

11 comments:

Unknown said...

Bagi saya pilihan yang terbaik bagi pemuda UMNO adalah mukhriz mahathir. Khir toyo pun ada juga terpalit sedikit sebanyak dengan najis.

mantra-indeeptots said...

Bagi tau pada semua ahli UMNO... KALAU SAYANGKAN UMNO, PASTIKAN KHAIRY MENANG!

Singh Is Kinng said...

Salam Mr Politica,

Saya petik "Warga UMNO tak buta mata dan tak pekak telinga."

Jika warga UMNO sudah celik, kenapa KJ masih memperolehi pencalonan. Saya ambil contoh di Kelantan. Kebencian yang meluat terhadap BN timbul apabila KJ muncul di Kelantan dengan slogan "pade doh", dan seterusnya meranapkan harapan BN untuk menawan Kelantan. Tetapi KJ mendapat banyak pencalonan di Kelantan.

Apa yang berlaku March nanti amat menakutkan. Budak hitam ini akan menggunakan segala yang ada, malah memainkan taktik lebih kotor dari apa yang berlaku di Gelang Patah, Rantau Panjang dan Kuala Kangsar.

KJ tahu persepsi rakyat terhadap beliau. Walaupun cuba nafi, but rather he is making a joke of himself. Blog pro Khairy tidak diberi ruang untuk komen kerana Khairy tidak mampu berdepan dengan fakta sebenar, tetapi lebih suka berada dalam denial.

Wassalam.

Teknologi Baru said...

Dahsyat-dahsyat....kau org kutuk KJ teruk betul...tak kan lah KJ seteruk tu.....ini fitnah melampau...fitnah sikit-sikit dah lah... aku agak lah kalau KJ berjaya jadi PM....kau org lah yg duk kat depan kaki ampu....

Pak Brahim said...

Assalamualaikum wbt.,

Bagi pak brahim, antara ketiga-tiga calun Ketua Pemuda UMNO, pak brahim masih memilih KJ.

Pemilihan ini dibuat atas dasar kebolehan dan keberanian dia berbanding yang dua lagi tu.

Sekurang-kurangnya terubat juga kesayuan hati Pak Lah yang terpaksa melepaskan jawatanya.

Pak brahim lihat UMNO lemah bukanlah sepenuhnya disebabkan oleh kelemahan pak lah dan KJ, akan tetapi TDM dan kuncu-kuncunya turut berperanan memburukkan mereka dengan menangguk diair keruh agar dapat menutup kebejatan dan kezaliman semasa berkuasa dahulu. Sekarang perangkap mereka hampir berjaya dan percayalah bahawa khazanah negara akan diperaitkan dan MELAYU DAN AGAMA AKAN DIHINA.

Hati Kecil Berkata said...

Abislah AR kalau tag team ngan KJ..kesian tengok orang yang kuat bekerja dimainkan oleh majikan muda..hahaha lingkup la dibuatnya..

matalebam said...

Satu lagi blog kaki fitnah. Teruskan sang penyokong mukhriz.

Parit Dollah said...

Salam Politica

Apa khabar? Saya baru sahaja lepas membaca blog saudara mengenai KJ. Sebagaimana saudara bukan penyokong Mukhriz atau Khir Toyo, samalah dan apalah lagi saya juga kerana saya tidak menyokong sesiapa.

Apa yang saya sokong adalah keterbukaan dan husnul dzon, atau bersangka baik sesama kita. Oleh itu, saya harap komen saya ini akan disiarkan.

Banyak juga lontaran yang saudara beri pada KJ, namun adakah itu semuanya berasas? Sebagai penulis blog, saya mengajak saudara menulis berdasarkan fakta dan juga matlumah sahih. Janganlah kita bersama-sama yang lain, menulis dan menghentam secara suka hati tanpa asas. Bimbang ia menjadi baja fitnah.

Apapun, saya ucapkan selamat pada Saudara.

Unknown said...

Setelah ketandusan tokoh, yang terbaik sekarang ialah Mukhriz Mahathir!

politica said...

Saudara-saudara sekalian.

Blog ini bukan pro sapa-sapa. Blog ini juga bukan kaki fitnah. Tepapi, blog ini sentiasa menerima maklumat di sebalik tembok seperti the Malaysian Insiders yang selalu tulis berdasarkan maklumat di sebalok tembok.

Terima kasih.

Anonymous said...

Salam saudara,
Terlebih dahulu saya ingin membuat pendedahan - dulunya saya juga boleh dikatakan anti KJ. Tetapi, dah berubah.

Mengapa?

Kita sekarang berada di abad ke 2. Mahu tak mahu, kita terpaksa berdepan dengan fenomena perubahaan di dalam dan di luar negara. Inilah tanggungjawab seseorang pemimpin.

Kebolehan beredar mengikut zaman banyak bergantung kepada intelek seseorang pemimpin. Disni jelas KJ mempunyai kelebihan samada dari segi kreatif, segi analitik atau dari segi kepandaian.

Walaupun sedemikian, blog politica memang cukup relevan dan menjadi check and balance kepada puak puak dalam UMNO.