Wednesday, August 27, 2008

AHLI UMNO KENA BERTINDAK

Datuk Ron cadangkan Abdullah Badawi letak jawatan. Saya syorkan dalam blog saya Najib pressure Dollah berhenti. Wah. Sama matlamat lain caranya. Yang penting, PM kena pergi, kena undur, kena pencen dengan segera.

Macam saya cakap semalam, rakyat dah muak, rakyat dah jelak. Kalau lama lagi Abdullah perintah, rakyat jadi loya. Mereka akan muntah terbahak-bahak. Bau hanyir dan lendir ni akan membanjiri seluruh tubuh Abdullah dan kaum keluarga terdekatnya.

Memang banyak pihak tak mau Najib ganti Abdullah sebab takut Rosmah yang jadi PM. Kalau gitu, biarkan dia. Biar dia ikut bos dia sama-sama pencen. Lepas tu kita cari orang lain. Tengku Razaleigh ada. Muhyiddin ada. Rais Yatim ada. Ramai lagi ada. Mereka ni pun boleh tahan kaliber masing-masing. Ada kekuatan, ada wawasan, ada hati untuk perjuangkan nasib rakyat macam kita.

Sekarang ni bergantung pada kita. Maksudnya rakyat jelata. Khususnya warga UMNO. Mereka akan mesyuarat bahagian lepas Aidilfitri. Mereka kena beranikan diri untuk bertindak tegas. Mereka kena buat usul Abdullah bersara. Mereka kena calonkan orang lain jadi Presiden UMNO. Kalau tak, kita cakap berbuih mulut, masuk angin keluar asap… Tak kemana jadinya..

Bila cakap pasal UMNO, kita cakap pasal Ahli-Ahli Majlis Tertingginya, kita cakap pasal exco Pergeakan Pemudanya, kita cakap pasal exco Pergerakan Wanitanya, kita cakap pasal exco Puterinya. Soal Putera UMNO jangan kita masuk buku. Dia orang ni askar upahan Khairy je. Tapi, jangan lupa, kita juga cakap pasal Ketua Bahagian, Ketua Perhubungan dan semua warga UMNO.

Orang UMNO macam Tan Sri Aziz Tapa, macam Datuk Ron, macam Tan Sri Sabaruddin Chik, macam Mazlan Harun, macam Kapetn Zahar, macam Spycatcher dan bekas orang UMNO macam Tun Mahathir, macam Sanusi Junid, dan macam Ibrahim Ali tak ramai bilangannya. Mereka ni terkontang-kanting bawa diri berjuang sorang-sorang.

Yang lain apa buat? Tengok dan lihat? Parti dah nak karam pun langsung tak peduli. Kalau tak, mereka kutuk orang-orang ni kononnya pengkhianat dan sebagainya. Yang kaya raya dan perut dah boncet, sibuk nak kira harta. Yang ada pangkat, sibuk nak naik pangkat lebih tinggi. Yang ada nama, sibuk nak jaga nama. Dia orang lupa, kalau UMNO karam, dia orang turut lingkup sama.

Saya cakap macam ni sebab Abdullah tentu berundur kalau orang UMNO pakat-pakat gempur dia berhenti. Bayangkan kalau 50 peratus bahagian UMNO kali ni buat usul desak Abdullah letak jawatan. Tak pengsan dia? Bayangkan kalau 50 peratus bahagian UMNO kali ni tak calonkan Abdullah jadi Presiden. Tak gelabah dia? Itulah kekuatan kita orang UMNO.

Kita dah tak ada pilihan lain waktu ni. Kita nak simpan Abdullah lama-lama, kita akan sengsara dan derita. Maruah diri kita entah ke mana, kedaulatan negara kita entah apa sudahnya, kesejahteraan hidup kita entah apa akhirnya.

Sehari dua lagi kita akan sambut Hari Merdeka ke-51. Lepas tu kita akan jalani ibadat puasa. Kedua-dua ini patutnya insafkan kita apa akan jadi kepada agama, bangsa dan tanahair ini kalau Abdullah masih terus berkuasa! – http://politica-net.blogspot.com/

3 comments:

Mr.M said...

Salam,

Pada pandangan saudara siapa yang layak jadi PM, TPM?

TQ

politica said...

Mr M, terima kasih

Pandangan saya pandangan orang kecik je. Saya yakin Najib, TR, TSMY, Rais atau sapa-sapa lainnya bolej jadi PM dan TPM.

Tapi, kali ni sapa-sapa jadi PM kena ikat perjanjian dengan rakyat. Maknanya, lepas dia angkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia depan Agong. dia kena sign kontrek dengan rakyat yang diwakili oleh Badan Penasihat atau Council of Elders. Dengan cara ni, katalah Najib ada masalah dengan mem dia, Najib kena sign kontrek dengan rakyat Malaysia yang mem dia tidak diizinkan masuk campur dalam urusan kerajaan. Kalau buat juga, Najib akan diminta berundur. Di peringkat UMNO dan BN pun dia kena sign kontrek. Satu dengan Majlis Tertinggi UMNO satu lagi dengan Majlis Tertinggi BN. Amacam, pandangan orang kecik ni ok tak? Gila? Fikir dalam-dalam.

Salam mesra - Politica

ALI MAIDIN said...

Soalnya lebih 50% umno bahagian pun mengamalkan politik wang, tak bebas, macam mana nak buat revolusi.