Wednesday, November 19, 2008

KITA NAK TUBUHKAN PARTI POLITIK BARU?

Hari ini banyak pihak fed-up dengan UMNO, PAS dan PKR. Mereka sangat ternanti-nantikan kewujudan sebuah parti siasah Melayu yang baru. Kata mereka, kalau ada parti baru, mereka sanggup berkorban apa saja. Benarkah begitu?

Orang Melayu fed-up dengan UMNO pasal Abdullah Badawi dan Khairy Jamaluddin serta kroni-kroninya. UMNO juga terlalu dikuasai oleh pihak-pihak yang rasuah dan gelojoh material. Kata orang tua-tua, UMNO kini dah jadi terlalu mata duitan!

PAS pula penuh kepura-puraan. Tetapi tidaklah seteruk UMNO. Cuma banyak pihak fobia dengan PAS sebab dulu parti ni halalkan darah orang Islam yang bersekongkol dengan lain-lain etnik bukan Melayu. Fobia ini susah nak dilupakan!

PKR lain pula ceritanya. Parti ini nak gadai Melayu dan Islam kepada Hindraf dan pihak liberal yang menentang asas-asas Perlembagaan Persekutuan. Sebab itu mereka nak bela Islam diizinkan murtad, UiTM dibuka kepada bukan Melayu dan sebagainya. Kalau lamalah PKR berkuasa, konsep Malaysian Malaysia acuan Lee Kuan Yew akan jadi kenyataan. Nak nafi cara manapun, inilah matlamat akhir PKR!

Habis tu kita nak tubuhkan parti yang macam mana? Parti Melayu yang bertegas dengan asas-asas utama dalam Perlembagaan Persekutuan? Parti yang tidak bertolak ansur dengan puak demokrasi liberal? Parti yang sensitif kepada kehendak Melayu bandar dan luarbandar yang kini hampir digadaikan maruahnya oleh PKR dan Abdullah & Son Sendirian Berhad? Atau, parti yang mampu menangani kehendak serta tuntutan Melayu di era globalisasi, geopolitik barat yang kian mendesak di wilayah kita dan pengaruh zionis yang semakin bertapak di Malaysia?

Nak tubuhkan sebuah parti politik memang amat mudah. Isi borang dan daftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. Tapi, nak gerakkan politik sesebuah parti yang baru memerlukan dukungan semangat dan material yang kukuh. Ini mungkin aral dan konstrain kita yang paling strategik dan besar.

Tapi, kalau kita betul-betul serius, ayuh kita bangkit dan tubuhkan parti yang kita kehendakki. Lepas tu kita pakat-pakat dermakan sebulan gaji kita untuk tabung asas bagi menggerakkan parti ini. Ataupun, kita dermalah sebanyak mana yang termampu hasil dari jualan kelapa sawit, nenas, ubi kayu, ikan kering, songket, batik, nasi lemak, belacan, budu, cencalok, keropok, kerepek, opak dan lain-lainnya.

Macam mana? Anda semua setuju? Kalau setuju, kirimkanlah komen ke blog ini dengan cadangan dan jumlah derma yang anda semua janjikan. Kalau tidak, kita pendamkan saja angan-angan ni dalam lipatan sejarah hidup kita semua! – http://politica-net.blogspot.com/

12 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Ini cerita PAS dulu, kita tak minat lagi. PAS dah berubah ada golongan professional yang imej CLEAN, ikhlas, berkebolehan spt Husam, Dr Dzulkifli, Khalid Samad, etc.

Ini perjuangan Melayu dah old skool dan tidak akan menarik pengundi2 mudah, jika survey Merdeka Review boleh dipercayai. Org2 muda tak kisah lagi ttg agama, bangsa tapi dah moden dan tumpu kpd kerjaya, ekonomi.

Tapi jika ada dlm UMNO yg keluar utk tubuh parti baru pun lebih baik dpd "decay" dlm parti.

"aupun, kita dermalah sebanyak mana yang termampu hasil dari jualan kelapa sawit, nenas, ubi kayu, ikan kering, songket, batik, nasi lemak, belacan, budu, cencalok, keropok, kerepek, opak dan lain-lainnya."

Aiyo. Kini org2 Melayu kg, FELDA,etc banyak lah wang. Gaji lebih tinggi drp pekerja kilang biasa. Pun ada professional yg kaya raya, tapi mungkin dah migrate....

UMNO bukan tidak berjasa tapi telah semakin tidak relevan sebab macam tidak berupaya utk berubah dan bercakap "bahasa kini".

Melayu PKR, walaupun ada yang fanatik Anwar yang saya sindirkan sebagai penganut PKR, adalah berbeza dr ahli UMNO, most of them. Mereka berjuang demi satu Malaysia yang lebih baik, bkn kontrak2. PKR telah, sedikit sebanyak, mengembalikan maruah kpd bangsa Melayu sebab tidak perlulah lagi cium tangan atau bodek pembesar2 walaupun berkebolehan. Ini bukan pandangan saya tapi pandangan org Melayu muda berpendidikan.

Malaysia dah berubah. Barisan jika tidak berubah. Kerajaan yang akan ubah.

If I've offended, apologies but this are my sincere thoughts.

Sekian.

Hati Kecil Berkata said...

1. Sdr. punya pendapat memang bagus dalam situasi porak peranda politik-politik di negara ini. Apa-apa saja parti yang tubuh untuk orang melayu lepas ni memang 'laris' keahliannya oleh kerana orang ramai sedang melihat apa yang berlaku dalam UMNO.

2. Memang betul satu parti baru yang lebih bersifat liberal dan demokrasi serta inflasi rasuah dalam parti memang bagus kita nak wujudkan, namun kita cakap pasal 'UMNO corrupt', sdr. kena tengok semua parti dalam m'sia ni pun semua corrupt tidak kira parti komponen / parti pembangkang cuma cara pemberiannya berbeza..bukan untuk pro mana-mana parti.

3. Pasal penubuhan parti kena banyak yang perlu difikirkan pro & kontra, dari sudut positif & negatif,bukan mudah untuk mewujudkan kaedah tersebut beberapa sistem perlu dilihat a) adakah perlu ada sistem cawangan? b) bagaimana kaedah perlembagaan & pindaan parti? c) Struktur parti? blum masuk lagi yuran keahlian, lencana, logo, peraturan dll.

4. Sekarang ni banyak pertubuhan-pertubuhan belia diseluruh negara sedang sibuk mengemaskini & menghantar pendaftaran pertubuhan belia masing-masing dari ROS (registeration of society) kepada ROY (registeration of youth) dan sdr. boleh belajar cara-cara penubuhan parti kerana syarat-syaratnya sama.

5. Saya juga bersetuju sebuah parti yang lebih berkesan untuk orang melayu, saya berharap orang-orang melayu akan sedar hanya 1 parti sahaja untuk orang melayu, tidak kira UMNO, PAS, PKR dan lain-lain parti berasaskan kaum melayu dan akhirnya hendaklah bersatu atas kehendak ISLAM!!!....baru-baru ni kawan bagitau dewan muslimah PAS ni selain daripada agama mereka juga adalah golongan profesional jadi disini nampak keseimbangan mereka dunia & akhirat, dan mereka juga sedia bekerjasama dengan semua parti asalkan mempunyai maksud yang sama iaitu ISLAM dan akhirnya tertubuhnya SENADA...

P/S : Fikirkan jalan terbaik bagaimana 1 parti sahaja yang dapat menyatukan orang islam dan melayu...

sekarang dah letih melayan pemimpin tua yang tak sedar diri & tak reti nak berundur, sampai taja pemimpin muda pun nak aturkan nasib baik..lah ada akta belia.

desperado said...

mmg patut kita mempunyai sebuah parti baru..khususnya kpd org2 yg ikhlas sayangkan negara..demi untuk memajukan negara..demi agama Islam..demi survival bangsa melayu..tanpa mempunyai niat utk kepentingan diri sendiri..maju wawasan melayu majulah negara..umno dulu lain..sekarang lain..pemimpinnya terdiri dari kumpulan perompak..terlalu banyak hasil rompakkan..sbb itu mereka mampu menghulurkan rasuah demi untuk memperkukuhkan karier mereka dlm politik..semuanya dusta dan palsu..manis kata dibibir saja..langsung tidak malu utk menggunakan nama datuk..nama bapa yang sememangnya dulu ikhlas berkhidmat utk rakyat dan negara..yang satu lagi yang amat tertonjol..KJ..siapa dia sebelum ini..hanya satu watak saja yang mengingatkan dan menakutkan saya..THE OMEN..666..kisah anak syaitan yg lahir dari keluarga diplomat..dan akhirnya mendapat tempat dlm sistem politik Amerika dan hampir menjadi Presiden Amerika..apakah ini yang bakal terjadi kpd NEGARA kita yg tercinta..oh tidak..oh tidak..tak aku relakan semua ini terjadi..lebih baik aku pergi membawa diri berkelana kenegara lain walaupun sebagai pendatang haram..aku rela..

add said...

Ibarat kata kalau kawin ramai pun bini no satu juga tetap menawan dengan jasa/pengorbanan. Sama juga dengan parti politik, pada saya parti UMNO masih relevan untuk dianggotai oleh orang melayu sebagaimana moto dulu kini dan selamanya dan bersatu bersdia berkhidmat.Pada saya kalau kita tubuh parti baru maka akan timbul konflik antara parti komponen barisan nasional apabila mahu menubuhkan jawatankuasa. Apabila ini berlaku mula la tarik tali antara parti komponen, parti yang lama kata kau parti baru kua duduk diam-diam, aku parti yang dah lama bagi la kita orang yang pegang jawatan bla,bla,bla. Tapi parti baru yang ditubuh ni berkeras kata kami parti yang paling ramai ahli, parti komponen kata kami tak kira ramai ke sikit ke janji berapa lama parti berada dalam komponen BN. apa nak jadi dengan kita parti orang melayu kalau situasi ini berlaku... jangan sampai melayu disingapura dan thailand dah le.

Pada pendapat saya, parti umno ni perlu dibuka kepada penjawat awam seperti guru siswazah boleh bergerak aktif, bukan saya menidakkan kepada kontraktor-kontraktor yang memainkan peranan sekarang dalam umno, realitinya sekarang dalam umno sapa banyak duit boleh menyertai politik dan akan menang serta ramai pengikut. Pada saya, kalau cikgu boleh bergerak aktif dalam umno saya rasa idea-idea mereka ini boleh diketengahkan serta cikgu-cikgu ni tidaklah banyak mana sebagaimana kontraktor (banyak duit). Maaf disini saya bukan nak merendahkan gaji guru (saya pun anak seorang guru). Cara guru bekerja ialah bekerja selagi mampu dan dengan keikhlasan dan memohon keberkatan dari Allah demi perjuangan agama bangsa dan negara. Saya nampak pejuang dahulu dari kalangan guru kita nampak kesungguhan dan iltizam mereka dalam merencanakan umno tidak sebagaimana kontraktor-kontraktor masa kini yang menerajui umno demi projek-projek semata-mata.

Pemerhati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Adakah penubuhan parti politik baru dapat menyelesaikan kemelut politik ini?

Please feel free to visit my Blog

http://sensecredaccountability.blogspot.com/

Wallahualam..

Anonymous said...

saya org pertama yg akan menyambut cabaran untuk menubuh kan parti baru.Parti baru biarlah di terajui oleh pemimpin baru yg mempunyai kesedaran,keinsafan dan rasa tanggungjawab yg tinggi bukan dari golongan yg sudah direject oleh umno ,sudah expired,golongan cari mkn,pengamal money politik dan bermacam2 lgi.

dasar parti kita kekalkan yg ada spt raja berpelembagaan.Agama islam agama rasmi.bahasa melayu bahasa rasmi (first language).

tentang keahlian tiada masalah pendaftaran ahli melalui internet.tengok berape juta yg akan respon

Kewangan saya rasa ini masalah kecil sahaja.kalau keahlian satu ringgit seorang sudah bolih kutip berape banyak

perlembagaan parti boleh dibincang dan dibentangkan didalam satu kongress .

Yang di perlukan ialah pengerak kepada idea ini ,apakah perjuangan parti baru ,perlembagaan parti dan siapa org kuat parti golongan mane. biarlah golongan baru yg terlibat seperti pensyarah universiti,ahli2 professional,ahli2 agama seperti mufti perlis,dan lain2 .itu pandangan dan cadangan saya,

Walaupun Umno/bn kalah teruk dlm pilihan raya yg lalu dari pengamatan saya mereka tetap tidak mahu belajar serta memperbaiki keadaan yg ada.saya bersetuju sgt dengan pandangan Tun ,umno akan tewas pada pilihan raya yg akan datng melihat kepada perangai pemimpin umno sekarang.

politica said...

ADUHAI... Rupa-rupanya ramai lagi pihak sayangkan UMNO dan ramai juga yang fed-up dengan UMNO. Kalau gitu kita teruskanlah polemik ini sampai bila-bila, hingga idea ni betul-betul masak kaw-kaw punya, ok?

cakapsiang said...

Satu cadangan yang amat baik, kalau kita lihat senario di Turki, parti yang berjaya memerintah di asaskan melalui penubuhan NGO. Kita pun patut ikut langkah it. Cuma NGO yang mana satu?

patriot said...

Saya setuju supaya sebuah parti baru atau parti semangat 46 dihidupkan semula. UMNO sudah tidak relevan dan diambang keruntuhan. Dari senarai calon Majlis Tertinggi UMNO di saf hadapan kita dapat lihat saf ini adalah perasuah. Tamadun Melayu - Islam sedang diambang keruntuhan. Dato Mukriz mungkin tewas kerana rasuah oleh KJ dan Toyo. Jeritan Tun Dr. Mahathir tidak dipedulikan. Abdullah adalah pemimpin munafik yang bertanggungjawab merosakkan harapan orang Melayu dan generasi akan datang. Saya sokong penuh cadangan saudara.

Salam

Nik Amir. said...

setuju dgn patriot.hidupkan semula Parti Semangat 46.Buat kongress Melayu.Jemput para cendekiawan Melayu,Belia-belia Melayu,Petani-petani Melayu,Malah dari semua golongan termasuk rakyat marhain yang sayangkan masa depan orang-orang melayu dan bumi melayu...dan beberapa pemimpin melayu dari UMNO yang masih setia pada bangsanya.

ezy syaz said...

parti politik baru???!!!!

kenapa perlu ada parti yang baru sedangkan yang sedia ada pun tak mampu untuk kita gerakkan???!!

cuba fikir sejenak...
adakah penubuhan parti baru mampu menyatukan kita semua MELAYU??!!

semakin kita mencari pembaharuan kononnya nak memperbaiki, menolong negara, mempertahankan bangsa... tapi tanpa sedar kita sebenarnya memecah belahkan bangsa sendiri..cukuplah dengan memecah belahkan bangsa.. malah sesama bangsa bergaduh di atas bumi sendiri.. apakah ini yang dikatakan untuk mempertahankan bangsa??? negara??? sejarah???!!!!

TIDAK!!!

bangunlah semua..bukak minda, bukak fikiran...!! kita disini bukan untuk bertanding siapa yang kuat, siapa yang berjaya..
tapi..

kita perlu bersatu.. jangan hapuskan sejarah... UMNO berjaya mengembalikan Tanah Melayu kepada kita..kenapa perlu menguburkan UMNO??? mungkin pentadbirannya yang tidak berkesan.. tapi kalau kita hendak menjaga sejarah.. seharusnya... kita gerakkan nama yang telah menyatukan kita..

jangan mengguna nama baru.. biar digeruni di mata dunia.. semakin kita berpecah belah..semakin negara asing bertepuk tangan.. sememangnya itu yang di nanti.. penantian untuk menjajah negara kita..

tolonglah... jangan biarkan semua ini terjadi.. bangun dan bersatu...
hanya dengan bersatu kita akan berjaya..

jangan kelirukan bangsa sendiri lagi... duduk semeja.. berkongsi pendapat.. turunkan keegoan.. dengarlah rintihan rakyat..bukan semuanya tidak bersekolah..bahkan kadang-kadang yang tidak bersekolah sendri pon ada pendapatnya yang tak mungkin kita terlintas..

bersatu.. dan disitu adanya kejayaan...

p/s bukan membangkang hanya mencadang... mohon kemaafan

sritribuana said...

Cuba cerita..kita jangan hipokrit..kalau 90% penjawat parti korup lagu mana nak kita bincang.Pemilihan parti semua main 'pitih'.Kalau tong najis nak dibersihkan, bersedialah untuk main dengan najis!
Itulah sebabnya para pemimpin UMNO sekarang sudah tidak berani bercakap untuk bangsanya.Mungkin yang menaja untuk mendapat tempat dalam pimpinan semua peringkat telah ditaja oleh yahudi nasr.
Contoh yang terbaru...Tidak terlintas sedikit pun di kepala para pemimpin dari presiden hingga ke ahli majis tertinggi UMNO kenapa ada bahagian UMNO telah membawa sesuatu kes ke Mahkamah Tinggi? Kalau dah ada yang berani bawa keMahkamah ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena...Saya nampak sekarang ni apa yang ada dikepala mereka ialah berapa pencalonan akan dapat..berapa perwakilan yang dapat dirasuahkan..
Maka berpidatolah para hipokrit dan munafikin kesana kemari kononnya anti politik wang.
Nak tanya..Di mana profesional dalam hal ini? Peguam,doktor,akauntan dan lain-lain lagi? Yang tinggal pemain muzik yang mendendangkan lagu-lagu "Hidup Melayu" belakang macam sundal.
Tahu tak? dalam musim pemilihan..ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat,apabila para Putri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat nasional,ada pemimpin yang menjawab,"Tak kan tolong aje..you boleh bagi APA kat I". Dengan Ikhlas para putri akan jawab tidak ada duit.."duit I dah ada..".Apa yang mereka mintak dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO.Kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan..Ajak bercuti.Jangan ajak kawan.
Ini bukan sketsa dogeng di zaman moden.Ada kebenarannya..Tidakkah para putri itu dari kalangan bangsanya sendiri.
Sebab itulah kebanyakkan para Putri UMNO,lebih-lebih lagi yang terpelajar,apabila menghadiri seminar,perjumpaan dimana para pemimpin UMNO yang berapi=api berucap tentang bangsanya,mereka merasa jijik.
Jangan sempitkan ungkapan korup...Bukan duit je brother..
Sebab itu saya cadangkan tong najis baru..dari kalangan Melayu sengoti.