Wednesday, December 15, 2010

WIKILEAKS DAN DATALEAKS

Bila wikileaks bocorkan rahsia di seluruh dunia, semua orang jadi kecoh. Tapi bila sempadan kita bocor, sapa peduli? Minggu lalu seorang sahabat saya pergi ke Port Klang sebab sempadan kita bocor. Apa saja yang berharga diusung ke seberang . Kalau boleh Putrajaya pun dia orang nak angkut ke seberang.

Wikileaks lumrah alam siber masakini. Yang perlu, kita kena jaga kerahsiaan. Rahsia negara, rahsia parti, rahsia apa saja. Dalam hal ni, kenapa orang tak sibuk bila nombor handphope kita pun kini orang jajakan to the maximum? Kalau tak, mana mungkin tiba-tiba kita dapat mesej yang bukan-bukan? Sapa yang jual nombor telefon kita? Kenapa tiba-tiba ada sms suruh kita makan di restoran, beli-belah dan bagai-bagai? Apa dah jadi pada Data Protetion Act Malaysia?

Rais Yatim perlu tegas dalam soal-soal kerahsiaan siber Malaysia, apatahlagi bila kementerian dia baru luluskan Akta Data Protection. Tapi, ya lah. Mana kita mampu nak tudung seluruh alam maya supaya tak ada kebocoran apa-apa?

Waspadalah. Satu blog conspiracy yang saya baca baru-baru ni kata, wikileaks ni mainan yahudi. Ada komplot wikileaks dengan sebuah syarikat bank di Eropah yang juga memiliki majalah ekonomi termasyhor. Jaga-jaga, kata blog tersebut, wikileaks akan bocorkan rahsia bank supaya jadi kekecohan ekonomi yang hebat dan menguntungkan pihak bank berkenan….

No comments: