Wednesday, December 29, 2010

SEKALUNG TAHNIAH BUAT SPRM

Dua tiga minggu yang lalu SPRM giat mencekup penjenayah rasuah. Tahniah… Habis pegawai imigresen, pegawai apa juga dicekup SPRM. Ini menyebabkan ramai lagi penjenayah rasuah yang gelisah dan gelabah. Ada yang jumpa bomoh dan ada yang lintang pukang jumpa pawang minta mereka terlepas dari jaringan SPRM.

Baru-baru ini ada sahabat beritahu saya, pot penenayah rasuah puak-puak imigresen adalah di kawasan hiburan malam di tapak F&N dekat Jalan Loke Yew. Kata sahabat saya, kat sanalah ramai pembesar jabatan kerajaan berurusan secara haram. Terutama sekali urusan buat passport palsu dan cop imigresen palsu. Kata sahabat saya, kat pot dia orang tu banyak kereta mewah menjalar-jalar. Kat situlah dia orang buat business deal. Ada bapak ayam uruskan hal ehwal anak ayam yang dah overstay dan sebagainya.

Dia orang ni punyai network antarabangsa. Katalah anak ayam yang overstay tu nak balik kampung kat Tong-Sua (China), bapak ayam akan angkut cash beratus ribu bagi kat orang imigresen dan perjalanan anak ayam balik kampung ditanggung beres. Pegawai tu akan beri cop imigresen palsu untuk update passport yang dah expired, dah tu akan arah bapak ayam suruh anak ayam ikut gate mana di KLIA. Di China, associates mereka akan sambut anak ayam tu di lapanganterbang yang mereka tuju. Kalau kisah Bangla pun gitu, kalau kisah warganegara mana pun gitu. Tapi, kata sahabat saya, kepakaran dia orang tu adalah warganegara China, Bangla dan Indonesia.

Harap-harap SPRM akan intip dan cekup dia orang tu biar insaf bahawa tindakan mereka adalah mengkhianati negara dan rakyat jelatanya.

No comments: